Blogger Backgrounds

Jumaat, 8 Mei 2009

Minit Mesyuarat

Berhari-hari aku menghabiskan kerja ku untuk membuat minit mesyuarat, mesyuarat jabatan yang lepas giliran aku menjadi pencatat minit. Untuk pengetahuan Bos aku ni jenis yang bila bercakap pelbagai aspek di rangkumi, pada mulaya tak susah untukku menyalin apa sahaja yang keluar dari mulut-mulut ahli mesyuarat. Masalah mula timbul apabila aku membuat minit yang memerlukan hanya fakta penting di masukkan, kalu tidak dipilih habislah umpama telenovela jadinya. Aku berusaha menyiapakannya. Syukurlah ada pegawai yang sudi membantu aku membuatnya bukan ku harap untuk menaip tapi cukuplah sekadar pandangan dan idea darinya, aku berusaha membuat kerjaku sendiri dengan sedikit petunjuk dari yang lain. Walaupun sesekali aku merungut kebosanan tapi aku jadikan ia sebagai pengalaman yang berguna untuk aku hargai. Aku sangat suka kerana aku berjaya memiliki ilmu ini.

Oh ya tadi panggilan telefon dari JPJ Melaka, permohonan bumbung matahariku telah berjaya, perlu ambil surat darinya untuk di bawa ke pemeriksaan Puspakom pula. Jadi aku perlu rancang percutian aku untuk itu.

Berita sedih buat ku pagi tadi mendapat email mengatakan tarikh induksi ku akan di tunda kepada 26 mei – 6 Jun sebelum ini 17 mei – 29 Jun. yea kenapa aku sedih? 6 Jun merupakan satu tarikh yang harap sangat aku dapat berada di Pahang. Aku ingin melihatnya dari kejauhan semasa majlis itu, nampaknya Tuhan tidak membenarkan hajat aku itu. Walaupun aku tidak diundang, aku faham aku memang sedar akan diri ini. Harapan aku untuk melihat itu semua tidak tercapai. Ketika menerima sms dari sorang teman mengatakan dia akan diijabkabulkan pada 6 Jun 2009 aku tidak terkejut naluriku memang seakan mengerti dan dapat mengagaknya dari awal. Aku pasrah dengan ketentuan, tangisan aku tiada penghujungnya. Aku pasti akan ke sana apabila berkesempatan, melihat kenangan dan melihatnya dari kejauhan. Biarlah mereka2 mengatakan aku sombong atau apa sahaja yang pasti jawapan itu ada padaku. Mereka tak rasa apa yang aku rasa, mereka tak menderita seperti aku deritai. Biarlah aku begini, aku bahagia dengan caraku. Untuk dia tiada kata mampu aku luahkan.

Khamis, 7 Mei 2009

Bila?

Persoalan bila..emm pelik bila tidak merungkai semuanya, malahan perkataan 'bila' gagal menerangkan sesuatu. Sebaliknya perkataan ini dapat memberi makna bila ada sokongan perkataan lain..
3 hari yang aku rasakan amat sibuk, bermula 30 april, aku bz di JPJ untuk urusan permohonan bumbung matahariku. Baru permohonan aku dah kalut gila, belum lagi di Puspakom dan ke JPJ semula. Aku bercadang ingin bercuti pada hari yang akan tiba itu nanti. Aku mungkin mengambil peluang untuk ke Bank Muamalat, RHB dan CIMB bagi melihat dan berbincang mengenai offer letter yang mereka telah keluarkan untuk pinjaman perumahan baruku.

Yea aku ke arah memiliki rumah sendiri dalam usia 29tahun, aku berbangga dengan pencapaian ini. Eh jgn lah berangan dulu ia nya baru offer letter.Tapi aku mampu untuk senang hati berdasarkan rekod komitmen aku yang bersih rata-rata bank sangat suka dengan kebersihan rekod aku.Aku memang sangat menjaga kewanganku dan menjaga rekod itu dengan baik. Organisasi lama aku banyak mengajar erti “nampak kaya tapi merana” aku tak mahu kehidupan itu aku mahu kehidupan yang aku selesa biarlah aku tak kaya tapi tak juga aku mahukan kemiskinan. Siapa sangka dari awal pemaju seakan tidak mahu meletakkan permohonan aku di sebuah bank yang dikatakanya begitu payah memberi pinjaman kepada pemohon. Aku berjaya membuktikan kepada mereka bahawa bank tersebut akhirnya antara bank awal yang memberi offer letter kepadaku. Itulah sedikit pengalaman yang aku berjaya miliki untuk semua ini.

1 Mei hari cuti yang jatuh pada hari Jumaat, selalunya Jumaat dikaitkan dengan segala halangan melanda untuk perjalanan jauh, maklumlah ada sembahyang Jumaat. Tapi tidak ku sangka dengan komitment yang kuat antara rakan pejabatku. Kita berjaya mengadakan “Fun Drive To Port Dickson” di selami dengan sesi membakar haiwan di siang hari. Memenatkan tapi tampak hilang dek keriangan yang melanda setiap orang. Sesak juga PD masa cuti-cuti begini.sekali sekala hendak juga rasa kesesakan. Itu lumrah kita kan orang Malaysia. Yang uniknya kami sempat mengadakan sesi bermesyuarat di lautan, unik memang unik. Aku lihat ramai anak-anak muda yang asyik dengan aktiviti berkumpulan di jalanan ‘konvoi’ fenomena ini mengingatkan aku ketika zaman mudaku. Aktiviti berkonvoi memang ditunggu, ia sinonim dengan hari cuti. Pergi bersama pulang bersama dalam satu kawanan jentera yang mampu menarik perhatian orang, lumrah jiwa muda sentiasa ingin di perhatikan. Tapi itu semua seakan pudar apabila usia meningkat. Kebosanan mula melanda lama kelamaan di tinggalkan begitu sahaja. Aku gembira kerana masa muda ku aku dapat merasai pengalaman itu.

2 Mei pula aktiviti berkonvoi kecil-kecilan bersama rakan sepejabatku ke majlis perkahwinan Penolong Pegawai ku di Labis, dia baru berusia 28 tahun aku rasakan. Tahniah kepada saudara Hafeez. Aku? Bila pula? Bila yang aku tak tahu jawapanya, kalu sekarang aku masih bersamanya mungkin bila itu ada jawapannya, biarlah hanya tuhan sahaja yang tahu bila itu datang dan bila itu akan memberi jawapan dengan sokongan perkataan lain.

Selasa, 21 April 2009

Bukan Diriku

Dalam keheningan pagi menuju ke pejabat, pendengaranku tertarik kepada lagu yang aku rasakan mempunyai makna kepada diriku tidak lama dahulu, hatiku tiba2 menjadi sayu tergambar segala perkara lalu yang indah dan akhirnya duka untuk diriku;

Setelah kupahami aku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu
Tak dapat kusangsikanT
ernyata dirinyalah yang mengerti kamu
Bukanlah diriku ..

Kini maafkanlah aku
Bila aku menjadi bisu kepada dirimu
Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas 'tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku..

Walau ku masih mencintaimu
Ku harus meninggalkanmu
Ku harus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Ku harus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku

Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang ramah menyentuhmu
Bukanlah diriku..

aku sedih..aku xmampu

Jumaat, 17 April 2009

Sunroof


semalam aku hantar jentera kesayanganku ke bengkel, setelah agak lama terpendam mencari2 bengkel yang benar2 aku puas hati dengan kerjanya. Bumbung matahari dalam bahasa melayu nye. Semacam tidak percaya bila aku kembali hari ini untuk melihat jenteraku "sudah berlubang di atas bumbung" xpe sekarang memang menyedihkan, tp bila siap ia pasti memberi kepuasan..Uh aku sekarang bersiap sedia dengan dokumen untuk kelulusan pihak berkuasa untuk itu. Ini merupakan fasa pertama bagi jenteraku..kelulusan mungkin mengambil masa hampir sebulan atau lebih, seperti rakan-rakanku yang lain ia nye memang lumrah, nak selamat tunggu ajelah apa bleh buat......................

Selasa, 14 April 2009

Kisah Semalam

Lama sudah aku xkeluar malam..aku xtau kenapa sedangkan dahulu itu perkara rutinku..oh ya aku salahkan keadaan sebab aku dah tua kot..pkl 2 juga aku pulang semalam, layan berbual dengan pelbagai kisah rim..Yea rim menjadi tajuk perbualan kami, tiadalah yang istimewa hanya perkongsian ilmu biasa..perbualan hingga larut pagi begitu mengasyikkan, dlu nikmat ini ku hirup setiap malam, selepas permergian dia..aku semakin pincang untuk semua yang aku senangi dahulu..aku telah semakin rapat dengan dunia rumahku..xpercaya itulah yang terjadi kepadaku.