Blogger Backgrounds

Selasa, 31 Mac 2015

Selamat Datang GST

Dari mula di umunkan sehingga malam ini, pelbagai pendapat, luahan dan pujian di dengar berkenaan GST. Aku percaya setiap perkara itu ada pro dan contra.

Apa yang aku faham berkenaan GST?


Katanya dulu 10% cukai SST sekarang ganti 6% GST...logik jadi kuranglah cukai tu kan?

Yang aku pelik, tiba di saat GST semua barang tambah 6% seolah2 dahulu xde langsung barang tu kena cukai SST 10%.

Di TV dan apa jua saluran hebahan, bila menerangkan pasal GST semuanya yang baik-baik belaka seolah-olah tiada keburukkannya. Sedangkan aku pelik di depan mata semua nak naik 6%. Apa yang ada di sebalik sistem yang pihak Kastam mahukan semua peniaga install itu?

Aku tak dapat terima kenyataan  yang mengatakan GST ini di sokong oleh peniaga berdasarkan bukti semua peniaga mendaftar dengan kastam untuk GST. Kan kalau xdaftar selepas sesuatu tarikh kena denda? so kenyataan itu xbleh pakai secara logiknya.

Aku tak suka bila nak jalankan GST sibuk cakap dan bandingkan dengan negara lain. aku rasa tak patut bandingkan dengan negara lain sebab rakyat dan kehidupan di negara berkenaan sedikit sebanyak mesti ada perbezaan dengan Malaysia ini.


Ini sekadar sebaris dua kefahaman aku berkenaan GST yanga akan beroperasi esok. Ingatlah aku tetap percaya bahawa teori penurunan harga barang adalah mustahil pada masa kini di Malaysia.

Badan yang dipertanggungjawabkanberkenaan Hal Ehwal Pengguna tidak langsung aku nampak serius dalam menangani permasalahan kenaikan dan kawalan harga barang.

Tolong hentikan propaganda untuk rakyat boikot sedangkan ilmu boikot aku percaya rakyat malaysia tak tahu pun macamana nak buat.

Nak boikot kedai A, g kedai B yang jaug 5km tp harga pun sama-g kedai C yang jauh 20km oic murah...tapi apalah ertinya dengan kejauhan itu bila di campur dengan kos minyak dan pengangkutan. atau mungkin juga barang no 1 murah di kedai A, barang no 2 murah dikedai B, barang no 3 murah dikedai C...tetap sama kos minyak tetap keluar dan akhirnya jadi sama kosnya berbelanja di kedai A. Hahahahhaha.....

Realiti nampak...tapi pura-pura nak selesaikan dan prihatin...hakikat tiada apa-apa tindakan...rakyat terus menangis.....




Rabu, 4 Mac 2015

Bercuti ke Batu Pahat Johor


Kedengaran macam pelik kan? Batu Pahat bukanlah satu bandar yang populor untuk pergi bercuti, namun aku ingin mencari sesuatu di sini.


Batu Pahat terkenal dengan Nasi Beriani Gam dan Mee Racun. Sedikit peninggalan lama bersempena dengan nama bandar ini iaitu Perigi Batu Pahat.

Mod percutian aku adalah selama 2 hari , 1 malam sahaja.

First Day: aku tiba di bandar Batu Pahat sekitar jam 3 petang, agak lewat sebenarnya. Menginap di Minyak Beku Agrotourism di Jalan Minyak Beku. Untuk pengetahuan setelah aku google sebelum ini, memang ini sahaja chalet yang berada di tepi laut di Batu Pahat ini (update Feb 2015)> Jalan Minyak Beku ni penamatnya adalah Pantai Minyak Beku di mana terletaknya Perigi Batu Pahat tersebut. Aku ambil bilik standart RM 114. Oleh erana batu pahat bukanlah destinasi pelancongan yang berkeupayaan untuk orang menginap dan berjalan-jalan maka chalet ini agak sunyi tetapi tidaklah menyeramkan. Ia berhadapan medan makan yang terletak tepi laut. Maka lokasinya jauh sepetak dari pantai. Senang cerita cm lakaran aku kat bawah ni.

Peta panduan ke chalet

 pemandangan depan food court

 mee racun

 chalet paling depan

 pandangan sisi

 chalet yang kat belakang

 dari arah belakang ke depan chalet

 alamak depan chalet blocky dengan janakuasa TNB

 sebelah kanan tu lah terminal feri, pagar ni laluan masuk ke chalet

 tadaaa terminal ferry

 jalan masuk ..tu dewan...depan dewan office receptionist

 dari jalan besar signboard kanan dari arah batu pahat -untuk memula masuk ke arah chalet/pantai

signboard tu belah kiri dari arah batu pahat

petang aku lepak je kat tepi laut ni smbil layan matahari terbenam. syok jugak coz tempat ni tak sibuk pun..bleh ah layan perasaan sambil berfikir tentang dunia.

Malam plak aku gi cari mee racun, berdasarkan kata-kata receptionist yang peramah, aku dimaklumkan bahawa mee racun ni ada dua tempat...menurutnya satu tu yang asal dan yang kedua pula anak murid dari gerai asal. Aku pusing punya pusing jumpa lah warung mee racun, tapi aku tak tahu mana yang asal mana yang second. Jadi bedal aje lah.. Warung nya simple je, alah stendet gerai setinggan je bukan proper pun...xkisahlah setinggan ke apa...nak cuba gak.. mee racun ada 2 kategori aitu biasa dan special, kebetullan masa aku nak makan yang special dah abis so order je lah yang biasa..pun sedap...yang special ada tulang macam sup gearbox gitu bleh sedut-sedut.

 warung mee racun (ihsan blogger lain)

 mee racun biasa (ihsan blogger lain)

                                                      mee racun special (ihsan blogger lain)

Pas layan mee racun aku pun lepak kat dataran batu pahat actually nama rasmi adalah Dataran Penggaram, ada uptown kecil-kecilan...sambil lepak sambil layan skrin besar kebetullan ada perlawanan Piala Subangsih 2015 JDT lwn Pahang...So sekali lagi layan dataran yang dah macam stadium tu...


Pastu balik tido, cuma yang xbestnya di sini bila malam sibuk dengan motor ulang alik seoalah2 ada sprint test...oleh kerana aku duk baris depan skali chalet ni jadi dengar ler, aku suggest kalu nak menginap ambil chalet row ke 2 atau ke 3...tapi kalu takde orang menginap macam sunyi sikit lah...tapi nak privasi ok kot..

Second day:
Aku check out awal dalam jam 10 pagi, kununya ada sedikit urusan perbankkan. Hampeh Ahad sepatutnya johor bukanlah cuti umum, tp pihak bank tutup. Macam tak patuhi arahan raja je kan? hangin gak aku. Jadi segalanya sia-sia. Layan Batu Pahat Mall sekejap, maklumlah ini lah kot shopping complex terhebat dan terbaru kt cni. Kalu ikut lgik akal fikiran ku ini, shopping complex mana-mana pun sama je. Tapi sebab nak rasa feel dan bleh cerita aku dah pernah tiba, jadi layan je lah.

Parking FREE hehehehe

Next adalah punchline kedua selepas mee racun iaitu nasi beriani paling top kat Batu Pahat ni (dikatakan) kat Taman Soga, boleh detect melalui GPS.


selesai makan...terus balik...bye bye Batu Pahat