Blogger Backgrounds

Khamis, 14 Mei 2015

Terima kasih


Sabtu, 9 Mei 2015

Hari Bersejarah: Konvokesyen aku...

Alhamdullilah hari ini tanggal 9 Mei 2015 secara rasminya aku di tauliahkan sebagai graduan Sarjana Sains Pengurusan Maklumat dari Universiti Teknologi MARA pada istiadat Konvokesyen ke-82. Penat lelah, suka duka,tangis ketawa serta pelbagai rasa yang dilalui sepanjang perjalanan mendapatkan segengam scroll ini seakan hilang dengan hari bermakna ini.


Untuk tidak terlalu tergesa-gesa semasa pagi majlis konvokesyen ke-82 ini, aku telah hadir awal sehari sebelum dengan menyewa homestay di seksyen 7. Sempat jugalah membawa keluargaku ke I-City dan Uptown sek 24 pada petang dan malam, penting juga mengisi masa yang ada sambil bersiar-siar.


Seawal jam 7 pagi telah memulakan perjalanan ke dalam UiTM, tidaklah jauh mana seksyen 7 dengan pintu belakang UiTM saha alam ini. Seramai 405 graduan sahaja bagi sidang 1 (9 mei 2015) ini. Sama course dengan aku ada 27orang je…kira ramai lah tu kan…terfikir gak rare kan…..
Naik pentas lagi (selepas digree 11tahun lalu) membuatkan rasa seram sejuk je…tp gamble mesti redahkan…nil ah masanya untuk penamat segalanya. Alahmdulliah segalanya berjalan lancar, snap snap dgn rakan2 pastu dengan keluarga dan terus bertolak pulang….

Pro chancellor :YBhg. Tan Sri Dato' Seri Utama
yang sampaikan fail pengijazahan

Bagi jubah Master di tangan ada 2 line benang emas….dulu masa digree ada 1 line….haii macam best je tengok graduan yang 3 line tu….nak ke tak nak ke tak? Konsep redah lagi ke? Aiyaaaa 4 tahun lor untuk 3 line….

2 line di lengan menjadi kebanggaan aku

 Transcript ada kat dalam ni..

 Beg jubah

 Souvenir ALUMNI

 Senarai nama penerima bagi group aku

 Buku konvokesyen

Fail transcript

Dalam pada kegembiraan menamatkan segalanya ini, aku juga agak terkilan kerana tidak dapat membawa seseorang untuk masuk ke dalam dewan bagi menyaksikan segalanya di pentas utama. Bukan mudah bagi mendapat peluang, sidang 1 ini graduan dibenarkna membawa 4 ahli keluarga ke dalam dewan. Berbanding sesi 2-15 hanya dibenarkan untuk 2 ahli keluarga sahaja untuk masuk ke dalam dewan. Apa boleh buat, aku terpaksa memilih dan akur dengannya.

Terkenang semasa dahulu: Fail transcirpt masa aku digree dulu

FUTURE?