Rabu, 25 Ogos 2010
2 hari bermain
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 10:28:00 PG 0 Komen Pautan pada catatan ini
Selasa, 24 Ogos 2010
Berbuka Bersama Rumah Anak Yatim Darul Izzah Bangi
Akhirnya harapan itu menjadi kenyataan selepas 11 tahun kemudian, bila mendapat tahu bahawa aktiviti ini akan diadakan, aku merasakan peluang sudah menjadi kenyataan.
Walaupun tidak lama di rumah ini sekadar berbuka puasa, tapi aku puas hati hajat yang bermula dengan pandangan kemudian terdetik dihati dan akhirnya kaki berjaya melangkah ke rumah ini. Alhamdulillah.
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 3:32:00 PTG 0 Komen Pautan pada catatan ini
Sabtu, 21 Ogos 2010
11 hari yang lancar
Di samping sibuk dengan dek Mitsubishi, aku juga mengambil masa untuk termenung sejenak memikirkan kehidupan ini, kehidupan aku dan juga kehidupan orang yang kebetulan aku termenung mereka lalu depan aku. Bagus juga mencabar minda sambil melayangkan fikiran sambil membuat kesimpulan sendiri di dalam hati yang tiada siapa tahu. Lama dah aku fikir pasal kehidupan ini, hidup untuk apa? Pergi kerja-balik kerja?
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 12:01:00 PTG 0 Komen Pautan pada catatan ini
Selasa, 17 Ogos 2010
Selamat Berpuasa
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 1:44:00 PTG 0 Komen Pautan pada catatan ini
Selasa, 10 Ogos 2010
Konvokesyen lagi -versi enam
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 11:53:00 PG 0 Komen Pautan pada catatan ini
Isnin, 9 Ogos 2010
Bumper Baru Final Versi L lima
Minggu lepas dapat seunit bumper depan lima satu dua, yup ni bumper final bagi siri L lima. Harga pasaran memang menakutkan rm 1250 bagi sebuah bumper depan yang bagi orang kebanyakkan kata “gila”. Itu hakikat bagi aku dan pemuja-pemuja daihatsek ia lambang prestige. Tiada plan pun nak beli dalam waktu terdekat tetapi apabila harga pasaran yang di tawarkan menuruni dari harga pasaran sebenar, ia merupakan peluang, mengapa tidak. Cuti puasa yang panjang dia ambil perancangan bagi menghantar jenteraku ke dalam kedai fabric bagi membuat salinan fabric dalaman baru dengan corak yang baru. Berapa pula melayang? Hai dunia-dunia.
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 4:37:00 PTG 0 Komen Pautan pada catatan ini
Khamis, 5 Ogos 2010
Membuat Wasiat
Aku juga takut ada di antara asset yang mungkin warisku tak dapat mengesannya. Jadi dengan ada ARB ni jadinya semua aku dah istihar dalam 1 borang. Bayaran tidaklah mahal mana kira mampu lah untuk pegang amanat ni. Bercakap berkenaan harta tentu orang ingat aku ni banyak harta, takde-takde pun adalah juga dengan saham yang berderet, buku akaun bank yang berlambak dan itu dan ini.
Bukan sahaja bercakap pasal harta malah hutang juga, dengan ARB pengistiharan yang dibuat jadi senang warisku untuk claim insuran mengenai hutang tersebut, claim insuran untuk bayar hutang-hutang itu lah apa lagi xdelah bila dah mati bunga berjalan dan lebih parah bagaimana dengan konsep kematian dan hutang?
Sedih juga bila baca balik wasiat aku terutama baris-baris akhir, apa boleh buat persediaan awal perlu untuk semua. Kata Raihan ingat lima perkara sebelum lima perkara tetapi aku ingat perkara ke 6 lah ni.
Bila dah mati adakah aku tahu semua ini lagi? Adakah aku duk fikir lagi perkara ini lagi?
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 4:26:00 PTG 0 Komen Pautan pada catatan ini
Selasa, 3 Ogos 2010
Kombinasi Kehidupan Seminggu
Pesta Konvo Ke-6 tak lama lagi dalam minggu depan sahaja, macam biasa aku akan menjadi pengiring VIP, kalau dulu TNC UPM tetapi kini namaku hanya di peringkat apungan atau lebih mudah kategori standby. Tak pasti siapa nama VIP yang akan masuk untuk aku kelak. Harap-harap tiada lega skit bleh rilek or ke Jom Heboh heheheh penat juga..ah tiada istillah berehat bagiku.
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 4:52:00 PTG 0 Komen Pautan pada catatan ini