Blogger Backgrounds

Jumaat, 25 Julai 2014

Selamat Hari Raya 2014..Feel oh feel


Macam biasa aku akan berada di upis di saat-saat akhir waktu bertugas. Alasan mudah sebab aku nak feel jam 5 petang di masa swap nak balik. Suasana ini memang lain, permulaan feel nak raya di buatnya. Dalam kehidupan aku sekarang atau sejak akhir-akhir ini. Feel raya dah susah nak dapat atau sebenarnya ianya masalah global orang tua apabila raya ni di anggap untuk budak-budak je yang berhak untuk rasa gembira.
Secara jelas untuk aku, feel raya yang betul-betul feel adalah dalam  3 situasi:

1. Masa nak swap kad keje jam 5 petang hari terakhir sebelum organisasi bercuti raya
2. Perjalanan pulang ke kampung selepas swap kad
3. Pagi raya (masa terhad sehingga selepas solat raya sahaja)

yea ini spot-spot aku untuk meresapi feel raya. tulah sebabnya perkara no 1 tu aku nantikan di saat ujung bertugas ni.


Walaupun aku sering balik kampung, perjalanan bagi pulang berhari raya adalah sesuatu kelainanya. entahlah sukar digambarkan feel tersebut, mungkin ada orang boleh rasa tapi sukar ku gambarkan dengan typing ni.

Pagi raya? of course ler sebulan xbleh makan pagi...tiba-tiba pepagi ada rendang daging + ketupat...hari lain lontong nasi impit je pun, nyum nyum.....

Ok lah sebab feel kemalasan bekerja memang selalu muncul di saat hari terakhir ni, jadi terus malas nak bercerita lagi

Anyway SELAMAT HARI RAYA 2014. semoga bahagia selalu dengan apa yang anda semua ada dan yang paling penting hargailah feel kegembiraan anda itu dengan sepenuhnya walaupun orang tak faham mengapa ianya begitu.