Blogger Backgrounds

Jumaat, 25 Julai 2014

Selamat Hari Raya 2014..Feel oh feel


Macam biasa aku akan berada di upis di saat-saat akhir waktu bertugas. Alasan mudah sebab aku nak feel jam 5 petang di masa swap nak balik. Suasana ini memang lain, permulaan feel nak raya di buatnya. Dalam kehidupan aku sekarang atau sejak akhir-akhir ini. Feel raya dah susah nak dapat atau sebenarnya ianya masalah global orang tua apabila raya ni di anggap untuk budak-budak je yang berhak untuk rasa gembira.
Secara jelas untuk aku, feel raya yang betul-betul feel adalah dalam  3 situasi:

1. Masa nak swap kad keje jam 5 petang hari terakhir sebelum organisasi bercuti raya
2. Perjalanan pulang ke kampung selepas swap kad
3. Pagi raya (masa terhad sehingga selepas solat raya sahaja)

yea ini spot-spot aku untuk meresapi feel raya. tulah sebabnya perkara no 1 tu aku nantikan di saat ujung bertugas ni.


Walaupun aku sering balik kampung, perjalanan bagi pulang berhari raya adalah sesuatu kelainanya. entahlah sukar digambarkan feel tersebut, mungkin ada orang boleh rasa tapi sukar ku gambarkan dengan typing ni.

Pagi raya? of course ler sebulan xbleh makan pagi...tiba-tiba pepagi ada rendang daging + ketupat...hari lain lontong nasi impit je pun, nyum nyum.....

Ok lah sebab feel kemalasan bekerja memang selalu muncul di saat hari terakhir ni, jadi terus malas nak bercerita lagi

Anyway SELAMAT HARI RAYA 2014. semoga bahagia selalu dengan apa yang anda semua ada dan yang paling penting hargailah feel kegembiraan anda itu dengan sepenuhnya walaupun orang tak faham mengapa ianya begitu.

Khamis, 10 Julai 2014

Selamat Hari Jadi

Menjelma lagi bermakna aku masih hidup pada tarikh ini. Kali kedua seingat aku yang mula mengenali tarikh ini menyambutnya dalam bulan puasa. Yang lepas-lepas mungkin ada tapi yelah kecik2 lupa kot.

Anyway ini bermakna meningkat lagi usia aku setelah angka keramat 10 Julai ini.

Entahlah aku pun tak tahu apa aku nak buat. Dah tua-tua ni fell sambut ari jadi mana lah ada lagi.

Ini pun nasib baik ingat, entah-entah dah semakin meningkat lagi, kemungkinan lupa tu tetap ada.

Selamat Hari jadi untuk aku....hehehehhe

Rabu, 2 Julai 2014

Pengalaman Bercuti Bercuti ke Frazer Hill aka Bukit Frazer Pahang.

Percutian ni merupakan percutian mengejar kedinginan tanah tinggi di samping baru pas final exam. Pada mulanya aku menjangkakan bahawa segalanya akan tamat pada 22 Jun 2014 iaitu ari last exam. Rupanya adalagi sisa-sisa assignment yang masih belum disiapkan oleh beberapa masalah akibat gangguan line internet di rumah. Geram betul aku dibuat oleh maxis di saat aku benar-benar memerlukan line internet . Untuk pengetahuan anda, aku memilih tarikh 25-26 Jun di sebabkan kebetulan di dalam ketensionan membuat assignment, try google rumah peranginan kerajaan dan kebetulan lagi 25-26 tu ada kekosongan trus booking + bayar. Dalam kepala assignment akan siap sebelum 22 Jun.

Papan Tanda

Cisss agak malang apabila terdapat 1 lagi assignment yang terpaksa aku bawa ke sana untuk diperhabiskan. Mujur hanya tinggal 20% sahaja aku perlu make-upkan lagi. Taklah banyak sangat serta kebolehgangguan percutian aku.

Frazer Hill ni aku pernah datang masa berkursus sekitar penghujung perkhidmatan aku di Pahang dalam tahun 2008. Setelah 6 tahun aku kembali lagi. Yea ada sedikit perubahan, rasanya dahulu sebelum ada ‘Hotel Puncak Inn tempat tu ade gerai makan. Tapi sekarang dah di dirikan hotel. Mercu tanda tetap sama iaitu ‘Jam Frazer Hill’  wajib ambil gambar. Perjalanan dari Kuala Lumpur melalui pekan Batang Kali serta Kuala Kubu Baru hanya dalam 1 jam 30 min sahaja, pastu nak naik atas dalam 20min. so keseluruhan dengan jentera 1.8cc aku habiskan waktu perjalanan sekitar 2 jam sahaja. Wah dekat sungguh orang KL nak gi Frazer Hill ni kan. Sorry aku bukan orang KL hehehehhe.

Peta yang mesti ada
Puncak Inn Hotel

Aku tiba sekitar jam 8.30pagi. Yup awal sungguh untuk check in Rumah Peranginan Persekutuan. So peluang yang ada first sekali kena cari ‘Tourism Malaysia’ supaya dapat penerangan dan peta. Pejabat tourism Malaysia adalah tempat wajib yang perlu dicari bagi mendapat maklumat berkaitan sesuatu tempat untuk kita lawati, kalu boleh cuba berbual dengan petugas tersebut, sebab walaupun semua tempat menarik di cetak di dalam pamphlet, namun hanya orang tempatan tahu apa yang ada di sebalik dan tersembunyi. Ternyata tourism tu dekat Hotel Puncak Inn je. Ambik peta kat ctu dah boleh discover frazer hill ni. Jangan terkejut suhu di cni lebih sejuk dari Cameron Highland. Tetapi tarikan amat kurang. Ianya sesuai bagi honeymoon dan percutian santai. Jika dilihat tempat menarik yang tertera dipeta hanya boleh dijelajahi sekitar 5-6jam sahaja, abis pusing semua kecuali jungle trekking, maaf jika tiada guide dr sesapa aku nasihatkan xpayahlah gi jungle trekking, baca kisah siapa yang bertemu frazerhill ni pun dah cukup, coz dia hilang kat dalam hutan ni, dan smpai sekarang xjumpa2.

Jumpa pintu gerbang ni, bermakna 200meter lagi akan tiba Jam Frazer Hill

Aku check in kat Rumah Peranginan Persekutuan  sekitar jam 2ptg. Layanan dari penjaga rumah ni sangat cemerlang. Dah 3 Rumah Peranginan Persekutuan aku g semuanya kakitangannya baik-baik belaka walaupun harga untuk sebuah bilik sekitar rm40-55. Tapi jangan dikejutkan perasaan kerana rate bagi keluasan yang kita dapat di Rumah Peranginan Persekutuan ni sekitar rm250 ke atas bagi sebuah hotel. So nak apalagi? Kadangkala takut jugak sebab bilik yang besar ni. Di Frazer Hill bilik kecil berharga rm40 sahaja+valkoni.Rehat dalam bilik pastu layan cabaran suhu, oh ya kali ni aku xtidur pulak setelah sampai.

Ni lah masjid mercu tanda untuk cari kedai makan

Oh ya untuk makan di frazer hill ni hanya ada 3 kedai sahaja. 1 Mamak, 2 lagi masakan melayu. Untuk makan korang kena cari mercu tandanya adalah masjid di frazer hill ni. Disebelah masjid ada gerai dan atas bukit berhampiran masjid ada medan makan. So jika bercuti, ni ler aje gerai-gerai yang korang perlu pergi setiap kali kelaparan.

Apalagi aku nak cerita? Entah itu aje kot…oh ya malam aku memberanikan diri untuk keluar sebab nak gi makan, dari Rumah peranginan ni kalu nak keluar, malam agak gelap melalui hutan gak lah untuk ke Jam mercu tanda dengan ke tempat makan, disebabkan perut lapo, jadi redah je ler, jangan fikir bukan-bukan ini tempat orang.

Taddaaaa..... Rumah Peranginan Persekutuan

Untuk bilik no 6A ada perkara pelik berlaku pada malam penginapan aku iaitu seakan  pintu ingin dibuka orang, bunyi Tit tit t it diluar tingkap serta bunyi mende jatuh. Apakah? Keesokkan harinya bila nak check out bertanya kepada petugasRumah Peranginan Persekutuan berkenaan, dia kata xde plak sesuatu yang anih pernah diceritakan untuk bilik no.6A, tetapi kalau bilik 3A mungkin ada. Dan dia kata tip utama menginap kat ctu jangan terlalu gembira dan bercakap besar. Uhhh mana ada aku wat perkara-perkara tu, aku pun tahu batas-batas di temapt orang terutama tempat penginapan ni. Anyway biarkan je lah.
Keseluruhan sebenarnya percutian ini mengamit kenangan masa kursus dulu kat cni, xsangka aku akan datang semula selepas 6 tahun.

Perlu diingat setiap percutian adalah berbeza temanya walaupun ada orang menginginkan benda yang menarik dan seronok, tema ditentukan oleh tempat itu sendiri bukan kita yang menemakan percutian tersebut. Membanding-bandingkan di antara percutian adalah amat tidak bertepatan sekali. Mana mungkin percutian di Kuala Terengganu akan sama keseronokannya bercuti di Janda Baik. Jadi sebelum anda mengatakan sesuatu tempat itu tidak best, baik difikir dahulu apakah sebenarnya tema ditempat itu. Perkara lain anda perlu mengkaji jalan dikawasan tersebut supaya perancangan lokasi adalah teratur A-B-C-D bukan A-D-B-C…berpusing-pusing…arghhh fenin ahhhh…


Next……Lost world tambun kot……