Blogger Backgrounds

Rabu, 12 Februari 2014

adakah semua orang suka kita?

Jawapan aku mudah "TIDAK"

Yea seperti mana yang aku telah kemukakan dulu dan dulu, kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Begitu juga setelah tidak dapat memuaskan hati semua orang maka secara automatiknya bukan semua orang akan suka kita.

Dalam meniti hari-hari yang seakan-akan atau realitinya memang tidak panjang ini, aku telah melaluinya dengan lancar or mungkin juga tidak. Tapi aku terfikir adakah semua dikelilingku suka akan perjalanan aku itu? Mereka seakan mesra dan menerima segalanya, bergaul mesra dan bermacam-macam aktiviti lagi. Aku mula takut...aku bimbang....aku memerhati disekelilingku....ahhhh adakah adakah.....

Berfikir sejenak, aku mungkin boleh mengambil jalan mudah, lupakan mereka, teruskan dunia aku, teruskan dunia seorangku.....dunia aku biar aku sahaja yang wujud.....adakah selesai? tidak dunia manusia akan terus menghantui aku walaupun aku tidak mengendahkan mereka. bercampur atau tidak manusia akan tetap berhak untuk tidak suka benda yang mereka tidak suka tentang kita.

Aku akan terus memerhati lagi...mungkin batasan boleh menggelakkannya.