Blogger Backgrounds

Jumaat, 29 Jun 2012

The review Mael Lambong : 2.5 binatang


Sabtu 23 Jun 2012 aku berkesempatan pergi menonton filem Mael lambong, sebab apa pergi menonton? pertama sebab Zizan razak dan yang kedua sebab kesinambungan nak lihat watak Mael Lambong dari versi Maharaja Lawak 2011. Aku mengharapkan filem ini benar2 memberi hiburan hujung menggu kepadaku. Memasukki panggung dengan harapan yang tinggi dan kelibat penonton yang  memenuhi ruang memberi aku semangat bahawa cerita dan tarikan Zizan Razak begitu kuat.

Ceritanya memang biasa tiada apa pun boleh di banggakan dari segi teknik tambahan, hanya watak-watak yang berjalan di atas skripnya. Sungguhpun begitu aku tetap terhibur dangan garapan teknik jalan cerita dan dialog dari watak. Sindiran kepada masyarakat itu jelas dan aku fahami tetapi tidaklah sebanyak dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Keseluruhan aku terhibur pada skala sederhana dan 2.5 binatang aku untuk filem ini dari 5 binatang. Jika di sambung ke filem kedua aku berharap watak "Ah Chai" patut di masukkan bagi menambah skala kehiburan penonton. Sebab mudah watak Mael Lambong dalam maharaja lawak di sokong oleh Ah Chai (Johan). Next filem???