Blogger Backgrounds

Selasa, 21 April 2009

Bukan Diriku

Dalam keheningan pagi menuju ke pejabat, pendengaranku tertarik kepada lagu yang aku rasakan mempunyai makna kepada diriku tidak lama dahulu, hatiku tiba2 menjadi sayu tergambar segala perkara lalu yang indah dan akhirnya duka untuk diriku;

Setelah kupahami aku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu
Tak dapat kusangsikanT
ernyata dirinyalah yang mengerti kamu
Bukanlah diriku ..

Kini maafkanlah aku
Bila aku menjadi bisu kepada dirimu
Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas 'tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku..

Walau ku masih mencintaimu
Ku harus meninggalkanmu
Ku harus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Ku harus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku

Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang ramah menyentuhmu
Bukanlah diriku..

aku sedih..aku xmampu

Jumaat, 17 April 2009

Sunroof


semalam aku hantar jentera kesayanganku ke bengkel, setelah agak lama terpendam mencari2 bengkel yang benar2 aku puas hati dengan kerjanya. Bumbung matahari dalam bahasa melayu nye. Semacam tidak percaya bila aku kembali hari ini untuk melihat jenteraku "sudah berlubang di atas bumbung" xpe sekarang memang menyedihkan, tp bila siap ia pasti memberi kepuasan..Uh aku sekarang bersiap sedia dengan dokumen untuk kelulusan pihak berkuasa untuk itu. Ini merupakan fasa pertama bagi jenteraku..kelulusan mungkin mengambil masa hampir sebulan atau lebih, seperti rakan-rakanku yang lain ia nye memang lumrah, nak selamat tunggu ajelah apa bleh buat......................

Selasa, 14 April 2009

Kisah Semalam

Lama sudah aku xkeluar malam..aku xtau kenapa sedangkan dahulu itu perkara rutinku..oh ya aku salahkan keadaan sebab aku dah tua kot..pkl 2 juga aku pulang semalam, layan berbual dengan pelbagai kisah rim..Yea rim menjadi tajuk perbualan kami, tiadalah yang istimewa hanya perkongsian ilmu biasa..perbualan hingga larut pagi begitu mengasyikkan, dlu nikmat ini ku hirup setiap malam, selepas permergian dia..aku semakin pincang untuk semua yang aku senangi dahulu..aku telah semakin rapat dengan dunia rumahku..xpercaya itulah yang terjadi kepadaku.

Isnin, 13 April 2009

Isnin yang entahlah......


isnin oh isnin, org kata isnin pun ada morning sickness nyer..ishh cam orang mengandung plak.
arini bz sungguh aku..keje pun aku xpasti apa nyer..oh ya aku dok kalut dengan polisi dan dasar unit aku..fun juga buat dasar ni, kitalah berkuasa menentukan segalanya, aku jugak dapat tau lebih terperinci unit aku, masalah dapat diketahui..dlu masa di sekolah kita kena buat laitihan berulang kali untuk memastikan kita faham dengan subjek..yea serupa dlm kontek aku kini menyelami dan memahami..aku suka kan nya, nasib baik lah 2 staf lelaki aku begitu komited dengan kerja yang aku pertanggungjawabkan wpun mereka boleh dikategorikan sebagai baru.

sebelum dasar polisi dibuat, aku sibuk dgn ISO9001:2000, ini pun dikira memeningkan. Aku mengambil ia dalam perspektif positif..aku lebih tahu segalanya proses kerja unitku..Dalam projek ini 2 staf wanita ku, aku pertanggungjawabkan untuk membuatnya.Hasil sungguh membanggakan aku. Malah mereka lebih expert dariku. aku bangga dari zero mereka menjadi hero. Aku xkisah, bagiku ilmu itu sangat berguna bagi mereka, mereka boleh gunakan di mana saja unit yang akan mereka pergi. tapi terpulang pada bos mereka untuk mencungkil kebolehan diaorang. Aku sangat berpuas hati.

Dasar dan polisi--ISO 9001:2001 ..aku sudah ada staf yang mampu mengendalikannya wpun hanya sedikit panduan dariku.alangkah bagus nya kerja ku di sini bila mendapat staf yang sgt komited..emmm cerita lalu? staf yang begitu menyedihkan, aku kekadang kesian memikirkan mereka2 itu, tapi apa bioleh buat mereka membanggakan diri konon nyer hebat, aku sedari..biarlah ia berlalu yang pasti pengalaman itu amat berguna padaku dalam menempuhi hidup ini.

Emm dah 2 minggu aku di serbu oleh pihak bank, gara2 loan rumahku, aku ada apply loan untuk rumah, xlah mewah tapi aku suka rumah itu..corner lot..memandangkan rekod aku bersih banyak bank yang sanggup men offer kan diri untuk memberi loan, sehinggakan ada diantara bank yang sukar pun terhegeh2 mencari aku.aku dalam peringkat menunggu offer letter dari mereka semua, dlm otak aku dah ada bank yang menjadi pilihan, tengoklah harga cantik bulanan dan percent menjadi kiraan..konvensonal atau islamic? hehehe aku ada jawapanyer..

oh petang ni juga fasa menebuk bumbung sepatutnyer berlaku terhadap jenteraku? tp mcm xjadi je..mana lah PAP aku ni...tunggu dan tunggu....

Jumaat, 10 April 2009

YM mu......7 April 2009

aku teronline hari ini, seperti biasa berita dari rakan2 ku di kumpul..tiba2 chat sapaan dari orang yang pernah hadir dlm hidupku tidak lama dahulu..aku mengeletar secara tiba-tiba segala memori lama muncul meresap jiwa. Aku xsombong, aku takut, aku sedih wpun aku sgt ingin membalasnya. Aku tahankan hati, biarlah kesedihan itu untuk hatiku..Terlintas bayangan sms akhir yang begitu menghancurkan hatiku. 1 feb 2009 21:55 pm "Please just forget me. Never sms me" ketika itu hanya aku yang dpt membayangi diriku, aku terkedu..
samalah sapaan YM hari ini aku terkedu lagi..Jiwa aku mmg tidak tenteram, siapalah tahu bila mendengar lagu2 saat manis bersama dlu..tiada perkataan yang mampu mengungkap perasaan ini..aku harap hobi ku akan membantu...

Rezeki untuk keluarga........6 April2009


Ketika sedang melayan perasaan dibangku KFC Mahkota Parade, hujan menyejukan suasana..aku terpandang satu keluarga lengkap, ayah, emak dan 3 orang anak..mulanya hanya biasa tapi lama kelamaan otak aku menjana sesuatu..kunyahan si anak amat meligatkan otakku..ohh itulah rezeki yang diberi oleh bapa untuk si anak dan keluarganya, dr mana sumber itu? tentunya pekerjaan yang halal..secara tidak sedar apa yang kita buat untuk mencari duit adalah untuk kehidupan keluarga..adakah apa yang kita kerjakan itu betul2 memberi keberkatan..zaman kini nama sahaja kerja halal tp bagaimana pengisian kerja itu? adakah 100% halal? ia berbalik kepada kunyahan si anak tadi..adakah ianya halal..kesan senang semua orang tahu..lama juga aku memikirkan itu semua, aku belum bekerluarga tp aku mempunyai ibu bapa yang juga tanggungjawabku..aku selalu tidak berkompromi dengan halal dan haram dari segi pemakanan..aku takut ia akan menjadi darah daging dan terus meresap ke generasiku..aku sedar aku bukanlah orang yang baik akhlaknya, tp pemakanan lain bagiku..aku hanya mampu berharap kerjaku diberkati dan mampu menjadikan halal itu untuk ibubapa ku.semua nya hanya harapan

Fast n Furious 4- 5 april 2009


Dunia jentera 4 roda ini amat sinonim dengan kehidupan ku. Aku kurang pasti di mana sebenarnya era aku bersamanya bermula. Aku tau aku bermula dari bawah, mengenali jentera ini dari lukisan, aku gemar melukisnya dlu, berubah ke arah pembacaan dan seterusnya dunia realiti rakan2. Aku berjaya memiliki jentera sendiri seawal umur 19tahun, terlalu muda untuk jentera itu, hingga kini menjangkau ke usia 30an belum ada tanda-tanda ia akan berakhir. Aku yakin ia ada noktahnya cuma aku sendiri tidak pasti kesampaian masa tersebut. Meminatinya membuat aku tenang, ia melibatkan hati dan perasaan. Aku sukar percaya untuk itu kepada manusia.

Projek terbaru telah berlalu banyak juga nilai wang manusia kejar telah aku habiskan untuk jentera yang agak besar ini, tenaga dan idea serta kesungguhan telah aku korbankan terhadapnya..Puashati? ia terlalu subjektif untuk di jawap..

Projek seterusnya adalah kereta kesayanganku yang banyak memberi kenangan suka duka aku bersama nya selama 8tahun berkhidmat denganku..ia seperti teman karibku. aku percaya kalau dia seperti manusia sudah banyak cerita aku bersama nya di ceritakan.

back to topik? filem ini? 3.5 bintang untuk nya. ia pasti ada aksi ke5..

Khamis, 9 April 2009

Induksi oh Induksi -4 April 2009


1-5 Mei 2009, aku menghadiri kursus induksi khusus, kandungan kursus lebih kepada organisasi aku sendiri..banyka juga aku xtau sebelum ini mengenai fungsi2 jabatan2 lain, yelah aku x expect aku ni pandai sgt..bab claim aku rasa aku terror coz pengalaman di organisasi lama telah mengajar aku ilmu itu, so bila berada di sini aku rasakan ia satu kelebihan untuk aku, agak malang di sini aku berjawatan profesional gred A .. malanglah coz bagi sektor kerajaan golongan ini tidak boleh calaim OT hanya di gantikan dengan of, walaubagaimanapun claim untuk elaun lain masih aku layak. Back to induksi, mengapa perlu? simple 'pengesahan jawatan' jadi ianya wajib. Perjalanan untuk itu telah 2 tangga aku lalui -orientasi-induksi khusus, ini bermakna induksi khusus-peperiksaan perkhidmatan sahaja masih belum di lalui. Aku harap tahun 2009 ni mampu untuk aku laksanakan.

Dahulu semasa memulakan perkhidmatan di sini aku seakan tidak percaya aku mampu mencapai jawatan ini. Aku mungkin antara golongan yang bernasib baik selepas selesai final exam, sebulan setengah selepas itu, tanggal 21 Julai 2003 aku mendapat pekerjaan pertama bukan setaraf sekarang tapi ia dlm bidangku. sebelum melangkah ke UiTM dlu , aku juga bekerja, mengambil peluang untuk bekerja, SPM, STPM, entahlah wpun aku dilahirkan dalam keluraga yang selesa, bagiku aku perlukan pengalaman, semasa itu aku rasakan duit tidak bernilai bagiku, aku lebih selesa dapat bercampur dengan rakan2. Aku dapat pengalaman bagaimana susah payah nya bekerja. Gaji dianatara 300-400 bukanlah jumlah yang boleh dibanggakan, tapi bagaimana mereka boleh hidup? itulah mungkin dinmakan rezeki tuhan. setinggi mana atau sekurang mana pun gaji kita..kita mampu hidup.

Kini aku telah keluar dari semua itu, kini di dunia yang baru, dunia pekerjaan baru, aku teruskan dunia ini, namun selagi peluang muncul, aku pasti berhijrah......

Rabu, 1 April 2009

Stesen Terakhir...


3 hari yang begitu memenatkan..keadaan kesihatan ku tidak menetu sekembali dari pemergian 3 hari ini..ini pun masih ada sisa2 virus yang menyelubungi..esok aku kursus pula..aku puas untuk 3 hari sebelum nya. Mujurlah di hari ke 3 ketika duduk di stesen LRT yang jarang aku mengalami ketenangan dapat memberi kan aku ruang sejenak berfikir keadaan kehidupanku..walau pun xlama aku rasakan ia amat berkualiti bagiku..Hujan yang turun seakan memberi ketenangan kepadaku...
Teringat bait2 lagu stesen terakhir nyayian kumpulan Flop Poppy:

Landasan itu masih di situ
Menuju arah yang lurus
Gerabak berangkai masih setia
Arah selatan dan utara
Di situ aku duduk termanggu di bangku
Mengenang nasib diri tak siapa yang tahu

Di situ ku masih setia menanti
Selagi hayat di sisi
Walau kau takkan kembali

Menunggu…Bila akan tiba waktu
Pasti akan aku jemu
Bersatu di alam baru

Dan menjadi satu
Kita berdua
Engkau dan aku
Dan selamanya… moga

Penumpang turun naik tanpa menghiraukan
Hasrat di hatiku
Tapi aku tak perlu merubah
Situasi yang ku mahu

Memori yang kan kekal selama-lamanya
Sehingga terbuka nafas sudah terhenti
Tak perlu lagi….............................

melayan perasaan mmg menyeronokkan kita bersama dunia kita tiada siapa tahu apa yang kita fikirkan..kesedihan, keriangan semua di dalam hati ini...seketika aku teringat akan apa yang aku bakal tempohi dlm hidup ini.. Jun, saat yang boleh merudumkan hati ini..aku cuba memikirkan jalan keluar untuk semua itu..sayangnya aku ini di lahirkan sebagai manusia yang punyai hati dan perasaan..aku bukan robot yang boleh di programkan untuk sesuatu dn membuangnya jika tidak perlu..aku sedar aku harus menempuhinya, di mana kekuatan aku untuk itu..aku tiada jawapan yang pasti.
Aku pernah mengalami saat ini dulu, tp ia telah berlalu, lama berlalu....mungkin juga faktor usia mematangkan aku, untuk pulih ia tidak mudah seperti bicara yang berlandaskan otak yang rasional..
aku meniarap, belajar berjalan dan berlari tidak semudah petikan kata2 semangat..ia perlu usaha sendiri keyakinan sendiri...
Train datang..ia berjaya menghambat mainan perasaanku.....
Kembali di dalam train , ia kosong seperti jiwaku td..satu persatu hentian memaksimakan ruang yang ada
seketika itu lamunan ku terus berlalu pergi..aku ttp ingat kamu wpun berada..Jun aku ingati