Blogger Backgrounds

Rabu, 11 September 2013

Study Bermula Lagi


Setelah berehat panjang kunun nyer cuti sem, maka pada tanggal 7 Sept bermulalah kembali kelas aku. Macam2 rasa seminggu dua sebelum kelas. Maklumlah dah lama buat lemak dan secara automatic menjadi pemalas..moo moo gitu bunyinya sambil mengunyah rumput..

Redah mesti redah, maka tamatlah kelas pertama, tinggal 4 kelas lagi. Nampak cam skit je kan, oleh kerana semangat moo moo yang tinggi segalanya menjadi lemah.

2 dari 3 lecturer yang mengajar pernah mengajar aku masa digree dulu, alhamdulliah aku mudah dan senang faham dengan lecture mereka.