Pahang dan johor adalah 2 negeri berbeza, satu selatan dan satu lagi kategori timur. Kalau bendera ia berlainan tentu sahaja loghat dan gaya hidup nyer juga berbeza. Habitat dan golongan yang tinggal juga aku boleh kategorikan sebagai berbeza juga.
Nasib aku memang ditakdirkan merasai kenikmatan dan suka duka di dua negeri ini. Yea persamaan nyer itu pasti dan juga aku pernah berkhidmat di kedua-dua negeri ini. Terima kasih kepada semua yang mengajar aku erti kehidupan di tempat-tempat ini. Aku yang dahagakan pengalaman memang amat benar-benar menghargainya.
Persoalan timbul, bila mana orang kerap ada yang mengatakan aku ini orang Pahang, kelahiran Pahang dan berasal dari Pahang. Mengapa? Gara-gara aku pernah berkhidmatan di Pahang dan aku kadangkala menggunakan loghat lenggok Pahang. Membuatkan aku tersenyum bahawa aku berjaya mengaburi identiti sebenar hakikat asal kelahiranku. Memang Pahang banyak membentukku mengenai masyarakat dan budaya hidup merkeka sehinggakan aku telah menyerap segalanya tanpa aku sedari.
Dakwaan ini jika dilihat bukanlah sesuatu yang besar bagi aku, namun secara lebih mendalam aku telah hilang akan cara keselatananku yang patut ada di dalam jiwa aku ini.
Sesungguhnya di mana langit dijunjung di situ bumi ku pijak, namun mengapa dah lama aku berpijak di negeri hang tuah ini aku tak boleh menyerap apa-apa…hehehehe sesungguhnya yang pasti aku adalah orang Johor.
Rabu, 14 Disember 2011
Aku orang Pahang atau aku orang Johor?
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 5:26:00 PTG 0 Komen
Selasa, 6 Disember 2011
Apa aku FIKIR?
Minggu ni seakan tiada masa untuk aku merewang2, aku cuba utk menggelak dari merasa stress. Mungkin berjaya mungkin tidak.Apa yang aku hadapi sejak 3, 4 malam lepas macam nak demam tetapi tak demam-demam, yang pelik nya kenapa di waktu malam sahaja? Mistik? Aku ke klinik sebab supply ubat yang saki baki demam yang lepas tu dah abis. Emmm ternyata memang aku tak demam kata doctor. Hahahhaha pelik-pelik, dalam xdemam tu pun aku telan je ubat. Alhamdulliah malam ke 5 ni rasa dah feel ok for 98%. Yes aku dah pulih akhirnya? Uikkk dah akhir ke? Ah biarkan ia berlalu.
Jentera baru yang kat garaj ni dah hampir sebulan aku bwk balik, skit pun aku tak sentuh apa2 lagi, agak pelik bagi kaki modifikasi seperti aku ni membiarkan sebuah jentera standart begitu lama. Yang penting aku tengah kering ni, mau gak 4, 5 bulan di biarkan begitu, lagipun dok tengah kumpul ilmu mengenai MPV, hehehehehe dalam otak ni ada gak puzzle puzzle yang belum lengkap lagi, kena bercampur gaul dulu dengan kengkawan yang main jentera ni, barulah dapat ilmu. Tapi ternyata membela sebuah jentera MPV ni memang UP kos nya. Itu baru kos asas memberi makan belum lagi campuran modifikasi luar biasa yang aku telah selesai di jentera pertamaku. Yes aku mesti boleh. Kombinasi penting rakan-ilmu dan juga $$$$.
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 1:24:00 PTG 0 Komen
Selasa, 29 November 2011
Welcome to three-SERIES





Semalam menjejakkan angka usianya kepada 30. Maaf tiada sebaris sms untuk mengucapkan “selamat harijadi” kerana aku sedar akan hari cuti dan tidak memungkinkan aku untuk itu.
Memasuki usia 30 tahun aku harapkan dia matang dalam segala hal yang dilalui dalam kehidupan ini, aku selalu menulis dengan rasa hati aku bahawa pengalaman itu adalah ilmu yang baik dalam kehidupan ini, dan seharusnya dengan ilmu yang diperolehi itu akan membuatkan kita matang dalam segala hal yang dihadapi. Penilaian yang baik sebagai manusia mampu menjadikan kita berfikir dengan otak sama ada perbezaan negatif dan positif itu perlu bagi meneruskan kehidupan.
Mungkin angka 30 ini jelas dengan kurniaan bernilai baginya melalui kehadiran permata hati di sisi.
Selamat Hari Lahir…………….
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 2:37:00 PTG 0 Komen
Selasa, 22 November 2011
Runtuhnya sorakan 70 ribu penyokong Indonesia di Stadium Bung Karno
120 minit yang begitu mendebarkan, begitulah yang terjadi pada perlawanan akhir sukan sea bolasepak Malaysia vs Indonesia malam tadi. Aku sampai seram sejuk nengok bola live kat umah semalam, debaran dan saat2 genting terdengar sorakan dan jeritan orang taman perumahan aku ni. Pehh aku rasa 80% rakyat mesia malam tadi dok nengok perlawanan bola ini.
Walaupun aku bukan pengemar sukan bolasepak, namun sejak mesia menang AFF tempohari terus rasa semangat dengan team mesia ni. Maybe lebih tepat nyer aura.
Tekanan yang kuat dari penyokong Indonesia yang bermian final di tempat sendiri mungkin menyelubungi pemain-pemain mesia.
Terdengar Tan Sri Muhiyidin komen tadi “menang bola sepak sukan sea rasa cam juara sukan sea plak”..Anyway Congrat Malaysia.
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 12:31:00 PTG 0 Komen
Isnin, 21 November 2011
Staf Pertama Pencen di Organisasi
Organisasi IPTA yang aku bekerja sekarang ditubuhkan pada tahun 2000. So ianya amat muda dalam 11 tahun umurnyer. Kebanyakkan kakitangan yang mula berkhidmat di sini adalah dari salah satu IPTA dari selatan tanahair.Hanya aku dan beberapa orang staf sahaja yang berasal dari negeri selain melaka dan organisasi berlaian yang ditawarkan dijabatan ini.
Bagi jabatanku tanggal 17 Nov 2011, staf pertama telah bersara iaitu orang nombor dua di jabatan. So semenjak aku mula bekerja sehingga sekarang dari lain-lain pekerjaan sebelum ini, ini merupakan kali pertama aku berhadapan akan orang yang berpencen. So aku secara langsung teruja dan juga rasa sedih akan kebersaraan beliau.
Majlis makan malam telah di anjurkan oleh kelab jabatanku pada malam hari terakhir beliau. Tidaklah semeriah mana tetapi mungkin memberi satu rasa penghargaan yang mungkin ada nilainya.Tapi dengar-dengar ada satu lagi majlis secara haram dikalangan pegawai akan diadakan kelak.
Aku terbayang 26 tahun lagi, macamanakah aku pada majlis persaraan ku nanti????
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 3:09:00 PTG 0 Komen