Blogger Backgrounds

Selasa, 18 September 2012

Masa untuk membuka blog aku kepada umum.


Masa telah beredar dengan pantas tanpa aku sedari, masa juga membuatkan banyak corak coretku terpapar di sini. Inilah kehidupan aku di dunia maya. Pada awal kewujudan blog, aku mengamalkan dasar tutup pintu kepada semua kerana aku merasakan ianya agak peribadi dan mungkin juga tidak baik untuk pengetahuan siapa yang aku kenali, untuk pengetahuan bagi sesiapa yang mengikuti blog aku ini, awal bulan ini aku mula membuka avalablity blog untuk carian enjin google yang sebelum ini aku kunci bagi carian umum.

jangan terima terus, haa tgk cmne nk cabut!!!!

Jadi blog aku kini telah mula di publish dengan carian dunia luar. Aku pun tak tahu kenapa aku ambil keputusan ini, mungkin juga aku ingin berkongsi apa yang aku lihat untuk semua, jika baik atau buruk aku berharap di fikir dahulu jangan terima bulat-bulat, kerana tuhan kurniakan kita otak yang fungsinya untuk berfikir.