Blogger Backgrounds

Selasa, 12 Januari 2016

New Way of the Highway


Salam 2016,  cepat benar rasanya 2015 berlalu. Tahun 2015 juga melihat kejayaan aku dalam bidang pendidikan menaikkan setaraf lagi peringkat dalam pelajaran. Alhamdulillah segalanya telah berjalan mengikut jangkamasa yang sepatutnya. Itu pencapaian terbaik aku bagi tahun 2015 yang boleh buat aku senyum kekadang sukar di percayai juga sebab masa cepat sangat berlalu. Kalau tak amalkan prinsip ‘redah je’ ia tidak menjadi kenyataan.


Selepas tamat belajar (selesai konvo) aku mengorak langkah ke arah kehidupan masa depan pula. Ini juga berikutan mendapat kelulusan dari ‘pihak berkuasa’ walau hakikatnya bukan 100% aku tetap redah jugak, terpulanglah kepada keredhaannya dan berharap Allah untuk memahami hati aku ini.

Malu rasanya nak di khabarkan, perkara yang sepatutnya aku buat mungkin 8 tahun lalu. Oleh kerana aku ni dah tua, segala persiapan di serahkan kepada planner organizer  sahaja, Cuma 1 atau 2 perkara sahaja yang aku uruskan. Senang xpayah kusut sangat, lagipun aku dah calculate ternyata lebih menjimatkan RM dan masa serta kepenatan memikirkan senarai seremeh-remehnya kelak. Tapi entah macamana kusut jugak. Agaknya sebab dah tua kot..ok ok jangan salahkan orang lain, aku salahkan diriku sendiri.


Struggle ni di tambah dengan ketakutan yang ada, entah apa-apa aku takutkan. Uh xlarat nk perincikan, Mungkin kalu ada ketabahan aku akan share kat sini. Malukkkkkk

0 Komen: