Blogger Backgrounds

Khamis, 19 Mei 2011

hARI kUALITI 2011 uNIVERSItI



Semalam jam 9 pagi hingga 12tghari merupakan hari kualiti universiti bagi tahun 2011. Sebenarnya dalam bahasa mudah penganugerahan pekerja cemerlang sepanjang tahun 2011 berdasarkan markah prestasi. macam dulu2 masa di organisasi lama, pergi keje tak pernah cuti wat keje rutin bla bla bla..mesti nak dapat 100% markah...kalu 95% rela nak berparang. hai kekadang senyum memikirkan mentaliti mereka di sana. syukurlah aku mendapat pengalaman itu, melihat dan memahami corak dan pola kehidupan manusia.


Pejabat aku 4 orang dapat cemerlang tahun ni, semua pompuan..tapi markah mereka xlebih 82% selepas di saring di banyak peringkat. Keseluruhan bagi semua jabatan di universiti ini dalam 50 orang lebih yang dapat. TAHNIAH

Rabu, 18 Mei 2011

Kompilasi karya blog di anjung tepi rumah



Hahaha tajuk nyer yang entah apa2, tapi aku suka tajuk ni, untuk pengetahuan anda, aku sedang melakar blog ini diluar rumah dengan ketenangan ciap burung2 di ladang sawit berhampiran rumahku. Angin sepoi-sepoi menjamah kulit, erk walaupun sekarang ni cuaca panas tapi bila dah petang2 begini semuanya redup. Pehh rasa tenang lah macam duk otel semasa pergi bercuti pulak. Lanskap tepi umah belum mula projek lagi ni, kira punya kira rumput je dekat 3k..adeh hold dulu ler.

Bila last anda tengok awan? Eksen plak aku ni mentang2 lah baru pas tengok awan tadi, hehhhe ada macam2 bentuk plak. Tak hairan lah dengan bentuk2 yang sukar di duga itu membuat kan otak kita berimaginasi dengan aman. Yelah baru tau dengan pandang awan ni bleh wat kita tenang sambil mencabar minda berangan apakah bentuk tersebut. Jadi selalu2 ler memandang awan di atas nun. Tak siapa leh sangkal imaginasi kita, kalu duk sorang2 ni senyum sorang2 lah jawab nyer. Mencabar minda dalam suasana yang santai.

“Bila ku kenang ku renung gambar wajahmu”
“Kisah yang lalu tak akan berulang lagi………………..

Haaa tiba-tiba bait lagu ni plak aku teringat, imaginasi awan mula terbang jauh nun ke belakang sana, ke mana? Latar masa mungkin 3 tahun lalu, latar tempat mungkin di Negeri Tok Gajah. Ini dah bukan bab imaginasi lagi, ni bab-bab mengingati kisah semalam. Ok juga di ingati . Cuma kalau sekarang ni lebih kepada banyak persoalan, dulu di ketahui kini ingin mengetahui, batas dan halangan kehidupan manusia menyebabkan aku sebagai manusia kena faham dan memahami segalanya. Jauh sudah 3 tahun lalu kalu dihitung secara lebih banyak merupakan hampir 1000 hari, uh banyak nyer, jauh dah berjalan dari saat itu, tetapi sesekali memandang ke belakang ianya seakan jelas lagi dipandangan, masih dekat, masih boleh dipegang, namun reality angka tetap reality.

Apa ada dalam kepala aku sekarang? Apa aku ingin capai sebelum akhir tahun ni? 2011.Kalu di list dari dalam kepala ni kasik print keluar maka yang akan keluar tret tett tett crettt >>>>……
KWSP, Jentera baru, wiring xsiap2 lagi, perabot rumah, pagar rumah, alor setar, Langkawi….<<<<<<< tu semua duk fikir ni, maybe ada 2,3 lagi list yang hidden fail kot. Walau apa pun belum ada perician lanjut petang ni, sebab aku nak duk santai tanpa memikirkan yang berat dan tiada jawapan yang ada petang ni. Tu semua perlu planning kalu duk fikir serabut je adanya. Bila plan kena catit dalam kertas sebagai startegi baru tak fenin duk dalam otak ni je.

Begitulah seadanya petang ini, smapi ketemu di anganan akan datang, ingat melayan impian bersamaku, kisah kini untuk masa hadapan. Bye.

Kehampehan Lu Langsi Lu Mati : Kongsi

Semangat aku bila membeli tiket untuk menyaksikan filem ini yang di opening kan pada tanggal 12 Mei 2011. Kenapa? Sebab sebelum ni tengok gazet memang best di tambah pula pelakon nya artis paling popular 2010. Tayangan 1 jam 30 minit ternyata memang mendukacitakan walaupun panggung penuh (emm maybe diaorang pun datang tengok sebab macam aku kerana gazetnyer) Aku pun tak pasti nak letak cerita ni dalam aksi atau komedi atau aksi komedi kerana pada aku semuanya tak tepat menggambarkannya. Shahezy Sam punya dialog keseluruhan filem ini tak sampai 100 patah…

Jalan cerita tak kuat langsung, buat asal jalan je ceritanya. Ada watak yang syok sendiri, ada watak yang just keluar untuk dialog dan tanpa babak yang kuat untuk mengaitkan dengan cerita.

Babak yang aku rasa paling sia-sia adalah waktu scene kejar mengejar antara kereta polis dan jentera drift? Apa makna tu? Satu lagi dalam cerita ni ada dua scene roadblock..jika di perhatikan betul2 kereta sutera yang melalui roadblock ini adalah kereta yang sama berdasarkan sticker sutera club. Aksi kejar mengejar yang entah alih2 nak kejar tanpa ada kesan dari aksi itu.

Aku nak komen pun xtau camne, yang penting jangan ler pergi tengok, nescaya anda pasti menyesal dengan duit tiket yang dikeluarkan serta pembaziran masa 1 jam 30 min didalam panggung dan keluar dengan terpinga2, “inikah kesudahannya?”
Watak dalam film ni Kalu ganas komedi aku tak kisah tapi ni ganas bodoh, bodoh yang amat sangat bodoh. Dari 5 binatang, inilah film paling teruk aku tengok..aku bagi 1 binatang. Memang tak berbaloi dengan RM 10 tiket.

Tapi aku suka dialog2 dari artis india selaku ketua gangster india, skema beb..
Inspektor : Awak ada buat pasal dengan orang ke?

Gengster india : saya ada berkata kepada mereka, yang tua dihormati dan yang muda di sayangi, tp saya tak tahu siapa yang bunuh dia, yang muda ke yang tua..warghhhh I need ur shoulder….


Jadi ingat tak semua lakonan artis paling popular itu adalah the best…

Rabu, 11 Mei 2011

Panas nyer.....


Wah seminggu dua ni aku rs kulit aku ni dah berbahang sokmo. Mandi pun sejuknya bertahan paling kuat 10 minit lepas tu kembali hangat hangat..Orang kata El-nino cam tahun 1998 tapi pas tgk berita tadi dia kata bukan. Sebab sekarang suhu paling tinggi setakat 34 celcius. Nasib baik kat office ada aircond, tp bila balik rumah, haaa azab macam masuk ketuhar gelombang micro.

Rumah aku ni ada aircond tapi disebabkan kehampehan orang wiring yang buat tak siap-siap so ade angin blower je lah yang keluar, gas tak letak lagi kot. Lantak ko lah si wiring, aku suruh datang jumaat ni, tapi dia plak keluar arahan kat aku yang nak datang sabtu, aku layan je.
Setiap petang balik ke rumah aku mengemas kotak2 yang di bawa dahulu, sorok sana sorok sini isinya. Di tambah pula suhu dalam rumah yang tinggi, memang thrill gila. Dari berbaju samapai buka baju, dari berseluar pendek sampai ke boxer, upp nyaris nak buka semua, tapi idok ler kang wat ade mata2 terpandang nyayo den hehehhe.

Hai bilakah cabaran suhu ni akan ber akhir…..

Jumaat, 6 Mei 2011





Firsly rate biasa aku dari 5 binatang, aku bagi 3.5 binatang. Untuk rekod aku ni susah bagi binatang yang banyak kepada mana-mana cerita yang aku tengok kecuali beberapa cerita sahaja yang melepasi tahap 4 namun bukan 5.

Cerita ni kesinambungan dari FF4, kalu masih ingat Dominic di bawa dengan bas penjara untuk di hantar ke Penjara dan di kejar oleh beberapa kereta dari adiknya Mia, O conner serta 2 rakan lain.

Agak kecewa kali ni tiada aksi sebenar kereta-kereta cantik yang boleh dilihat beraksi, cerita kali ni lebih bersifat kopolisian. Suntikan the rock pun ampak kurang menyerlah walaupun ganas di awal tp jadi lembik di akhir.

Cuma yang menarik kali ini dominic telah memanggil kawan-kawan lamanya dari siri-siri FF yang lepas beraksi melalui expertise masing-masing dalam menyelesaikan misi FF5. Kemunculan Han yang telah mati pada FF Tokyo Drift agak mengelirukan, ada orang kata cerita ni x de kaitan dengan FF Tokyo drift dan ada juga cakap cerita ni sebenarnya berlatar masa sebelum FF Tokyo Drift. Yang pasti aku merasakan xde kaitan dengan FF Tokyo Drift hehehehe.

Ending macam biasa Dominic menang mengalahkan kurapsi di brazil, tetapi selepas tamat segala nama pelakon di siarkan dan di saat ramai penonton telah keluar dari panggung, ada lagi sedikit babak yang memberi gambaran untuk FF6. So kepada anda semua yang tengok cerita ni, jgn keluar sehingga film habis berputar…rugi woo bayar tiket kalu xtgk babak last sekali tu. Enjoyz……………..