Blogger Backgrounds

Rabu, 11 Mei 2016

Alhamdullillah


Alhamdullilah segalanya berjalan lancar, bermula 28 April hingga 7 Mei 2016. Itu waktu sibuk, bukan sahaja sibuk dengan kudrat tetapi juga dengan otak ini untuk bekerja.

Seperti yang diketahui serba sedikit, majlis penting aku semuanya di serahkan kepada pihak ketiga iaitu pihak bridal dan katering. Walaupun dua skop tetapi ia diserahkan kepada 1 syarikat sahaja.

Banyak yang aku ingin kongsikan dari mula hingga ke akhir dalam pengalaman yang aku lalui untuk perkongsian. Antaranya pemilihan pihak catering, pemilihan bridal dan juga susur galur persediaan dalam menempuhi hari penting.

Aku akan ceritakan dalam perpekstif “orang lelaki”, sebab banyak blog yang aku baca semuanya adalah dari perpekstif pihak perempuan. Itu selepas ini.

Dalam melalui hari-hari penting, ada hati dan perasaan yang perlu aku sangat jaga. Aku memang tidak memikirkan 100% berkenaan persiapan majlis, tetapi lebih kepada memikirkan hati dan perasaan seseorang untuk menerima kenyataan. Bila dikenang betapa sukarnya perjalanan aku.

Hanya dengan sekali lafaz, aku telah Berjaya melangkah ke tanggungjawab baru. Sama ada adanya redha atau tidak, aku serah kepada tuhan. Aku telah mencuba memenuhi segalanya. Alhamdullillah