Blogger Backgrounds

Jumaat, 8 Februari 2013

Review n Komen : Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit

First opening 07 Feb 2013, Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’dan kini Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit. Macam biasa filem terdahulu aku akan ke panggung menyaksikan filem ini. Harapan nya amat besar bagi menonton sebuah filem yang lari dari tema dan sequel biasa pengarah-pengarah yang ada di Malaysia ini. Aku suka cara Mamat Khalid.

Berdasarkan rekod filem lalu Hantu Kak Limah Balik Rumah, bag filem kali ini sepatutnya ia tajuk lama tidak boleh sama sekali di angkat ke atas filem ini, sebab kak limah bukan action utama filem kedua ini cukup sekadar Husin, Mon dan Jin Pkai toncit sahaja. Aku rasa mungkin mamat khalid ingin mengambil populoriti filem yang pertama bagi mengingatkan penonton untuk datang ke panggung.

Mungkin dia berjaya, sebab first opening semalam memang penuh panggung walaupun hari bekerja siangnya.

Bagi aku BOOM filem ini tiada sangat atau aku lebih rasakan filem ini mengambil aura film pertama yang BOOM itu. Mamat khalid terikat dengan cerita sequel pertama sehingga kurang lari dari sequel tersebut. Pelakon juga yang hidup watak sekadar 2 ,3 orang lama dan seorang yang baru hanya 'Yan Sekupang' berjaya menaikkan seri lawak. yang lain kurang bermaya. Pada aku bila ramai watak kurang lawak jadi apakah erti BOOM lawak dalam filem ini. jangan harap pada sindiran2 dialog dari film ini seperti film terdahulu. serius kurang.

Babak yang aku paling suka:

1. Masa memula Pak Abu (Allahyarham zami ismail) cuba bercerita mengenai kisah lampau pd tahun 1969. Dialog yang berulang-ulang 1969 kemudian 1970 sebelum tu 1968 dan selepas itu 1969.....

2. Babak bermain galah panjang depan surau

3. Babak Halusinasi dkt pokok ara

4. gambar orang kampung dimana Usop menjadi ketua masa membuka tanah dulu


Kalau berjaya filem ini, aku tetap rasakan bahawa aura filem pertama yang menyebabkan orang teruja untuk datang ke panggung. Bukan cerita ni tak bagus, ia tetap bagus tetapi kebanyyakan yang hadir mengharapkan yang lebih dari filem pertama dulu, jika dulu tahap 5 bintang mungkin org berharap film ini mampu memberi mereka kepuasan 8 bintang. Bila harapan tinggi tidak kesampaian. Apa korang rasa? indah kabar dari rupa atau apa? sebenarnya harapan kita itu yang menghampakan kita semua untuk film ini.

2.5 binatang untuk filem ini. Maaf....tetapi aku enjoy...