Blogger Backgrounds

Jumaat, 17 April 2015

Konvokesyen UiTM ke 82 penamatnya penat lelah kegilaan yang dialami sebelum ini

Setelah kembali menyambung pengajian yang telah ditinggalkan sejak 10 tahun lalu pada tahap Sarjana Muda. Akhirnya peringkat Sarjana kini pula telah berakhir dengan rasmi apabila adanya majlis konvokesyen. Konvokesyen ke-82 UiTM bagi slot aku akan berlangsung pada sidang 1 tanggal 9 Mei 2014 ini. Yes, inilah penutupnya…siapa sangka malahan aku sendiri tidak pernah terfikir 10 tahun lepas bahawa aku kana sambung pengajian di peringkat ini. Alhamdulliah atas sokongan rakan-rakan dan keluarga maka ada nya aku pada tahap ini. Banyak perkara suka duka yang di alami sepanjang sambung belajar bermula 2013-2014.

Officially

Listing need to do

IM770 yea.....

Jubah dan rehearsal akan berlangsung pada 2 Mei, namun agak malang aku tidak dapat menghadirinya di sebabkan ada hal janji yang amat penting telah dipersetujui sebelum ini.
Nervous jugak nak naik lagi pentas, dengar-dengar kebiasaanya bagi sesi 1 untuk peringkat PHD dan Master akan dikurniakan oleh Agong..kali ini DYMM Raja Kedah.

Dewan Agong Tuanku Canselor

Dahulu aku majlis konvokesyen di Dewan Seri Budiman, siapa para UiTM tak kenal dewan ni memang diaorang telah mengalami amnesia ler jawabnya. Tapi kini di Dewan Agong Tuanku Canselor berdekatan padang kawad UiTM.



Ingat lagi dahulu masa bergerak dari johor sekitar jam 3 pagi untuk konvokesyen ijazah..Naik kancil je masa tu….kini Homestay dah booking, aku pergi sehari awal dan lebih manis lagi konvokesyen bagi sidang 1 ini boleh bawa 4 orang untuk masuk ke dalam dewan.




Well that my Day..hope enjoy……alhamdulliah aku sudah ada Master sekarang…..apa nak buat selepas ini? no idea *(*&#^645@@$%$

0 Komen: