Blogger Backgrounds

Jumaat, 21 September 2012

Damailah Kau Di sana

Dalam mengikuti perkembangan misschronicz aka Allahyarhamah Yasmin Johan (aku masih sedih bila melihat nama ini) banyak blog yang aku telah telusuri, blogger-blogger yang simpati dan menyampaikan rasa sedih mereka dengan kuasa penulisan. Antara nya:

i am curious
Pemain Papan Luncur
Just Me Myself and I
bunga suka cerita

Aku juga tidak ketinggalan dalam menyampaikan rasa sedih aku itu dalam blog ini, telah Berjaya menghubungi Aunty Saz di alam maya, Cuma selepas menatapi gambar-gambar family aunty saz selepas peristiwa pahit itu, aku baru merasa lega, kenapa? Yea mereka mampu senyum, aku faham senyuman itu bukanlah perasaan sebenar mereka yang jauh di dalam lubuk hati yang tertulis sepalit kisah hitam yang sedih . Hidup mesti diteruskan, Yang pergi harus diredhakan, yang tinggal adalah kenangan yang boleh dikenang tetapi keredhaan yang tulus adalah perlu untuk melepaskan semua itu.

Buat keluarga  misschronicz semoga anda tabah menempuhi hari mendatang, ayuh bangun teruskan kehidupan, jangan terlalu lama meratap, ada amanah yang perlu digalas untuk kita yang masih hidup ini. Ingat janji kita kepada tuhan masih belum berakhir.

Aku berharap satu hari nanti dapat menziarahi pusara Yasmin J Hunwick dan melawat Aunty Saz di sana serta mengetahui cerita sebenar dari hati ke hati. Insyalllah semasa LIMA 2013 kelak jika di izinkan tuhan.

Untuk misschronicz, aku juga berharap bila sampai waktunya,,kita boleh bercerita panjang di sana……damailah kau di sana....