Blogger Backgrounds

Khamis, 21 Februari 2013

Telah banyak berubah



9 Feb 2013 akhirnya aku melangkah kaki kembali ke institusi yang menjadikan apa kerjaya aku sekarang, di mana aku berada sekarang dan apa pengalaman yang aku perolehi sekarang. Kali terakhir melangkah kaki keluar dari institusi ini adalah pada sekitar Sept 2003 ketika konvokesyen.

Selepas 10 tahun, yea aku kembali walaupun dahulu aku sendiri tiada memikirkanya untuk kembali bergelar seorang ‘PELAJAR’ dengan peringkat yang lebih tinggi. Orang kata pengaruh rakan mampu membawa perubahan kepada diri. Dengan itu juga aku kembali menyandang status ini.

Pertambahan kepesatan pembangunan di dalam kampus menyebabkan aku seolah-olah baru balik dari amnesia yang panjang. Tapak dan keluasan kampus masih sama, perbezaan cuma pertambahan infra dan bangunan di dalamnya. Jalan asas masih sama. Apabila melewati bangunan-bangunan lama yang ada ketika aku belajar dahulu ia membawa aku kepada secubit kenangan bersama rakan-rakan. Ia tanda kepuasan susah senang belajar ketika usia masih muda dahulu. Kini aku kembali walaupun belum lah tua sangat, tapi hukum waktu tetap reality ‘kita semakin memanjat usia’

Aku harap tempoh 2 tahun ini mampu menjanjikan kemanisan dahulu dengan sedikit perubahan bekerja sambil belajar. Kalu terpaksa selalunya aku boleh.