Blogger Backgrounds

Rabu, 23 Jun 2010

satu, 2, tiga, empat


Aris Ariwatan 1234

Satu...
kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua...
sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat...
mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih


Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang...
itu bidalan
Harus kau renungkan
menghayati puitis lirik lagu ini dengan penuh perasaan membawa kepada aku berfikir indahnya kata indahnya makna. Cuba dengar untuk merasainya, nescaya kita akan sedar akan sesuatu yang kita paling hargai di dunia ini sama ada sedar atau tidak.

Khamis, 17 Jun 2010

DEmamon



Selasa aku dh rasa lain macam, suhu badan mula rasa tidak konsisten. Hari Rabu aku mengambil keputusan untuk tidak bekerja, memang biasa cmtu, aku kalu rasa badan tak best aku akan bercuti.

Konsep aku mudah kalu dah nak sakit tu beerti akan sakit, jadi sebelum dia menjadi tambah buruk baik ambil langkah berehat dn tindakan yang patut. Kalu bertahan gak mungkin akan membawa bencana yang lebih besar. Baik tak dapat pergi kerja sehari jadi 2, 3 hari melarat dahtu bukan baik betul mesti ada yang tak fit 100% cam merana gitu. Rabu aku pergi klinik, sah demam, nah ko amik banyak gila ubat diberi macam orang sakit kronik betul padahal demam selsema je.

Mujur aku ni jenis tak takut makan ubat so di telan semua. Lalok 1 hari dek dadah dr ubat tu.Sehingga blog ini di coret aku masih kanyol lagi. Aku gila sesuatu yang baru plak, huhuhu evolusiempat

Jumaat, 11 Jun 2010

Piala Dunia Oh Piala Dunia


Acara tertinggi perlawanan bolasepak telah bermula lagi selepas 4 tahun (2006) lalu di mana Itali menjadi juara.
Aku mengenali Piala Dunia mungkin baru itu pada tahun 1990 di Itali ketika mula berpindah ke Felda, tau nyer mudah dulu ada coklat yang dibeli kalu beli 6 free 1 batch Negara yang bertanding so gila sangat lah nak batch tu, bertimbun beli coklat. Masa ni Jerman Barat menang dan masa ni gak Jerman masih lagi terpisah dua iaitu timur dan barat.
Bermula dari situ terus di ikuti 1994 di Amerika Syarikat, yang ni plak dapat poster besar perlawanan lengkap beserta gambar pemain dah mula tau-tau lagi. Paling aku tak dapat lupa pemain dari Colombia, Andres Escobar telah mati ditembak di negaranya setelah menjaringkan gol sendiri ketika tewas kepada Amerika pada saingan awal. Pehh biasa ah bila sebut bola ni mesti ada perjudian so adalah yang tak puas hati tu akibat rugi banyak.
Terus ke tahun 1998 haa ni aku dah besar banyak. Tuan rumah 1998 adalah Perancis. Tuan Rumah perancis menang masa ni kalahkan Brazil 3-0. Hehehe masa ni jugak team sekolah aku kalah 3-0 dengan SMK Bentara Dalam Batu Pahat dii mana aku salah seorang pemain sayap kiri ketika tu. Aku memang suka pemain sayap kiri kalu main bola, tapi tu semua dah tinggal kenangan sebab aku tak boleh bersukan lagi kini.
Sebab aku tak boleh bersukan bermula tahun 2002 ni lah dimana world cup diadakan di Korea Selatan dan Jepun. Ni memang aku akan ingat samapi bila-bila. Masa ni aku duk terlantar kat umah sebab baru terlibat kemalangan jalan raya di shah alam yang menyebabkan aku extend setahun belajar. Kaki patah, so tengok bolah kaki bebalut + letak atas meja sambil tengok tv. Sebab masa ni masa korea dengan jepun hampir sama dengan Malaysia, dan banyak perlawanan diadakan siang hari waktu Malaysia.

Di Jerman 2006 aku berkhidmat di Pahang, tak banyak catatn memori yang aku ingat ketika aksi 2006 di mana Itali telah menang final masa tu tewaskan Perancis. Haa bar ingat masa aksi final Zinedine Zidane telah menanduk dada pemain Itali Marco Materazzi, yup aku tengok saat-saat tu.

Sekarang 2010 aku di Melaka, jadi apakah coretan kali ni? Walaupun aku ni tak minat bolasepak disebabkan bahang yang melanda macam satu fenomena, terpaksa lah aku mengikut fenomena itu. Team pilihan aku, macam biasa Jerman, aku dh beli baju tanda sokongan kepada Jerman kali ni. Go go Jerman.

Aku Marah Sangat

Semalam selepas balik kerja, aku rasakan amat letih dan memungkinkan aku menjadi malas untuk memasak. Aku pula tiba-tiba dalam kepenatan terasa nak makan nasi ayam, bukanya aku tak tahu membuat nasi ayam tapi dek kepenatan aku tadi, mengambil keputusan untuk pergi ke sebuah restoran nasi ayam berdekatan dengan kediamanku. Tiba sahaja di restoran tersebut pelanggan ramai luar biasa, ingatkan nak makan terus kat situ tetapi tiada tempat duduk kosong. Baru aku menyedari kediaman aku berdekatan dengan Stadium Hang Jebat yang menjadi gelanggang utama SUKMA Melaka 2010 ini.

Terus ambil keputusan juga untuk membungkus, terpaksa lah beratur, dihadapan aku ada 4 orang dan belakang pula seoarang.

Lambat juga servis dia, tapi aku faham sebab ada yang membungkus dalam kuantiti yang banyak. Jadi apabila semua dibelakangku telah habis tiba giliran aku, lama juga menunggu. Hati aku menjadi panas tetiba 2 bungkusan yang siap telah diberikan kepada orang belakang aku, emmm panas sudah aku tapi dek kerana 2 bungkus itu tadi aku lepaskan dengan muka yang agak marah. Maklumler ku bungkus 1 je. Menunggu lagi selepas itu giliran aku mendapat bungkusan itupun setelah 3 kali aku cakap. Aku pun membayar, ketika aku hendak mengutip duit balik dari orang yang aku bayar terdengar dari belakang suara pekerja restoran “bang bayar kat depan ek” kat belakangku masih leka mengutip duit, serta merta aku menjadi marah dalam hati. Ketika ini aku dapat rasakan itu bukan aku.

Sebaik aku menoleh kebelakang aku ternampak seorang pekerja restoran tapi dia tak pulang ulang perkataan tadi. Aku memang menunggu dia cakap lagia apa yang dia cakap kat belakang aku tadi. Pusingan aku itu memang merenung tepat kedia , semua orang yang beratur melihat aku juga. Memang nasib budak tu baik, aku tak tahulah kalu dia ulang lagi, mau aku pekik kat dia dalam kedai itu. Serius masa tu aku memang dapat rasakan itu bukan aku. Kaunter yang dia suruh bayar tu bukan ada orang, dia nak suruh aku tercegat lagi ke tunggu nak bayar pulak, lagipun pekerja berdekatan aku kat situ sdg pulangkan duit aku pun bukan aku duk saja je. Pehh samapi luar lah aku pandang dalam kedai itu. Memang panas, aku rasa tahun ni aku tak pernah semarah semalam.

Khamis, 10 Jun 2010

Gaza oh Palestin



Dalam bulan ni kecoh tentang Israel. Kapal bantuan kemanusian telah dirampas oleh Israel di laut antarabangsa. Kisah aktivis Malaysia yang di katakan wira Negara. Aku blur dengan dua situasi ini. Seakan ada yang tidak kena bagiku. Misi ini tiba-tiba jadi popular. Popular sebab ada rakyat Malaysia. Sehingga di bawa ke Parlimen Malaysia. Kecaman itu, kecaman ini. Aku bukanlah penyokong Israel, aku tau dah dari dahulu memang Israel macamtu, itulah Negara yang wujud tiba-tiba dengan keberkatan dari bangsa yahudi lain.
Ahh malas nak cerita Israel tu. Ia tetap begitu walaupun begitu begini gesaan kita kepadanya. Berbincang kesalahan di A cari penyelesaian sampai ke Z akhirnya A juga tak berubah-ubah. Jadi perjalanan rundingan,kecaman dan sebagainya dari B-Z sia-sia belaka. Emmm berbalik kepada kepopularan itu tadi, siapa sebenarnya yang boleh dikategorikan sebagai wira? Wira level apa ni? Wira memang wira tp kualiti tu aku konfius skit. Misi tak Berjaya, rugi lagi ade ler, risiko yang bahaya, tau dh akhiranya macamana.
Walauapapun aku respek aktivis yang terlibat dengan inisiatif bagi membantu Gaza. Oh ya mengapa dulu masa mereka pergi xde publisiti sebesar kepulangan yang tidak mencapai objektif kini ek? Hehhehehe faham faham. Congrat and full honour to all aktivis.