Blogger Backgrounds

Jumaat, 1 Jun 2012

Angka 4 Datang Jua



Yea hari ini genap untuk angka 4 pula, 4 tahun telah berkhidmat di organisasi ini, Banyak dah di lalui, pencapaian terbaik untuk angka 4 ialah aku dapat membeli sebuah MPV dan secara jelas ia bukannya cash tapi berhutang dengan Public Bank pula, Jika angka 3 aku berjaya membeli rumah maka di angka 4 ini kenderaan pula menjadi keutamaan. Aku tiba-tiba terfikir apakah yang akan ada di angka 5? Isteri? Mungkin? kalu begitu angka 6 mesti ada anak pula..Kita merancang hanya tuhan yang menentukan. Tidak perlu di persoal tentang kerja tuhan cukup sekadar bermohon dariNYA. dengan usaha yang digerakkan.

4 juga menyimpan kenangan lalu bersama nya. Terlalu jauh dan semakin jauh semua itu, tapi yang jelas ia masih lagi di ingatanku ini. Biarlah waktu akan mensejarhakan segalanya untuk terus di kenang.semoga dia berbahagia.