Blogger Backgrounds

Isnin, 22 Jun 2015

Salam Ramadhan



Wah aku rasa macam pantas sangat masa berlalu, tidak sempat menghitung panjang bulan yang ada..dah tiba ke bulan ramadhan. Alhamdullillah, dapat berpuasa 4 hari di kampong, memandangkan geng selatan cuti umun pada 1 ramadhan.

Hari pertama hingga ke empat membawa cabaran kegetiran berpuasa, wah kalu dicerita macam first time poasa pulak.. Sebenarnya bukan cabaran lapar atau dahaga, apa yang aku hadapi lebih kepada cabaran kebosanan “Apa nak buat wei”. Bayangkan 4 day full at homes, terseksa beb..tapi tidak boleh di tunjukkan sebab berada di kampong halaman, nanti mak bapak aku kata apa pulak seolah dah lupa daratan kan. Jadi simpan ada di dalam jiwa dan sematkan di dalam hati menahan kebosanan. Tidak sabar tunggu isnin nak pergi kerja, sekurang-kurangnya adalah aktiviti nak buat (tiba-tiba aku wat statement pekerja cemerlang pulak kan?) bukan cemerlang tapi bila di tempat kerja, sekurang-kurangnya boleh berbual-bual, ada penghawa dingin sambil menonton filem…(haaaa kan dah keluar statement pekerja makan gaji buta).

Untuk rekod atas apa yang di alami (lesson learn) aku buat kerja sekadar buat sahaja, target 10 unit buku sehari, maka 10 buah buku ler aku buat, bukan 11 bukan 12 atau angka lebih besar dari itu. Walaupun untuk rekod aku mampu pergi dengan lebih tinggi dari angka tersebut, namun apa kan daya aku mula tawarhati dengan sIstem dan bos yang ada di sini. Jadi mengpa fikir lebih jika seadanya adalah bahagia.

Walau dimana pun kita sebagai pekerja tetap tidak merasa puas hati dengan bos kita, walaupun kita sendiri menjadi bos, tetap ada orang bawahan yang tidak suka. Sebab mudah sikap dan nature of live kita berbeza dan lebih penting ERA GENERASI kita adalah berbeza.

Eh jangan cerita pasal kerja…jom teruskan berpuasa….alamak esok kena bangun dan masak sahur sendiri…haaa inilah yang lemah…sebab DI umah bangun sahur semua dAh terhidang di meja…..hahahhahahaha….


Catatan ini dilakar pada 21 Jun 2015 jam 10.30pg

Isnin, 8 Jun 2015

Surat terbuka untuk perkhidmatan Lebuhraya Pantai Timur

aku lalui, aku hadapi, aku terkejut......dulu aku tau LPT ni jalannya beralun tetapi ada lagi yang baru aku tau. Harap di ambil perhatian kepada perkara yang amat mudah ini, anda berniaga buka berseorangan, lihatlah apa konsesi PLUS tawarkan. Jangan nak syok sendiri dengan perkara yang pengguna tidak banggakan sama sekali.