Blogger Backgrounds

Khamis, 15 Disember 2016

Runtuhnya kekebalan 16 tahun versi 2.0


Uhhh… sukar aku nak ceritakan, tak cerita rugi, tapi kalu diceritakan ianya hanyalah untuk dijadikan panduan dan pengetahuan sesiapa sahaja di masa akan datang bermula sekarang. Bagi sesiapa yang mengikuti FB ku pasti tidak gambarkan atau tidak memikirkan apa-apa berkenaan 2 poster yang aku telah muat naik. Namun ia penuh makna jika di ambil tahu.

Perkara ini telah menjadi bualan hampir 2 bulan lalu dan menjdi kenyataan pada Oktober 2016 ini. Jika dilihat pergolakkan ini telah di ambil serius oleh orang no 1 organisasi besar aku. Ramai yang tidak menyangka perkara seperti ini terjadi buat kali ke dua. Maafkan aku jika aku terpaksa menggunakan perkataan-perkataan yang ‘direct’ dalam catatan ini, bagi mengambarkan betapa seriusnya ianya terjadi.

Yea ini terjadi kali kedua selepas eksiden ‘Black 2006’ dan sekarang 2016. Mengapa terjadi? Mungkin sebab kebodohan diri yang tidak mengambil iktibar di masa lalu, keegoaan dan merasakan diri itu kebal dan semuanya benar belaka atau individu merasakan dia besar dari organisasi ini sendiri.


Untuk hidup di alam manusia ini, sebagai seorang manusia harus melihat dari 360 darjah pandangan. Baik, buruk, andaian dan segala aspek kehidupan perlu di beri perhatian lebih-lebih lagi anda telah masuk di dalam lubang di jalan yang pernah di lalui dahulu atau mungkin tak berapa lama dahulu, ehh! lalu sekali lagi boleh masuk ke dalam lubang yang sama tanpa ada perasaan dan masuk dan masuk lagi. Ini bukan peringkat bodoh namanya tetapi peringkat tuli.


Image result for stupid boss

Berbalik kepada apa yang aku perkatakan dalam topik ini. Yea ketua di organisasi aku telah dilucutkan jawatannya dari terus menjadi ketua di organisasi ku. Beliau telah dipindahkan ke jabatan lain yang khas di wujudkan kepadanya sebagai orang buangan, yea orang buangan kerana berada di skim yang tidak pernah terfikir untuk di duduki, Mengapa? Secara ringkas mengapa terjadi sampai begini:
  1. Ego dalam kebodohan: semua dia betul, tapi hakikat bila gagal menyalahkan orang lain
  2. Tiada visi dan misi, malah tak faham apa itu visi dan misi itu apa kejadahnya…ada di suatu masa pegawai menanyakan kepada beliau apakah misi dan visinya untuk organisasi ini, beliau mengatakan ‘sikap’…&^%$%$% kepala bana dia, dia ingat organisasi dia ni pusat kaunseling universiti ke.
  3. Tiada ciri pemimpin, eh malah utk huruf-huruf dalam perkataan Pemimpin tu pun belum tau P tu layak untuk dia.
  4.  Tiada strategi sama ada dalam pengurusan atau sumber manusia yang dia ada
  5. Berpolitik manis di bibir: menghancurkan pegawai melalui hubungan baik dengan staf bawahan yang kategori teruk.
  6. Tiada keputusan: pehh ni lagi gila, dia punya takut hendak bertanggungjawab sehingga berani setakat tandatangan memo gotong royong je….yang lain? Pandai-pandai pegawai lah supaya dia boleh buat perkara no 1 aku list kat atas tu.
  7. Suruh pegawai teka apa dia nak….cth: nak breakfast pagi minta pegawai listkan breakfast yang ada di mesia ni…senarai 1-19000 menu…last2 sampai tengahari…pastu kata pegawai gagal memahaminya.
  8. Gagal mendelegasi tugas, kekadang sebab tak percayakan pegawai sehingga sanggup serah kerja pegawai kepada staf bawahan, pastu dia mula mempermudahkan kerja tersebut sambil berkata kepada pegawai…haaa pembantu pun bleh buat…tp bila diserahkan kepada pegawai? Terjadi seperti perkara di no 9
  9.  Perjalanan sesuatu tugasan akan bermula dari huruf A-Y tiada Z, akan kembali buat A semula. Jadi keje berulang-ulang tanpa kesudahan, ini terjadi kerana perkara no 7….lama yea nak teka…
  10.  Meletakkan sesuatu bukan pada posisi aka kemahiran seseorang, jadi organisasi akan menjadi tidak stabil dalam bergerak.
Selain itu dalam perjalanan 16 tahun (boleh dikatakan organisasi baru) aku dapat melihat kepada apa yang telah terjadi pada organisasi yang jenis sama yang telah lama wujud. Mungkin terjadi sebab dia gagal mengawal oleh kerana sifat politiknya;

  1. Terjadinya puak-puak dikalangan staf (puak A ada clik dia, puak B ada clik dia)
  2.  Itu bukan dari zaman saya (bermaksud tidak mahu meneruskan atau bertanggungjawab memulihkan sesuatu kerja yang bukan dia bertugas dahulu)
Nampak dalam senarai aku membuka aib orang, tapi aku tidak menyebutkan nama organisasi, secara jujur aku hendak orang memahami mengapa ianya terjadi. Bagi seorang pemimpin aka boss dalam organisasi, fahamilah perkara ini.


Namun segalanya tidak berakhir di sini. Cabaran lebih besar bakal dihadapi selepas ketiadaanya. Kita baru sahaja melalui fasa 1 peralihan. Perumpaan mudah bagi aku camginilah mengikut perbandingan sejarah yang pernah berlaku:

  1.  Selepas Jepun kalah di tanah Melayu, komunis mula menguasai dalam masa 14 hari sebelum British dating semula mengawal tanah melayu. (yea golongan dalaman kami ada yang jadi komunis itu)
  2. Selepas Rejim Saddam Hussien tumbang, Iraq tidak pernah aman disebabkan perbezaan ideology mazhab. (betul, kami mempunyai ramai klik di dalam organisasi)
Sedikit sebanyak untuk pengajaran jika terjadinya runtuhnya atau jatuhnya ketua organisasi dan penggantian orang lain.

Image result for who leader

Ada lagi nak cerita..tapi next next lah yea….