Blogger Backgrounds

Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Datang 2013


selamat tinggal 2012, terima kasih Allah untuk segalanya. Perjalanan meniti tahun 2012 aku rasakan amat pantas berlalu atau mungkin juga masa memang telah pantas berlalu. Tidak banyak perkara yang aku boleh terlalu banggakan bagi pencapaian 2012..Jap pk apa yea??? takde kot...emmm kalu ade mungkin skala nya tak tahap yang aku mengingatinya sahaja. Namun satu yang aku tidak dapat simpulkan untuk mana-mana kategori sedih atau kegembiraan bagi kisah kematian rakan blogger misschronicz.blogspot itu sahaja, tidak perlu di terangkan cukup sudah segala yang ku tulis sepanjang 2012.

2012 jelas bahawa aku tiada misi yang benar-benar serius, entahlah adakah aku dah tua untuk menetapkan misi perjalanan aku, ianya lebih kepada asal jalan je, tapi percayalah aku tetap menghargainya termasuk rakan-rakan yang secara langsung atau tidak membantu aku dalam melalui 2012.

Tahun 2013 sememangnya aku punyai 2 perkara yang perlu di fokuskan. Pertama adalah menyambung pengajian di UiTM yang dijangka pada bulan Mac 2013, hope permohonan aku diterima, yes kembali memasuki arena universiti selama 2 tahun lagi. Hope dapat fokus macam belaja masa memuda dulu. Perkara ke-2 biarlah aku rahsiakan dlu, sebab perkara ini memerlukan perancangan teliti dan semua hati dan perasaan perlu di jaga. Persiapan juga akan dimulakan pada tahun 2013. Perlantikkan, penajaan, konsep dan segala persiapan akan d umumkan secara rasmi kelak.

Pastinya ke-2-2 perkara ini adalah amat sukar untuk di lalui, walau sesukar manapun ia tetap perlu di tempuhi...doakan semuanya berjalan lancar.