Blogger Backgrounds

Isnin, 14 Mac 2016

Entah apa di fikirkan untuk maknanya


Dalam menuju detik-detik penting ke arah permulaan dunia baru, aku secara jujur tidak merasakan ianya semakin berat, mungkin disebabkan aku tidak terlalu memikirkannya. Namun kata-kata ibuku pagi tadi benar-benar membuatkan aku berfikir sehingga kini, bila ditanyakan kembali kepada beliau, beliau sendiri juga tidak dapat memberikan makna yang sempurna di atas kegusarannya.

Apakah itu semua?

aku tidak dapat menjelaskan apakah perkara tersebut secara jelas di sini atau mungkin juga aku tidak faham sama sekali.

Mungkin aku boleh gambarkan sebagai usaha kita membeli buah di tepi jalan, kita berhenti dan ingin membelinya.  kita kenal buah itu adalah buah durian dan bagaimana rasanya serta bentuk fizikalnya juga kita telah pegang. Ibu kita tidak mahu durian itu sebab dia tidak mahu anaknya kecewa dengan isinya yang mungkin tidak elok (persepsi disebabkan dia tidak suka durian). Kita tetap juga membelinya. Namun setelah sekian lama memnyambung perjalanan, ibu kita di dalam kereta berkata ada sesuatu yang tidak kena dengan penjual itu. Dia dapat rasa sesuatu namun gagal menterjemahkannya.

Disini secara asas aku dapat memikirkan bahawa ibu mungkin mengadakan cerita disebabkan dia memang tidak suka durian itu atau dia memang benar-benar merasakan sesuatu sebagai naluri seorang ibu.

Namun dua konklusi tersebut lebih berat mengatakan bahawa ibuku yang tidak suka durian itu jadi mencari pelbagai alasan untuk aku tidak memilih durian tersebut.

Ahhh aku masih berfikir, adakah aku membuat keputusan yang salah? perjudian nasib adalah sesutu yang amat berbahaya. sebab kita bukan boleh hidup seGAH ke 100 tahun untuk cuba mengcover kesalahan lalu. entah sempat atau tidak itu juga tidak pasti...perjudian itu nasib berasaskan untung sabut timbul untung batu tenggelam.....risiko kan?