Blogger Backgrounds

Jumaat, 28 September 2012

Fikir bisnes fikir bisnes


Sejak dua mejak ni atau mungkin dah bermejak2 jugak lama, aku terfikir nak berubah dari pemburuan duit di dunia ini. Statement ni muncul hasil dari rasa aku sendiri -apa aku tulis ni-

Nampak macam xpuas dengan harta dunia je kan. Tetapi sila lihat ia dari sudut corner yang positif.

Statement berubah muncul sebab:

1. Bosan dah keje sekarang – bukan benci tp income nyer sama je sampai pencen

2. Nak berubah – tapi fikir dan fikir

3. Orang kata bila situasi ni tiba sebab tiba masanya untuk berniaga aka business

4. Fikir lagi –fikir lagi

5. Tapi spesis business apa?

6. Forex? Gila sangat kot..sebab org gile pun xbusiness ni…xcaya pi tanya org gile terdekat…

7. Jual dadah? Cepat sangat kaya nyer….takut cepat jgk miskin nyer kehidupan di dunia dan akhirat nyer

8. Fikir lagi kekuatan diri – aku suka kete dan kete….

9. BLANK

10. BLANK

11. ZZZZzzzzZZzzz ..........tertido plak errr….

12. Wat business kete sewa…amacam.? Kene cari kete lah plak…tidor tidor berusaha berusaha


Bab ni macam dah plan dalam kepala, tapi perlukan satu struktur dulu dari A sampai Z…modal dan cara perjalanan adalah perlu……

13. Nak business apa ek? aku dh cakap ke? emmmm

14. Apa?

Khamis, 27 September 2012

Menghadiri Bengkel....tajamkan skill...tetapi.....


Memang aku memohon pun untuk bengkel ni, lama sangat terperap duk dalam office pun boleh beku otak aku ni sebab buat mende yang sama je setiap hari. Lagipun motivasi kerja aku memang dah down last week.

Bengkel Penulisan Laporan dan proposal berkualiti, untuk rekod aku dah pernah menghadiri bengkel macam ni 6 tahun lalu di Organisasi lama. Sekarang berkesempatan semula, macam nak refresh lah gitu.

Emm ternyata indah khabar dari rupa bentuk mukabumi hehehhee….Terlalu focus pada penulisan dan ayat sehingga tajuk sebenar pun di ulas dalam 10% sahaja. Aku kecewa, ternyata kursus 6 tahun lepas masih lagi terbaik bagiku. Entahlah pergi macam tak dapat sangat ilmu….tapi makan free aku ngap je hehehehe...

Aku sarankan jika anda semua ingin mengikuti kursus sedemikian lebih baik di anjurkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka atau penceramah dari DBP sendiri. Cubalah, aku boleh buktikan sebab aku dah lalui masa lepas dan ilmu kekal sehingga kini.

Sedikit shot kebosanan semasa kursus….

 kecian board tu, xsemangat aku tengok
 present...present....
 paperwork aku.....class gitu
 nota kurus...ehhh kursus
 penceramah..   ^%blrrr! ok lah kot dr 1 aspek lain
 lobi hotel tempat surkus


Walaubagaimanapun aku hargai ilmu yang diperolehi walaupun tidak menepati objektif aku awalnya. alahai....tetiba nak berangan pasal ni .....grrrrr

adoyaiii nyer pun....sakura....

Ahad, 23 September 2012

Ahad yang bermalasan

Hari Ahad? emm biasa aku memang bz ke sana ke mari, tetapi minggu ni spend masa dengan family dikampung....tapi xjugak relax nyer, banyak aktiviti gardening yang berlaku, penat...fikir2 bagus jugak berpeluh-peluh ni, baru bleh bakar kalorilism aku yang banyak ni kot...

Dari pagi dah ada jadual wat tu wat ni smpai buat perabot harmster pun ada....
Bukan main hebat harmster mak aku siap ade perabot lagi rumah dia...tapi aku yang di peralat membuatnya....lantaklah ko harmster pandai2 ler ko susun sendiri, aku cmpak je ko wat lah decorism nak ala english ke, thailand ke......

Esok cuti, nak antar my father to operation buang selaput mata, operation by laser...jap je dl 30 min katanya....so esok operasi logistik penghantaran ke private klinik (cm berlagak plak, sbb nak cepat use private lah)

Huargghhh ngantuk plak...oit oit mana aku tidur petang!!!!

Sabtu, 22 September 2012

Profil Diri Ikut Format Suka Suki

Tanya-tanya aku… mari menyelongkar alam misteri aku (reality atau penipuan)
Lama dah berblog xpernah plak aku wat list cmgini, google-google td terjumpa listing dan jugak aku tambah skit-skit mengikut kesesuaian spesis cm aku ni…..
Sapa nama aku?
   Nama aku panjang sapa yang tak boleh sebut R baik lupakan je…
Registered name?
   Haahahaha macam banduan plak.ada  plak K7
Mula Nampak dunia ktne?
   Johor Bahru
Tarikh/Bulan/Tahun Nampak dunia ni?
   10 Julai 19X9 hahahhaaha nk rahsia jgk tp aku blum lg dpt taraf warga emas
Pekerjaan semasa lahir?
   Bayi lelaki
Tempat tinggal masa bayi?
   Singapura (amacam kelas tak aku…)
Tempat Mula sekolah
   Johor Bahru
Tempat akhir belajar
   Shah Alam (setakat article ini di tulis)
Subjek aku suka
   Geografi
Subjek aku xsuka
    Matematik…matematik dan matematik
Cita-cita masa kecik
    Nak jadi Pohlis (beng..beng..beng)
Kerjaya kini
    Librarian (amacam jauh ke beza nyer?....spa ingat keje library ni cop buku je..meh aku cop dahi     korang dulu)
Tinggi/Berat
    175cm….60kg (aku ni spesis dh bleh jd model, stakat utk join unit pakaian seragam tu anyway anyplace anything je bleh msuk…..erk? stamina? Kantoi…)
Artis yang diminati
    Bunkface & 6 sense & Aizat & Bell Ngasri & Joey exist  & erk ramainyer…… (aku xkisah janji best ok je….tp npe semua lelaki????? emmm)
Artis yang kurang suka
    Aisyah Izara & Fasha Sandha & xde kot…. (lor npe semua pompuan plak ni…adus!)
No kegemaran
    No. 5 tp pelik aku selalu pilih no.7
Warna kegemaran
    Biru tp pelik aku selalu pilih hijau
Hobi
    Dulu aku suka kereta pastu kereta pastu kereta..erk mcm sama je…., tp kini aku suka termenung, senyum sendiri…aku cuba nk penuhkan otak aku dgn ragam manusia….
Binatang yang aku xsuka
    eeeEeeEEEE lipas (kaki dia wat aku geli)
Binatang yang aku suka
    Katak, Lembu, Anjing (mesti korang pandang aku semacam kan..pada aku hayati sikap anjing korang akan tahu kenapa, satu aku nk gitau sifat SETIA….kalu korang nk pukul anjing, sila lihat mata dia dahulu…sedih beb)
If I believe I can fly? Something out of logic
    Aku nak jadi perantas masa aka time traveller
Kenderaan impian
    Apa sahaja spesis Mitsubishi Evo…..dapatkah? tahukah? Xdpt Honda Civic pun ok….tp nak jgk Evo….
Impian hidup
    Nak jd kaya ( aku fikir smpai bila pn xkaya2…)
    Rumah sendiri (yes dah dapat….tp aku looking forward untuk rumah Banglo lot sendiri)
    Kereta sendiri (yes dah dapat jgk… (emmm…emmmmbayar bank dh settle…yippie!!!)
    Isteri independence (emmm...emmmmm lagi.....emmmm lagi lagi)    Anak (Baby boy yg first…kalu girl cmne? (Emmm..emmmm…emmmm…emmmmmmm)
    Nak jadi Pelakon (tp aku suka watak jahat…pelik kan…entahlah aku…cm Zack Taipan erk aku ada sebut ke td aku minat dia??....)
    Ada lagi impian aku yg msih belum jelas…..xfikir lg kronologinya…keh keh keh..uhuk uhuk….
Prinsip hidup
    “Aku nak orang sekeliling aku happy” (kadangkala aku terpaksa happykan orang dari diri sendiri)
    “ada rahsia ia tetap rahsia”
Prinsip bekerja
    “Mencari kepuasan hasil kerja bukan mencari pujian”
    “aku xmahu susahkan orang atas kesilapan aku”
Perangai Pelik aku
    Aku suka reverse engineering kehidupan (ingin tahu kenapa boleh terjadi Z from A)..terasa gak sebab aku suka cerita pnyiasatan cam CSI or detektif conan

Inilah aku

Yea aku

aku

Jumaat, 21 September 2012

Damailah Kau Di sana

Dalam mengikuti perkembangan misschronicz aka Allahyarhamah Yasmin Johan (aku masih sedih bila melihat nama ini) banyak blog yang aku telah telusuri, blogger-blogger yang simpati dan menyampaikan rasa sedih mereka dengan kuasa penulisan. Antara nya:

i am curious
Pemain Papan Luncur
Just Me Myself and I
bunga suka cerita

Aku juga tidak ketinggalan dalam menyampaikan rasa sedih aku itu dalam blog ini, telah Berjaya menghubungi Aunty Saz di alam maya, Cuma selepas menatapi gambar-gambar family aunty saz selepas peristiwa pahit itu, aku baru merasa lega, kenapa? Yea mereka mampu senyum, aku faham senyuman itu bukanlah perasaan sebenar mereka yang jauh di dalam lubuk hati yang tertulis sepalit kisah hitam yang sedih . Hidup mesti diteruskan, Yang pergi harus diredhakan, yang tinggal adalah kenangan yang boleh dikenang tetapi keredhaan yang tulus adalah perlu untuk melepaskan semua itu.

Buat keluarga  misschronicz semoga anda tabah menempuhi hari mendatang, ayuh bangun teruskan kehidupan, jangan terlalu lama meratap, ada amanah yang perlu digalas untuk kita yang masih hidup ini. Ingat janji kita kepada tuhan masih belum berakhir.

Aku berharap satu hari nanti dapat menziarahi pusara Yasmin J Hunwick dan melawat Aunty Saz di sana serta mengetahui cerita sebenar dari hati ke hati. Insyalllah semasa LIMA 2013 kelak jika di izinkan tuhan.

Untuk misschronicz, aku juga berharap bila sampai waktunya,,kita boleh bercerita panjang di sana……damailah kau di sana....


Khamis, 20 September 2012

Hari yang boring



Otak jem satu hari, aku wat tak wat keje apa pun, ini lah hari yang begitu teruk aku rasakan dalam tahun 2012, mungkin kah esok juga??? Aku kerja mencari kepuasan bukan pujian..that u all must know…

Dok baca blog orang je ...uhhh

Rabu, 19 September 2012

Jalan-jalan tak tentu arah hujung minggu sambil test kamera hset baru


Lokasi aku merayau Batu Caves, Bukit Kuda Klang, Shah Alam, Ulu Yam dan Econsave Batang Kali..jauh dari tempat asal aku kan, itulah hujung minggu aku..merayau melihat keindahan alam dan semua yang ada di muka bumi itu. Penat tapi aku puas. Tapi fikir-fikir bunyi macam berlagak kan hehehehhe, apakan daya nk jgk publish kt blog aku ni, sebab aku cuba jugak untuk beritahu dunia yang aku ada handset baru, yup baru beli kan, nilah masa nak uji kekuatan kameranya.

Dengan kekuatan 5 megapixel kamera ini xdelah sharp sangat berbanding kamera digital aku

 ni instruction atas meja yang rare
 Pemandangan Tasik Shah Alam
 Mulanya beli roti ni nak bagi kat itik, tapi itik xdok plak..ikan pun agak xsuka mkn
 Kenal Plaza Masalam? kontroversi2 terjun bangunan selepas kena siaat dlu2
 Haa ni skrin customer kat KFC
 Beri Laluan Ayam segar sedang berjalan
 Mandi weii kat Hulu Yam
 Photoshoot celahan batu
 Termenung kehujanan depan Econsave Batang Kali..Feel beb tempat ni...
 Jagung + susu = untuk simpanan kalori
Makan malam sebelum balik Melaka

Alamak nak cerita pun cam malu coz kamera tu dh mula menurun prestasi nye. Lama daaa dkt 6 tahun pun aku guna kamera digital tu, sejak aku berkhidmat di negeri Tok Gajah dlu lagi, banyak dah click yang dh dibuat. Tapi gambar orang lah, gambar ownernya memang kurang. Aku berasa puas kalu dapat merakam peristiwa kini untuk kepuasan masa hadapan
Berangan-angan kunun nk miliki kamera DSLR, emmm boleh ke? Cm biasa berangan2 sambil garu-garu terus tarik telinga sendiri tengok wallet…adus makin besar kang telinga aku ni…Tapi aku suka wat istillah impian dari berangan.

Emmm pelik aku teringat plak kt arwah misschronicz arwah nk DSLR tp xkesampaian….apakan dayakan….takdir…weekend ni jgk aku banyak fikir pasal kematian, entahlah aku pun tak tahu kenapa…….tapi fikir kematian ni bagus untuk keinsafan diri…aku rasa arwah misschronicz ni beri aku beberapa perkara yang wat aku fikir dengan kuat

1. Kematian (kalu aku mati esok?)
2. Kebahagiaan hingga akhirnya (Mati ketika bahagia? atau mati menyekat bahagia?)
3. Respek orang (aku dah cuba beb, serius memang susah nk latih perasaan dan hati ini)
4. Keterbukaan
5. Friendship
6. Keakraban

banyak lagi kot kalu bleh di mengertikan dengan halus...

Selasa, 18 September 2012

Masa untuk membuka blog aku kepada umum.


Masa telah beredar dengan pantas tanpa aku sedari, masa juga membuatkan banyak corak coretku terpapar di sini. Inilah kehidupan aku di dunia maya. Pada awal kewujudan blog, aku mengamalkan dasar tutup pintu kepada semua kerana aku merasakan ianya agak peribadi dan mungkin juga tidak baik untuk pengetahuan siapa yang aku kenali, untuk pengetahuan bagi sesiapa yang mengikuti blog aku ini, awal bulan ini aku mula membuka avalablity blog untuk carian enjin google yang sebelum ini aku kunci bagi carian umum.

jangan terima terus, haa tgk cmne nk cabut!!!!

Jadi blog aku kini telah mula di publish dengan carian dunia luar. Aku pun tak tahu kenapa aku ambil keputusan ini, mungkin juga aku ingin berkongsi apa yang aku lihat untuk semua, jika baik atau buruk aku berharap di fikir dahulu jangan terima bulat-bulat, kerana tuhan kurniakan kita otak yang fungsinya untuk berfikir.

Sabtu, 15 September 2012

Kematian yang mengejutkan





Selepas membaca dan mengamati blog 'her illusionist'  misschronicz aku mula berfikir, apakah penamat hayatku juga mungkin akan datang secara tiba-tiba?

misschronicz seorang yang riang dengan kehidupannya sehingga ke akhir hayatnya, walaupun cara pemergiannya amat memilukan dan mengejutkan.

Kami adalah pemblogger dan kuasa tulisan adalah esperessi kehidupan kami begitu juga dengan blogger-blogger lain di luar sana, Cuma perbezaan mungkin tema yang di sampaikan dalam blogger itu sahaja berbeza.

Dalam sejarah kehidupan aku, aku ada blog, diari dan juga planner. 3 bahan ini merupakan teman aku yang akrab dalam kehidupan. Didalam nya tercatat aktiviti dan segala rutinku. Dari Pendapat sehingga ke soal peribadi terkandung dalam 3 kombinasi catatan ini. Merungkai 3 bahan ini akan dapat jawapan mengenai aku. Hanya aku sahaja yang tahu apa yang terkandung di dalamnya, mungkin juga blog ini satu-satunya medium orang luar mengetahui tentang aku. Tetapi aku yakin mereka yang membacanya tidak mengenali aku. Saluran-saluran ini tempat aku meluah rasa yang tak mungkin aku luahkan secara berhadapan dengan orang yang aku kenali

Menghayati blog arwah seperti juga insan lain menelusuri kehidupan seperti biasa di dunia ini. Namun tanggal 3 June 2012 menghentikan semua perjalanan lancar itu. Tiba-tiba. Yang tinggal hanya catatan yang kini sejarah untuk tatapan insan yang pernah mengenali arwah.

Yea catatan kehidupan, seperti aku, aku ada catatan itu, mungkin selepas pemergian aku, catatan ini mampu memberi pandangan orang terhadap aku, betapa gembira aku di dunia ini, betapa aku menghargai semuanya sepanjang kehidupan aku, susah, senang dan apa aku alami. Bukan untuk di sanjung cuma aku harap orang faham sepanjang aku di dunia ini.

Memang benar kematian tiada siapa yang tahu, bagiku kematian mengejut adalah sesuatu yang sukar di terima oleh manusia di dunia ini. Jika itu takdir tuhan, kita sebagai manusia tidak mampu menghalangnya.

Siapa tahu mereka akan mati? Mungkin juga sesaat selepas ini? Aku berharap kematianku biarlah secara tenang dan semua orang yang mengenaliku redha menerima hakikat itu. Catatan aku jadikan iktibar dan pengalaman. Mungkin aku dikenang seketika, tetapi ia lebih manis untuk di ingati sampai bila-bila.

Jadi laluilah kehidupan ini dengan penuh rasa kemanisan dan semoga akan tenang di sana.

Buat misschronicz, aku menghayati nukilanmu dan aku faham perasaanmu, semoga aman dan damai di sana, berehatlah sehingga kepenghujung jalan semua manusia di dunia ini. Pengakhiran yang satu, pertemuan yang satu dan penamatan segalanya yang satu. Alfatihah.

Jumaat, 14 September 2012

Semoga apa yang di lalui memberiku petunjuk kehidupan ini : misschronicz

Petang 13 sept 2012 aku tertarik dgn satu blog http://www.myinfo101.com/2012/09/mengenang-pemergian-blogger-remaja.html di FB ku. Menceritakan mengenai seorang rakan blogger yang telah meninggal dunia 3 bulan lalu dgn usia yang begitu muda. Kematian itu pasti tetapi aku tertarik dengan kisah sebelum kematian nyer, berikut sedikit sumber awal yang menyebabkan aku berminat mengetahui siapakah arwah blogger ini ; sumber : myinfo101


 Penulis terlihat namanya itu di dalam salah satu blog…mungkin ia gadis berdarah campuran..

Terus penulis membuat carian di Google. Rupanya ada kisah tragis yang berlaku di sebalik gadis berusia 17 tahun ini.

Apabila pertama kali membaca kisah mengenainya, hati berdebar-debar dan mata mula bergenang. Kesian sungguh!

Berdarah kacukan Inggeris dan Melayu, Yasmin Hunwick atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe telah kembali ke Rahmatullah sejak 3 Jun lalu dan kebetulan pada hari ini genaplah pemergiaannya yang ke 100 hari.

Al-Fatihah buat Yasmin.

Beberapa minggu sebelum meninggal dunia, arwah Yasmin seolah-olah sudah mendapat tahu yang dia akan kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya.

Kebiasaanya kita sebagai orang yang berada di sekeliling tidak akan perasan mengenai apa yang berlaku, selepas seseorang itu tiada di muka Bumi ini, barulah kita tersedar. Itulah kuasa Allah.

Antaranya perkara yang berlaku adalah, arwah Yasmin telah memuat naik gambar buku bertajuk ‘Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur’ melalui Instagram.


Selain itu, melalui Twitternya pula dia menulis takut untuk tidur kerana sering bermimpi buruk.



Dia adalah pemilik dan penulis blog www.misschronicz.blogspot.com, walaupun namanya tidaklah sepopular Hanis Zalikha namun dia pernah menjadi ‘trending’ topik di Twitter.

Sejurus mendapat berita mengenai ketiadaan arwah, ramai rakyat Malaysia yang tak putus-putus menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya.

Melihat daripada keadaan itu, ibu Yasmin melalui laman web Facebook telah menyampaikan pesanan ini:

“Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan (bapa kepada Yasmin) tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012.

Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain.

Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi.

We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud.

Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.”

Mengimbas kembali kejadiaan yang telah menimpa Yasmin, ia berlaku sekitar 12 tengah malam di mana dia bersama dua lagi rakannya maut di tempat kejadian semasa hendak membuat pusingan ‘U’ di Padang Gaung, Langkawi.

Mereka telah dirempuh oleh van pelancong yang datang dari arah Ulu Melaka. Ketika itu, mereka tidak memakai topi keledar malah menunggang motosikal tiga orang sekali gus.

Hari ini, ibunya telah menulis di blog yang arwah telah mendapat markah tertinggi dalam ujian piano gred 4. Ibunya turut memberitahu yang mereka sekeluarga amat merinduinya.

Malah, arwah Yasmin sangat berbakat dan comel. Dia disenangi oleh semua guru dan rakan-rakan.

Oleh kerana itu, sehingga saat ini tidak hairanlah masih ada guru dan rakannya yang sering bermimpi mengenai arwah.

Bagi yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Yasmin, anda boleh ke blog miliknya itu.

Takziah penulis ucapakan kepada keluarga arwah Yasmin. Semoga roh Yasmin dan rakannya berada disisi orang yang beriman. Insyallah..

ikuti perjalanan kehidupannya : http://www.misschronicz.blogspot.com/

Khamis, 13 September 2012

Selamat Bersara Abang Abu Hassan




 Yang botak tu En Shahar berpindah ke pejabat pendaftar, aku pernah bekerja dengan nya di unit pentadbiran dulu, entahlah tapi aku happy je keje dgn dia walaupun ramai orang xberapa suka cara dia.




 Semua staf
 Seisi bergambar bersama Timbalan Ketua Pustakawan (Baju putih) dan Ketua Pustakawan (baju Merah) serta Pengerusi Kelab (Baju Biru)
 Ni lah En. Abu Hassan (yang kurus tu)
 Amir pembantu am pejabat, aku kenal dia start mula keje kt organisasi ni, kiranya dah 4 tahun lah. Beliau bertukar ke Pejabat Pendaftar jugak bahagian HRD



Jawatan terakhirnya adalah pembantu Perpustakaan Kanan di organisasiku, perjalanan kariernya bermula di UTM jalan semarak dank e UTM Skudai. Perjalanan kerjaya diteruskan ke Organisasiku apabila banyak tenaga import dari UTM di resap masuk ke organisai baru ini ketika 2001, maka tidak keterlaluan kami berasal kepergantungan dari UTM melalui polisi dan tenaga kerjanya. Perlahan-lahan kami mengambil staf sendiri selepas dari UTM. Berkhidmat di sini hampir 11 tahun dan akhirnya bersara pilihan tepat umur 55 tahun pada 31 Ogos 2012.

Beliau merupakan orang ke2 bersara semenjak organisasi kami diwujudkan selepas Timbalan Ketua kami pada akhir tahun 2011. Majlis ringkas diadakan pada 10hb September di sebuah resort sebagai tanda penghargaan kelab kepada beliau. Majlis ini turut meraikan pertukaran jabatan 2 orang staf iaitu Pembantu Am Peabat dan Penolong Pendaftar. Kepada En. Abu Hassan walaupun aku hanya mengenali beliau hanya 4 tahun, tetapi aku senang bersamanya dan menganggap seperti seorang bapa dan senior di organisasiku yang penuh pengalaman. Semoga kebersaraan ini mampu memberi sinar ketenangan ang dicari.





Rabu, 5 September 2012

Cerita Telefon TanganKu



Dalam sejarah pemakaian handset aka handphone, aku hanya pernah menggunakan 5 unit dalam 4 generasi penggunaan. Bermula dengan Ericson 1999-2002, Nokia 3310 (second) 2002-2006, Nokia 1110 dan Nokia 1600 2007-2012.

Semua pertukaran berlaku akibat kegagalan fungsi bateri yang gagal diselesaikan walaupun penggantian bateri baru dibuat. Jadi semuanya berlaku akibat TERPAKSA. Aku bukan seorang yang update dengan gadget seperti kebanyakkan orang. Dan akhirnya akibat kegagalan sekali lagi bateri menyebabkan aku menukar kepada Model terbaru iaitu Sony Xperia Neo-L. rasa macam mengimbau kenangan saat mula memiliki handset iaitu dengan Lagenda Ericson, dan sekarang dengan Sony walaupun pertukaran penjenamaan mereka baru sahaja berlaku.

Agak janggal berhadapan penggunaan dengan telefon pintar, terasa jauh sungguh aku telah tinggalkan teknologi hset ini. Walau apa pun aku terpaksa masuk dalam arus ini hendak atau tidak, Cuma aku harap, aku tidak menjadi penggila gadget pulak lepas ni. Cukuplah, rasanya ni boleh bertahan 4 @ 5 tahun lagi kot. Pasni nak cari kamera plak, coz kamera lama aku dah mula uzur keupayaan nya.



Isnin, 3 September 2012

Selamat Meraikan Kemerdekaan ke-55 Malaysiaku


Ada orang mungkin kata usia 55 dah tua, dan ada kata usia baru lagi. Bagiku konsep lama mungkin sesuai untuk usia manusia, bagi usia kemerdekaan untuk sebuah negara ianya terlalu muda jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Lama tau baru, nilai kemerdekaan harus dilihat dari perpekstif kematangan bangsa di dalam Negara itu, xguna merdeka jika masih bergantung segalanya dengan Negara lain. Adakah Malaysia begitu? Antara ya atau tidak, kedua-keduanya masih ada. Namun nampak agak cantik sebab kita telah moden dari segi mentaliti rakyatnya. Kita boleh berdiri sendiri dan juga mampu untuk berdiri jika tidak tahu berdiri lagi. Tetapi ada juga yang xmampu berjalan dengan betul setelah mampu berdiri. Heheheheh adalah golongan tu yang harap semuanya dari orang lain.

Back to merdeka 55, walaupun aku rasa kemerdekaan kali ni paling g xglamour sejak aku kenal sambutan kemerdekaan, mungkin sebab tema dan logonya yang aku kira agak pelik. Kalu cerita lebih nampak macam aku ni terlibat dengan politik. Tetapi anda harus ingat, aku ini tidak suka politik, walau apa pun warnanya. Secara peribadi aku agak tidak berapa ngam dengan tema dan logonya tadi. Biasanya aku telah dipupuk dengan tema kepatriotikan dan logo yang memang macam logo. Mungin aku yang salah atau pendapat aku yang salah, tetapi itulah pendapat aku.

Untuk sambutan kali ini, aku buat sekian beberapa tahun kalinya hanya melepak dirumah, sebab malas kusut dengan kesesakan. Jadi tiba masa bummmm… tido sahaja tanpa perasaan.