Blogger Backgrounds

Rabu, 16 Februari 2011

Selamat Hari Kekasih

Macam tahun tahun sebelumnya, aku mengingat tarikh ini bukan kerana apa jua agama. Hanya untuk mengingat orang yang aku sayang sahaja sebagai satu hari penghargaan akan sejauh mana setianya sayang aku kepada mereka. Lupakan agama lain. Tak fikir pun.
Mendekati tarikh ini juga timbul pelbagai email dan pelbagai saluran mengatakan jangan di sambut.

Aku menilai. Orang juga berkata yang baik jadikan sebagai pedoman peringatan hidup. Sejauh ini aku tidak nampak perkara yang betul-betul mempositifkan keadaan 14 Feb. Aku bukanlah terlampau kagum dengan pandangan barat. Seperti umum ketahui aku menilai setiap input yang masuk ke mindaku, baik atau buruk itu penilaian kemudian. Yang penting aku mendengar dan memahaminya.

Jika di fikir barat itu dikatakan semuanya buruk oleh mereka-mereka yang taksub tanpa mengemukakan hujah ke atas ketaksubpan itu. Sejauh mana kita menilai aku tidak pasti. Hari-hari penting diwujudkan barat mungkin ada signifikannya, bagaimana mereka menghargai kaum ibu, kaum bapa, menghargai bumi, menghargai kesihatan, jantung dan pelbagai hari lagi termasuk baru-baru ini hari kesejagatan. O000 ini semua baik hingga yang taksub terlupa akan keburukkanya. Setiap buruk ada baiknya dan setiap baik ada buruknya, kita ada otak fikirkanlah.

Tapi aku kagum dengan hari-hari ini, bagiku seperti yang aku rungkaikan di awal tadi terpulang cara kita menyambutnya. Cubalah berfikir cara mereka, yang buruk cubalah di adaptasi supaya menjadi baik dan yang baik jadikan ia sebagai yang terbaik.
Selamat Hari keKasih Sayangku. Kamu semua di sisiku.

0 Komen: