Blogger Backgrounds

Rabu, 13 Julai 2016

Selamat tinggal sahabat


Tanggal 4 Julai 2016 begitu mengejutkan, di saat hening pagi menunjukkan 5.25pg aku mendapat perkhabaran bahawa dia telah pergi mengadap Illahi. Sungguh mengejutkan, walaupun sering kali lewat ini keadaan kesihatannya kurang baik, namun itu sudah biasa bagi kami di sini, kerana setahun sebelum ni dia pernah melalui saat lagi getir. Namun dia berjaya pulih. Betullah realiti hidup, mati tidak memerlukan kriteria. Mati boleh terjadi bila-bila masa sahaja, itu hakikat yang semua manusia tahu. Namun untuk berdepan dengan kematian dan berita kematian, hanya setiap kali berlaku sahaja manusia mula mengakui hakikat dan realiti itu. Inilah dia di hadapan mata.

Mengenali arwah sejak hampir 9 tahun lalu merupakan seorang staf yang baik dan mempunyai 'understanding' yang sama, maka tidak hairanlah arwah merupakan staf yang di kategorikan sebagai 'pemain mahal di organisasi aku'  Namun sayang segalanya telah berakhir hanya jasa dan sumbangan serta kenangan sahaja yang masih kekal.

Selamat tinggal sahabat.