Blogger Backgrounds

Ahad, 15 Jun 2014

Yes! berjaya


Hari ini adalah hari terakhir kelas bagi semester ini..alhamdulliah telah melaluinya dengan segala duka dan duka, tetapi aku tetap katakan bahawa semester dua yang lagi menangis berbanding semester 3 ini.

Hari ini ada presentation defend on research proposal. Untuk makluman subjek ini dkatakan paling hardcore, aku sekadar melaluinya hanya untuk cukup sekadar lulus. Aku akui pada mulanya agak sukar tetapi setelah mendapat rentak dan fokus, aku mula rasa selesa. Sehinggalah hari ini, bila mana lecture yang di anggap cerewat dan mahukan kita jadi independent telah memuji bahawa hasil aku terbaik. Terkejut sungguh.

Sebab?
pertama aku lalui subjek ini hanya untuk lulus bukan menaruh harapan yang besar bagi menjadi antara yang terbaik
kedua mengapa aku? aku bukan bijak berbahasa inggeris tetapi aku berjaya menyusun kata dalam english dengan banyak kosa kata yang baik? sebab  mudah, aku sedar diri bahawa aku bukan orang yang bijak. jadi perjalanan membuat research proposal ini telah di lalui sejak hari pertama lagi sedikit demi sedikit supaya tidak kelam kabut dikemudian hari. Aku menggunakan teknik mengarang di dalam bahasa melayu sebelum di terjemah kepada bahasa Inggeris.

Macam buat kerja dua kali, tapi aku sedar aku tidak mampu mengarang dengan baik jika terus di dalam bahasa inggeris. Jadi terpaksa mengarang di dalam bahasa melayu.

Alhamdulliah untuk hari ini.

1 Komen:

Amalina Syahirah berkata...

Assalamualaikum
Nice Entry
hehe
Do Follow My Blog Ok
http://liverpoorian.blogspot.com
thanks :)