Blogger Backgrounds

Jumaat, 20 Mei 2016

Kerenah akad nikah

Dalam melalui tarikh-tarikh tersebut, aku paling gusar adalah 30 April iaitu perkara wajib hari akad nikah. Maklumlah sepanjang aku tahu erti proses akad nikah ini, ianya bergantung kepada tok kadi yang menikahkan kita. Untuk rekod ramai yang sebut pak imam, tp bagi aku rasanya dia wakil kadi yang dilantik oleh jabatan agama bagi memantau dan menjalankan upacara penikahan.

Lafaz akad kerap menjadi persoalan dan namun hampir tiada apabila di ‘google’ menyatakan dengan tepat lafaz akad mengikut negeri, malah website jabatan agama juga tidak memaparkan lafaz akad yang dikatakan kebanyakkan orang berbeza mengikut negeri. Aku tidak mahir berkaitan agama, namun apabila diperhatikan hukum tuhan hanya menyatakan 5 perkara dalam rukun nikah. Akad tidak di specific kepada kata-kata atau ayat-ayat tertentu, selagi mana ia difahami apabila dilafazkan rasanya sudah cukup.


Kerapkali didengari persoalan ‘nyer’ dalam baris ayat akad nikah menjadi satu bebanan.. Dari apa yang aku perhatikan ia amat bergantung kepada 5 perkara berikut, ia bukan rukun nikah tetapi telah menjadi lebih wajib dari rukun nikah itu sendiri

     1. wakil kadi semasa akad :

  •  umur- dah lanjut usia agak simple berbanding orang muda yg excited nak tanya macam2 berlebihan
  • pendengaran- umur kadi or saksi, dengar ke x? hehehhe
  • ketegasan- muka serius seolah macam pengantin lelaki wat jenayah berat, aku suggest wat lah suasana tu ceria jd pengantin pun xcuak.
  • goncangan tangan- wow gengam tangan macam bermusuhan sangat, pastu goncang sampai pengantin terlupa apa nk jawap
 2. kerenah saksi (namun ia bergantung kepada kawalan si kadi bertugas)
3     3. Audience (yang rasa upacara penikahan seperti konsert-laungan sekali lagi-sekali lagi)
4     4. Perbezaan fahaman dialek antara negeri
       5. Keterlambatan pengantin lelaki datang semasa upacara nikah

Aku pernah hadiri majlis akad nikah dengan pengantin lelaki membaca teks jawapan akad serta dengan hanya lafaz ‘aku terima nikah seperti yang tersebut’.


Walau apa pun lafaznya, selagi ia jelas dan di fahami oleh saksi, aku merasakan ia di anggap sah. Mungkin hanya manusia yang merumitkan keadaan untuk mencari kesempurnaan tanpa menyedari benda yang baik harus dipermudah.