Blogger Backgrounds

Rabu, 31 Disember 2014

Selamat tinggal 2014......Selamat datang 2015


2014 berlalu dengan sejarah baru yang aku cipta iaitu "study" susah senang dan pengorbanan yang dilalui....


2015 apakah harapannya? emmmm...belum pasti...tapi mungkin ada sesuatu lagi.....yang pasti convocation lagi......

Sabtu, 27 Disember 2014

Noktah Samar


Tanggal 20 December 2014, final examku di UiTM. Ini bermakna secara hamper rasmi aku akan menamatkan pengajian di UiTM ini setelah menempuhi suka duka tangis ketawa selama 2 tahun kebelakang. Namun aku tidak boleh mengatakan sebagai satu cop bahawa aku telah tamat. Ini kerana research dan keputusan final exam adalah penentu segalanya bagi perjalanana akhir menuntut ilmu bagi tahap ini. Insyaallah research selewat-lewatnya pertenggahan januari ini akan submit, untuk rekod research aku telah siap pada 20 Decemeber lalu jugak, tetapi supervisorku meminta masa untuk dia menyemak terlebih dahulu, bagi sebarang editan atau pertambahan jika perlu. Untuk kini hanya menunggu sahaja. Uhh xsabar aku ingin tamatkan semuanya.

Mengimbau kenangan 2 tahun lalu, siapa sangka aku akan menyambung pelajaran ke peringkat ini, yea ini semua hasil tundaan paksa dari rakan-rakanku yang lain. Masih ingat motto? Redah sahaja. Yup aku telah bersama-sama mereka meredah dan kami Berjaya tiba ke akhirnya. Syabas semua. Faktor utama redahan ini Berjaya adalah kami pergi menyambung pelajaran ini secara berlima. Aku pasti jika pergi secara individu telah lama kepupusan semangat. Bila berlima, seorang lemah yang lain akan membantu, seorang suka kita sama-sama suka dan jika kita menangis tidak semua menangis, bantu harus bantu. Yea inilah buktinya. Melihat kepada rakan sekelas yang lain sebagai bukti memang benar teori jika pergi secara individu untuk belajar ini, maka ramai yang tewas dek perasaan sendiri. Bukti ramai yang hilang dipertenggahan dengan pelbagai alasan.


Yea aku tiba ke akhirnya. Alhamdullillah…..sambung lagi ke pasni? Ada konsep redahan lagi x? hehehehhe

Ahad, 7 Disember 2014

Segalanya hampir berakhir



Tanggal 6 Disember merupakan kelas terakhir aku pada penyambungan pelajaran peringkat Master ini. Pejam celik pejam celik setelah melalui pelbagai rintangan sampai nak nangis pun ada, inilah penamatnya. Yea 2 tahun sudah berlalu tanpa disedari kecepatanya. Aku telah berada di taanggal 6 Disember. So apa yang perlu difikirkan? masih belum sepenuhnya merdeka kerana Thesis masih lagi belum di hantar dan 2 paper untuk dihadapi semasa exam 20-21 Disember ini. Untuk thesis kena hantar 31 Disember. Selepas itu barulah segalanya berhenti. Disebabkan teruja disaat menaip bloh ini aku masih lagi semangat membuat kerja-kerja akhir yang aku gelarkan selama ini "kerja sekolah"..

Kerja sekolah ini tinggal sisa-sisa akhir. Ahhh teruja nyer....tapi apa perlu buat pada tanggal 1 Januari 2015? errrr...errrr.errr....erk?