Blogger Backgrounds

Rabu, 13 Mac 2013

Tribute to Tanduo


Agak terlewatkan aku nak cerita mende ni, sebab semua orang dah tau cerita…secara jujur aku telah menyangkakan perkara ini pasti akan menjadi bertambah buruk. Aku dapat tahu pendaratan geng penganas Sulu ni sejak awal lagi, melalui media, tapi media seakan amat kurang membuat highlight. Aku mengikuti perkembangannya.

Yea rundingan 1, 2 dan 3, Malaysia cuba selesaikan secara baik. Namun ianya bertambah angkuh dengan kebaikan berlembut itu. Ok fine, pada awalnya aku persoalkan dalam hati, kenapa boleh bolos sempadan perairan Negara dengan begitu oleh mudah puak penganas ni? Kita di jaga oleh 3 agensi, Maritim, TLDM dan TDM???? Bleh lepas? Teringat kembali dengan agensi penguatkuasaan di jalanraya Polis Biru, Polis trafik, JPJ, SPAD, DBKL, cukup cukup ada lagi sebenarnya, tp persoalan sama kenapa kemalangan terjadi juga? Orang langgar peraturan juga…..ehhh apa mengarut plak ni….

Boom bermula apabila 2 anggota VAT-69 terkorban semasa merintis jalan dan sikap penipu penganas dengan bendera putih, selepas itu di ikuti dengan 6 anggota polis cawangan khas terkorban di Semporna. Ya segalanya telah bermula dari situ, walaupun episode awal bermula pada Jan 2013.

Segalanya telah diketahui, pada mulanya aku gaka tidak puas hati mengapa polis di pertanggungjawabkan mengatasi masalah ini, tetapi selepas mengetahui Perjanjian Geneva barulah aku faham. Namun akhirnya tentera masuk juga, xkisahlah janji semuanya dapat di selesaikan tanpa meninggalkan kesan penganas penceroboh Negara itu. Hapuskan semuanya, mereka sendiri yang memilih jalan senjata ini, jadi terimalah seadanya.

Tribute kepada anggota keselamatan yang terkorban. Selama ini, inilah yang dinanti oleh mereka yang memilih kerjaya badan uniform keselamatan Negara, mempertahankan Negara dari musuh, jika lagenda komunis sudah lama berlalu dan ramai anggota keselamatan kini tidak merasai zaman peperangan itu, nah ini dia medan mereka menunjukkan minat dan kesetiaan mereka kepada Negara. Aku bangga jika wira ini bercerita “saya pernah bertempur”………….itulah wira sebenar…….