Blogger Backgrounds

Ahad, 30 Disember 2012

Blog ini cerita aku.



Tetiba ada rakan bertanyakan kepada aku kenapa ber’blog’? Aku tersenyum memandang keluar tingkap. Banyak yang aku telah fikirkan sejak mula berblog dan sepanjang perjalanan aku berblog sehingga kini. Lama rasanya sekitar tahun 2009 mulanya segala perjalanan aku di blog ini. Mungkin tidak setiap hari aku berblog, akibat kekangan kesibukan dan otak aku yg kadangkala ‘hank’ akibat tugasan dunia.

Blog ini hampir 70% adalah menyamai diari peribadiku, mungkin 30% lagi terlalu sensitive untuk di dedahkan. Perlu di ingat dalam penulisan peribadi aku, aku ada diari-planner-blog. Tiga cabang penulisan aku. Saling melengkapi, mungkin di luar orang hanya memahami aku sekadar 70% sahaja. Aku terpaksa rahsiakan identity aku, takut di salah tafsir atau sebagainya yang boleh membataskan pergaulan aku. Aku mahu orang happy berkawan denganku.

Bagi pembaca blog aku, mungkin anda 99% tidak mengenali aku, blog aku adalah rahsia, aku tidak menghebahkan dikalangan rakan-rakan mahupun sesiapa sahaja. Anda yang membaca kini mungkin bertuah? oh terlalu angkuh mengunakan kata tersebut...aku lebih suka mengatakan terima kasih. Tahniah, membaca nukilan orang biasa yang biasa dan biasa sahaja dan juga, aku punyai hati dan perasaan sama seperti manusia lain.

Aku suka membaca blog sahabat blogger lain, dengan membaca blog aku dapat samakan ianya reality kehidupan manusia di luar sana. Mengetahui sesuatu bukan secara direct adalah lebih baik di blog, kerana peluah perasaan seperti rakan blogger lain, aku boleh jamin menyamai 90% truly from their heart, berbanding luahan bersemuka mungkin di batasi rasa malu atau pun lebih jelas sebagai ‘cover’.

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger
Semenjak aku membuka blogger aku ke dunia luar aku dapat rasakan aku seperti berkongsi sesuatu di antara blogger2 di luar sana. Satu aku pegang apa yang aku tulis mungkin memberi menafaat kepada orang yang memerlukan. Dan yang penting ilmu ini milik tuhan jadi tidak salah memberi kepada insan lain

Itulah sebab aku berblog wahai kawanku………….