Blogger Backgrounds

Selasa, 31 Oktober 2017

Bercuti ke Taman Negara Kuala Tahan Pahang



Ok kali ni aku nak cerita percutian 3 hari 2 malam aku ke Taman Negara Pahang Jerantut di Kuala Tahan bukan di Ulu Tembeling

Mod percutian biasa aku memang 3 hari 2 malam barulah feel easy and relax.



Aku amik pakej seorang RM 265 yang merangkumi tempat tinggal-jungle night walk-canopy walk-rapid shooting-kampung orang asli. Dan aku add rm160 (memula dia bg aku 180) untuk pergi ke pokok besar-kelah sanctuary-air terjun Lata Berkoh.

Macam biasa aku buat survey dulu kawasan ini, dulu aku bayangkan kawasan ni sangat pendalaman, tapi selepas aku pergi baru aku tahu Malaysia ni dah maju jadi tiada lagi kawasan pendalaman yang ketinggalan, maka dengan itu tidaklah rasa kejauhan dari arus kebandaraan.

ni Tebing Guest House

Pakej bila survey di internet agak mahal, mujur aku ada kawan yang ada tinggal di Jerantut. So aku diperkenalkan dengan En. Mohd Abdul Rani yang juga merupakan pemilik Tebing Guest House. Sebenarnya dia ni kawan aku punya kawan yang kenal. So takpelah diperkenalkan dengan seorang yang ok sebab aku tertarik dengan pakej yang diberikan. Aku dah cuba survey secara online agak tinggi sedikit dan tanpa sentuhan orang yang kenal aku jadi kurang yakin.

Memula aku di offer dengan tempat dia, tapi bila check semula dah fully booking plak. Kalu tengok gambar Tebing Guest House Jerantut ni paling cantik kat kawasan taman negara ni bagi kategori bangunan batu. Ada resort yang macam chalet kayu yang cantik berdekatan adalah Mansheer. Ni bagi kategori murah lah untuk orang yang macam aku ni. Boleh google kalu nak tahu camne rupanya. 

Tiada resort or guesthouse yang betul-betul tepi sungai yea kat sini, maksud aku buka tingkap Nampak sungai semua sepetak dari sungai alah lebih kurang 200 meter gak kot dari sungai dgn jeti.

Yellow Guest House

Oleh kerana tak dapat di tempat beliau, dengan penuh tanggungjawab beliau telah carikan aku dengan Yellow guest house yang berdekatan dengan guesthouse dia (tak jauh mana pun) untuk aku menginap, tetapi kurang skit ler dari kualiti rupa dari Tebing Guesthouse but still ok. Murah skit lah tu yang dapat pakej RM 265 taksilap aku kalu Tebing Guest House pun tambah dalam RM 20 je. Bilik pun besar dan selesa.

Ok sekarang aku wat perincian trip
First day

Aku tiba lebih kurang jam 4.30 petang ke Yellow Guest house, so aktiviti petang adalah relax, malam baru start night jungle walk. Sebelum malam aku amik kesempatan pergi ke Jeti dengan jalan kaki je, kan aku inform tadi dalam 200 meter je dari penginapan. Kat area ni tak banyak kedai, Nampak cam tak meriah, tapi malam korang still ada kedai makan, kalu tak nak korang bleh keluar dengan kete melalui jalan utama untuk ke kedai berdekatan kampung masa perjalanan korang datang dalam 1-2 km adalah medan makan kat kampung tu (tak perlu kusut jalan, memang tu jelah jalan utama nya), tapi aku tak pasti nama kampung tu. Makanan kat kampung harga lebih relevan. Berbanding korang makan kat gerai terapung atas sungai di jeti agak antarabangsa rege nyer. Oh ya! kat tebing ada dalam 5-6 gerai terapung.

Ok malam dalam jam 8.30 bermula aktiviti nite jungle walk, mcm seram je bunyinya tapi taklah, korang akan dibawa oleh sorang guide untuk masuk ke persisiran hutan di seberang sungai dekat dengan resort Mutiara Taman Negara (satu-satunya resort mahal yang berada di seberang sungai) memula kena naik bot, kalu untuk ulang alik bot ni sekali naik ke seberang RM1, Point A to Point B

kredit gambar http://www.redscarz.com

tapi sebab pakej sudah tersekali so naik jelah, tak jauh mana pun lebih kurang 100 meter je nak keseberang. Ok untuk nite jungle walk kita akan menyusuri resort tu untuk masuk ke hutan, tapi jangan bimbang dah ada platform pun jalan kat hutan tu so xdelah dirty sangat cuma aku nasihatkan pakai seluar panjang dengan kasut. Nama guide aku ialah Syukri, dia bawak aku pergi tengok keadaan malam dalam hutan di samping dia menerangkan jenis-jenis serangga yang kita jumpa, pokok dan lain-lainperkara berkenaan hutan yang korang tanya, pada aku dia expert dengan kerjanya, so kita feel ok. Nite walk amik masa dalam 1 jam je, tapi terpulang lah korang punya perjumpaan serangga or binatang dalam hutan tu, kalau banyak, kena banyak kali ler korang berhenti dia explainkan. Jangan bimbang ada juga group lain kat situ, konfom tak takut. Ok pastu menyeberang semula ke jeti dan tamat malam pertama. Pada aku ok lah dapat masuk hutan di malam hari, kalu nak pergi sendiri memang takdelah…Hutan tu….

wooden walkway

Hari kedua, aktiviti slot pagi start jam 9.00 pagi so pas bersiap pergi bfast dulu di kedai berhampiran dekat area depan sekolah, memang tu je area kedai makan yang ada. Makan ajelah apa yang ada janji kenyang tp kasik yang berat skit. sebab pasni aktiviti lasak skit aktiviti trekking ke canopy walk pastu ke bukit terisek. Semua berjalan wei. Banyak kilometer jugak rasanya. Aktiviti ni sekali lagi kita naik bot menyeberang ke seberang (erk betul ke ayat aku?) so kita masuk trek jungle nite walk smlm. Tapi makin ke dalam untuk ke canopy walk. So si syukri quide tour aku pun menerangkanlah pokok-pokok yang ada masa di siang hari plak. Aku suka bab terang-terangkan ni. Ada pendakian sedikit tapi masih guna trek platform kayu jd kaki korang xjejak tanah lah. Antara tip yang Syukri bagi kalau nak ke canopy walk kena awal pagi sebab takut ada banyak trip/group lain yang masuk gak nanti masa nak menyusuri canopy walk akan jadi lambat sebab dia lepaskan 1-1 bagi one point. Oh sebelum masuk ke jungle trek ke canopy walk kena register dengan renjer, aku dah lupa bayaran (ni kena bayar sendiri) kamera RM 5 handset jugak di kira kamera tau. Kalau datang bertiga register je lah 1 hset. Ada tip lagi yang diberi kalu nak bercuti ke taman negara peak pelancong adalah bulan 6-9. Sebab orang luar je suka pi tempat camni, orang Malaysia sibuk nak pergi luar negara pulak. Mungkin lumrah manusia kot. Selesai aktiviti slot pagi dalam jam 1. So balik ke bilik untuk slot petang dalam jam 3..jadi sebelum balik bilik baik pergi makan dulu.

jangan takut ada renjer jaga

Jam 3 petang untuk pergi slot petang rapid shooting dan perkampungan orang asli batek. Kali ni naik bot panjang, rapid shooting tu dia bawak bot senget2 skit kalau kete cam drift kot. So air bertaburan kena korang, tapi ni boleh pilih kalau korang nak dia wat gila tu or tidak, aku naik dgn pelancong Perancis so dia orang request tidak mahu basah, jadi pemandu bot bawak biasa je lah, adalah basah sikit sebab air merecik je, coz masa pergi melawan arus so ada jeram kecil tu kena lah skit. So layan panorama pastu tiba di perkampungan orang asli tepi sungai je atas bukit. So kat di sini kita akan tengok kehidupan diaorang, pastu demo nyalakan api dgn menyumpit. Nak ikutkan seorang RM 5 utk bagi pada orang asli ni tetapi sebab ikut pakej kira dah termasuk, bermakna orang bot yang bayarkan. Aku pergi petang tu ramai lah pelancong masa tu.

ini bot panjang

Balik dalam jam 5 petang, just nice…balik bilik pastu malam keluar makan kat kampung berdekatan dengan layan pemandangan malam di jeti.

Hari ke 3, ni aktiviti tambahan so pakej berlainan dari yang utama, aku nk pergi ke kelah sanctuary..so otw kelah sanctuary tu singgah kat pokok besar utk ambik gambar je, jejaga trip kali ni ada pacat hehehhee… pastu ke sanctuary kelah…pastu ke air terjun Lata Berkoh kat cni kena jalan kaki dalam 1km ke dalam tanpa guide pastu baru jumpa jeram Lata Berkoh bleh mandi dgn layan pemandangan, tp aku nasihat pakai jaket keselamatan sebab air nyer deras..

So behenti setiap point terpulang pada korang lah bot tunggu je. Untuk pakej ni harga standart adalah rm200 satu bot 4 orang je maksima. Tapi haritu aku dapat rm160 je, tq tu en rani yang tolong carikan bot. aku suka trip ni coz dia jauh dan dapat feel scenario hutan dari sungai, pehh serius best..

Balik tiba jeti semula dalam jam 12 tgh, oleh kerana aku dh check out pagi tadi, so en rani bagi mandi di tebing guesthouse untuk aku mandi dan salin sebelum bertolak balik. Terima kasih sangat kat En Rani sebab kebaikkan dia dalam membantu aku walaupun aku tidak menginap guesthouse dia pun. Siap hantar sampai kereta masa aku nak balik. Tak pernah lagi aku pergi bercuti jumpa pemilik penginapan sebaik ini.

Berakhir percutian ke taman negara….