Blogger Backgrounds

Jumaat, 1 Julai 2016

Berhari Raya



Puasa kali ni rasanya sangat smooth, tup tup dah tiba 26 ramadhan. Sekejap sangat masa kini berlalu. Alhamdulliah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang puasa yang menyebabkan aku tidak tertinggal untuk berpuasa walau sehari. Bi;a tiba nak raya semua sibuk cerita pasa persiapan-kuih lah, baju lah...Ya memang benar dulu aku pun macam tu jugak, cuma tahun ni aku dah mula slow, cuma prepare duit raya sahaja. yang lain guna jelah apa yang ada, kuih raya? macam dah tak relevan je dengan dunia kini. Masih ramai lagikah orang bertandang dan menziarahi di musim perayaan ini? Mungkin generasi baru kelak akan pupus sifat ini dan mungkin juga kita telah sama-sama melihatnya kini. Yang masih kekal mungkin ucapan selamat hari raya.

Selamat menyambut hari raya kepada semua.