Blogger Backgrounds

Rabu, 30 Januari 2013

Berapa susah kah susah?


Lama dah aku rasa nak luahkan, bagi permulaan sekali lagi untuk ke 3 ribu kali aku tidak suka politik, tak kira lah korang warna apa pun. Jangan kutuk aku, jangan sindir aku, tolong fahami apa yang aku tak suka hormati seperti aku menghormati apa yang kamu suka.


Di cni aku melihat sebagai peluang untuk berfikir atau juga penambah baikkan jika ia baik. Yang aku maksudkan pemberian wang tunai sejak akhir-akhir ini bagi mereka berpendapatan bawah paras tertentu oleh kerajaan memerintah. Sebenarnya aku kurang bersetuju dengan inisiatif ini. Kita telah di momokkan dengan rakyat yang bersubsidi dari dulu, aku ingat ia setakat di situ je subsidinya. Aku pernah terbaca article oleh Tun Mahathir lupa plak dari sumber mana rasanya surat khabar “dulu beri tongkat (subsidi) tapi pas 20 tahun bila kita nak tarik balik tongkat tu, marah kat kita pulak”  gitu ler cmane...boleh fikir? Xkan tak belajar berjalan sendiri dalam melalui perjalanan masa yang lama itu?

Aku rasa konsep baru ini jugak akan jadi sama macam yang di sebutkan oleh Tun tersebut.

Sebenarnya list betul2 orang yang memerlukan adalah golongan yang berdaftar dengan jabatan kebajikan masyarakat dan juga anak-anak yatim. Jika A betul2 susah dapat 500 dan B idup sederhana dapat 500 sebenarnya nilai 1000 di perlukan si A berbanding B tak dapat pun dia masih boleh hidup.

Perincian aku boleh dibaca dalam banyak sudut sama ada korang faham atau tidak tolong lihat dari kaji betul2 apa yang aku cuba terangkan. Ada orang merempat atau pencarik kotak yang betul2 susah memerlukan skala lebih besar dari orang biasa yang hanya susah kerana mereka yang cari susah untuk kesenangan hidup yang singkat (tanggung hutang)

Pada aku di Malaysia ni, kita susah sebab kita cari susah, kenapa orang lain yang sama macam kita boleh berjaya dan tak susah. sedangkan kita tetap duduk di bawah SATU Malaysia yang sama? polisi yang sama? Undang-undang yang sama? peluang yang sama? dan sekali lagi aku nak korang berfikir....nape ek Orang indonesia datang sini dia boleh jadi kaya?

Selasa, 22 Januari 2013

Grrrrr nape aku xbleh post gambar.....

Pelik dh aku blog ni, nape palk suddenly aku xbleh nk post gambar...ehhh saat nk tunjuk sesuatu lah xboleh nyer pun..Actually aku nk tunjuk-tunjuk offer letter from UiTM dan semestinya aku akan mula menyambung pelajaran setelah 10 tahun since first degree dlu. Tiba masanya untuk ke arah level yang lebih tinggi. Sudah semestinya dalam bidang aku yang tak glamour ni.

Kalu bapak mertua or ibu mertua tanya sure kompom konfiden diaorang akan pandang low class kat aku ni. Cer cakap engineer ke doktor ke mesti ler ade-ade kan..ini x 'ahli muzik"? what the heiii..Tapi aku bukanlah ahli muzik, sumpah semua binatang alat muzik aku xtau main.. Persepsi ni aku percaya berkait rapat dengan mindset orang dulu-dulu je mungkin tahun below 1980, mungkinlah....tapi kalu aku dapat mertua yang lahir after 1980 maybe ah pemikiran lain kot...erk? apa kejadahnyer dapat mak mertua umur 33 tahun?? xlogik...jadi terpaksalah hadapi mertua zaman dulu2 kan...

Bagi aku mengambil satu bidang yang kurang populor dan di minati adalah satu langkah bijak, nasib baik aku jatuh cinta dengan bidang ni. Automatik bila grad memang ade keje menanti, so xpyh susah2 bersaing. feel happy kan

Gaji sama je cm diaorang tu, kalu masuk gomen memang itu ler rated nyer pun...xkiralah dapat CGPA apa pun..

Yes doakan aku boleh dalam pembelajaran semula ini.

Jumaat, 18 Januari 2013

Orang kata dunia ni tak adil?



Banyak kali dah dengar ucapan insan-insan kecewa dengan ungkapan ini. Mengapa menyalahkan dunia atas ketidakfikiran diri sendiri? Lumrah manusia ini suka akan kebahagian dan apa-apa yang menyebelahi mereka, tetapi apabila sesuatu berlaku tidak menyebelahi mereka? Yea ungkapan itu akan lahir. Sama ada percaya atau tidak jangan terus berserah mengakuinya.

Pada aku dunia ini adil, setiap yang terjadi ada hikmahnya, Cuma sejauh mana kita mengakui hikmah itu, mungkin nampak awal mungkin mengambil masa yang lama untuk nampak.

Yea dunia adil, tiada yang tidak adil, mengapa

Ada kaya ada miskin
Ada bahagia ada derita
Ada suka ada duka
Ada perempuan ada lelaki

Haa bagaimana? Bila kita bahagia mengapa kita tak berkata dunia ini tidak adil? Bagaimana pula jika kita kaya? Adilkah?

Tapi apa yang berlaku harus di fikir dan di renung dengan sebaiknya, jangan cepat menghukum, pelajari dan pelajari….

Jumaat, 11 Januari 2013

Lamakah?

Lama juga aku tidak mencatat sesuatu di sini, entahlah wat keje banyakkah? Atau aku yang dah kering idea nak catat pasal apa?

Untuk event terdekat aku akan ke bercuti ke Cameron Highland lagi, pastu sibuk dengan dokumen-dokumen yang perlu di sediakan bagi menyambung pelajaran serta ke Langkawi bagi menyertai LIMA 2013 27-30hb Mac 2013.


Tapi aku rasa semuanya undercontrol, dahtu kenapa aku xbleh nak update sesuatu di blog ni..aaaaa tension aku pk…toing toing

Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Datang 2013


selamat tinggal 2012, terima kasih Allah untuk segalanya. Perjalanan meniti tahun 2012 aku rasakan amat pantas berlalu atau mungkin juga masa memang telah pantas berlalu. Tidak banyak perkara yang aku boleh terlalu banggakan bagi pencapaian 2012..Jap pk apa yea??? takde kot...emmm kalu ade mungkin skala nya tak tahap yang aku mengingatinya sahaja. Namun satu yang aku tidak dapat simpulkan untuk mana-mana kategori sedih atau kegembiraan bagi kisah kematian rakan blogger misschronicz.blogspot itu sahaja, tidak perlu di terangkan cukup sudah segala yang ku tulis sepanjang 2012.

2012 jelas bahawa aku tiada misi yang benar-benar serius, entahlah adakah aku dah tua untuk menetapkan misi perjalanan aku, ianya lebih kepada asal jalan je, tapi percayalah aku tetap menghargainya termasuk rakan-rakan yang secara langsung atau tidak membantu aku dalam melalui 2012.

Tahun 2013 sememangnya aku punyai 2 perkara yang perlu di fokuskan. Pertama adalah menyambung pengajian di UiTM yang dijangka pada bulan Mac 2013, hope permohonan aku diterima, yes kembali memasuki arena universiti selama 2 tahun lagi. Hope dapat fokus macam belaja masa memuda dulu. Perkara ke-2 biarlah aku rahsiakan dlu, sebab perkara ini memerlukan perancangan teliti dan semua hati dan perasaan perlu di jaga. Persiapan juga akan dimulakan pada tahun 2013. Perlantikkan, penajaan, konsep dan segala persiapan akan d umumkan secara rasmi kelak.

Pastinya ke-2-2 perkara ini adalah amat sukar untuk di lalui, walau sesukar manapun ia tetap perlu di tempuhi...doakan semuanya berjalan lancar.