Blogger Backgrounds

Isnin, 29 Oktober 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha



Apa pengorbanan? Apa pengorbanan? Asyik duk berulang ayat ni je kat mana-mana. Buka TV sibuk tanya pengorbanan, Radio jugak, Puak-puak skema bila berbual pun bicara hal ini jugak malah golongan tak skema pun tiba-ba nak tanya apa pengorbanan anda? Hebatkan semua orang nak bercakap pasal pengorbanan di hari raya qurban ini.

Mencuit sedikit bagi hari raya Aidilfitri semua nak tanya puasa cukup x? hehhehe apa bleh buat itu lumrah..Lupakan aidilfitri seketika mari masuk ke alam qurban.

Pengertian dan jawapan masing-masing aku boleh tafsirkan hanya dua, pertama perpekstif mengikut agama Islam dan kedua mengikut naluri manusia itu. Aku tak mahu sentuh mengenai dari segi jawapan agama sebab itu jelas tak perlu personal. Yang manusia jugak aku xnak persoalkan. Tapi ragam manusia itu ingin aku utarakan…hehehhehe apasal dah gelak dulu ni cam lawak sangat je kan…well hidup kena ceria baru tak stress….walaupun kerapkali aku stresss….

Situasi 1

A : Apa pengorbanan abang Aidiladha ni?
B : Saya berkorban tak cuti bekerja (agak2 yea ke? Or memang bos tak bagi cuti???)

Situasi 2

A : Apa pengorbanan kakak Aidiladha ni?
B : Saya telah berkorban untuk tidak pergi shopping sempena nak sambut raya ni.. (erk? Erk?....)

Situasi 3

A : Apa pengorbanan encik Aidiladha ni?
B : Erk? Nak raya dah ke? Xsedar plak…..xde pun pengumuman mohor besar? Lagipun kat Tv sibuk promote deepavali je, raya haji xde plak? Radio asyik ulang lagu Gangnam je…tu lagu raya ke?

Itu kita, yea itulah kita…kalu salah maafkan saya sahaja, mungkin itu illusi tanpa sedar saya yang menaip hakikat kebenaran. Kita mungkin dibuai keselesaaan sehingga gagal menghayati erti sebenar Hari Raya Aidiladha ini.

Jika Aidilfitri mungkin kita terseksa agaknya menahan lapar dan tak sabar nak lepas dari belenggu kelaparan, maka merdeka adalah yang di nanti.

Entahlah jika kini aku telah merasai perbezaan itu, maka jika anak cucu aku kelak mungkin dilupakan terus hakikat Aidiladha ini. Mungkin tinggal nama atau mungkin lebih besar dari itu.

Sempena Aidiladha ini naluri aku kuat mencari erti keikhlasan sebelum berbicara mengenai pengorbanan….bagi aku keikhlasan perlu dihayati dan difahami sebelum segalanya. Aku masih gagal mencari 100% keikhlasan dalam diri….Maka, mana mungkin pengorbanan yang telah aku buat selama ini merupakan sebenar-benar pengorbanan?

Ikhlaskan kan hati bagi mencari erti sebenar pengorbanan yang telah dilakukan…susah-susah….