Blogger Backgrounds

Khamis, 15 Disember 2016

Runtuhnya kekebalan 16 tahun versi 2.0


Uhhh… sukar aku nak ceritakan, tak cerita rugi, tapi kalu diceritakan ianya hanyalah untuk dijadikan panduan dan pengetahuan sesiapa sahaja di masa akan datang bermula sekarang. Bagi sesiapa yang mengikuti FB ku pasti tidak gambarkan atau tidak memikirkan apa-apa berkenaan 2 poster yang aku telah muat naik. Namun ia penuh makna jika di ambil tahu.

Perkara ini telah menjadi bualan hampir 2 bulan lalu dan menjdi kenyataan pada Oktober 2016 ini. Jika dilihat pergolakkan ini telah di ambil serius oleh orang no 1 organisasi besar aku. Ramai yang tidak menyangka perkara seperti ini terjadi buat kali ke dua. Maafkan aku jika aku terpaksa menggunakan perkataan-perkataan yang ‘direct’ dalam catatan ini, bagi mengambarkan betapa seriusnya ianya terjadi.

Yea ini terjadi kali kedua selepas eksiden ‘Black 2006’ dan sekarang 2016. Mengapa terjadi? Mungkin sebab kebodohan diri yang tidak mengambil iktibar di masa lalu, keegoaan dan merasakan diri itu kebal dan semuanya benar belaka atau individu merasakan dia besar dari organisasi ini sendiri.


Untuk hidup di alam manusia ini, sebagai seorang manusia harus melihat dari 360 darjah pandangan. Baik, buruk, andaian dan segala aspek kehidupan perlu di beri perhatian lebih-lebih lagi anda telah masuk di dalam lubang di jalan yang pernah di lalui dahulu atau mungkin tak berapa lama dahulu, ehh! lalu sekali lagi boleh masuk ke dalam lubang yang sama tanpa ada perasaan dan masuk dan masuk lagi. Ini bukan peringkat bodoh namanya tetapi peringkat tuli.


Image result for stupid boss

Berbalik kepada apa yang aku perkatakan dalam topik ini. Yea ketua di organisasi aku telah dilucutkan jawatannya dari terus menjadi ketua di organisasi ku. Beliau telah dipindahkan ke jabatan lain yang khas di wujudkan kepadanya sebagai orang buangan, yea orang buangan kerana berada di skim yang tidak pernah terfikir untuk di duduki, Mengapa? Secara ringkas mengapa terjadi sampai begini:
  1. Ego dalam kebodohan: semua dia betul, tapi hakikat bila gagal menyalahkan orang lain
  2. Tiada visi dan misi, malah tak faham apa itu visi dan misi itu apa kejadahnya…ada di suatu masa pegawai menanyakan kepada beliau apakah misi dan visinya untuk organisasi ini, beliau mengatakan ‘sikap’…&^%$%$% kepala bana dia, dia ingat organisasi dia ni pusat kaunseling universiti ke.
  3. Tiada ciri pemimpin, eh malah utk huruf-huruf dalam perkataan Pemimpin tu pun belum tau P tu layak untuk dia.
  4.  Tiada strategi sama ada dalam pengurusan atau sumber manusia yang dia ada
  5. Berpolitik manis di bibir: menghancurkan pegawai melalui hubungan baik dengan staf bawahan yang kategori teruk.
  6. Tiada keputusan: pehh ni lagi gila, dia punya takut hendak bertanggungjawab sehingga berani setakat tandatangan memo gotong royong je….yang lain? Pandai-pandai pegawai lah supaya dia boleh buat perkara no 1 aku list kat atas tu.
  7. Suruh pegawai teka apa dia nak….cth: nak breakfast pagi minta pegawai listkan breakfast yang ada di mesia ni…senarai 1-19000 menu…last2 sampai tengahari…pastu kata pegawai gagal memahaminya.
  8. Gagal mendelegasi tugas, kekadang sebab tak percayakan pegawai sehingga sanggup serah kerja pegawai kepada staf bawahan, pastu dia mula mempermudahkan kerja tersebut sambil berkata kepada pegawai…haaa pembantu pun bleh buat…tp bila diserahkan kepada pegawai? Terjadi seperti perkara di no 9
  9.  Perjalanan sesuatu tugasan akan bermula dari huruf A-Y tiada Z, akan kembali buat A semula. Jadi keje berulang-ulang tanpa kesudahan, ini terjadi kerana perkara no 7….lama yea nak teka…
  10.  Meletakkan sesuatu bukan pada posisi aka kemahiran seseorang, jadi organisasi akan menjadi tidak stabil dalam bergerak.
Selain itu dalam perjalanan 16 tahun (boleh dikatakan organisasi baru) aku dapat melihat kepada apa yang telah terjadi pada organisasi yang jenis sama yang telah lama wujud. Mungkin terjadi sebab dia gagal mengawal oleh kerana sifat politiknya;

  1. Terjadinya puak-puak dikalangan staf (puak A ada clik dia, puak B ada clik dia)
  2.  Itu bukan dari zaman saya (bermaksud tidak mahu meneruskan atau bertanggungjawab memulihkan sesuatu kerja yang bukan dia bertugas dahulu)
Nampak dalam senarai aku membuka aib orang, tapi aku tidak menyebutkan nama organisasi, secara jujur aku hendak orang memahami mengapa ianya terjadi. Bagi seorang pemimpin aka boss dalam organisasi, fahamilah perkara ini.


Namun segalanya tidak berakhir di sini. Cabaran lebih besar bakal dihadapi selepas ketiadaanya. Kita baru sahaja melalui fasa 1 peralihan. Perumpaan mudah bagi aku camginilah mengikut perbandingan sejarah yang pernah berlaku:

  1.  Selepas Jepun kalah di tanah Melayu, komunis mula menguasai dalam masa 14 hari sebelum British dating semula mengawal tanah melayu. (yea golongan dalaman kami ada yang jadi komunis itu)
  2. Selepas Rejim Saddam Hussien tumbang, Iraq tidak pernah aman disebabkan perbezaan ideology mazhab. (betul, kami mempunyai ramai klik di dalam organisasi)
Sedikit sebanyak untuk pengajaran jika terjadinya runtuhnya atau jatuhnya ketua organisasi dan penggantian orang lain.

Image result for who leader

Ada lagi nak cerita..tapi next next lah yea….







Khamis, 18 Ogos 2016

Bercuti di Janda Baik Pahang

Sebenarnya percutian ini tidak aku rancang, alah bukan aku pun yang uruskan. Minggu sebelum pergi aku begitu sibuk duk memikirkan dan membuat persiapan berkenaan temuduga kenaikan pangkat hari Selasa, jadi nak pergi bercuti pada hari Sabtu minggu yang sama. Alhamdullilah 8 tahun dah aku kat organisasi ini dan melayakkan aku untuk mencuba kepada temuduga bagi kenaikkan pangkat.

Maka berbalik kepada bercuti, yea bukan aku uruskan. Jadi except jelah apa yang orang uruskan. Sudah semestinya bila orang yang uruskan maka kita tidak boleh mengomen apa-apa sebab citarasa dan cara berbeza. Walaupun kadangkala terlepas gak gelak kat wajah aku ni semasa check ini.

Tempat penginapan yang di pilih adalah Riverside resort http://www.deriverresort.com.my/

Ok aku nak cerita pengalaman bercuti kat resort ni. Aku mempunyai expectation tinggi terhadap penginapan di Janda Baik, sebab sebelum ni aku ada gak google untuk tahu acah2 ayam je. Kat sini ada hotel mewah dan ada hotel taraf biasa. Rate pun pelbagai.

Bagi aku sapa bercuti kat sini memang semata-mata hendak bermain air, maka tidak hairanlah warga lembah Klang datang ke sini membawa anak-anak untuk bersantai di hujung minggu untuk menikmati kedamaian hutan. Yea ini memang aku akui, sesiapa yang memang warga lembah Klang pun mungkin tahu. Tapi aku bukan orang warga Lembah Klang hehehehehe.

Back to resort ni. Sebaik tiba dan nak check ini aku dapat bilik yang umpama kotak, ? Macam lakaran aku kat bawah ni.



Disebabkan di sini tiada aktiviti selain bermain air, maka otak aku pun mula bekerja (&$$%@^&&*())((_+&^%$#...................... Apa tu? Lupakan lah….oleh kerana orang yang uruskan maka stop mengomen.

Aku mula membuat negotiation untuk menukar bilik, mujur ada bilik kosong lain tapi harga rm130 berbanding yang asal rm100. Tapi still bukan di tepi sungai. Maka apa pilihan yang ada? Layan jelah bilik yang kedua ini. Not bad


kipas tegak tiada kipas siling

dalam bilik nama zuraini


pandangan hadapan bilik aku nama bilik ni Zuraini

Ok apa yang aku nak bagi tip di sini berkenaan percutian ke Janda Baik:

1.  Janda Baik ni kawasan kampung semulajadi di dalam alam semulajadi maka jangan expect ada macam2 seperti shoping complex, kopitiam, 7 eleven, stesen minyak.

2.  Bila bercuti kat sini, korang memang fully optimum tempat penginapan korang je, keluar masuk bilik- keluar mandi sungai -keluar masuk bilik - keluar pergi makan -balik bilik -relax tido…haaa tu je….


3.  Pemilihan bilik adalah penting, bila dah menggunakan bilik secara optimum maka carilah apa yang korang hajatkan. Bilik tepi sungai-ada verandar-bilik tingkat atas-ada TV. Ini keperluan perlu ada mengikut darjah penting 1-4. Bayar mahal sikit tapi dapat apa yang dihajati. Tak mahu row 2 or 3 jauh dari sungai, sebab bila sebut Janda Baik memang nak mandi sungai yang jernih tu…..

4.  Jangan makan kat hotel, rasaiilah cara makan di kampung, masakkan kampung, feel lepak malam2 di gerai kampung, moga teringat masa kecik2 dulu.

Ok aku rasa 4 tip utama ini adalah penting sebelum membuat pilihan menginap di janda baik.

Berbalik pada Riverside resort…aku nasihatkan tengok peta ni dahulu sebelum menempah penginapan. Sungai dia memang cantik dan cetek serta jernih.

bilik 2 tingkat kiri tu ok view dan private skit.....ngadap sungai

tiba je kena tahu arah ni...nak check in kan.....

pandangan dari reception office bilik first row

Kolam yang terbiar di hadapan reception office


ni pandangan dari atas bilik aku, kiri tu bilik first row menhadap sungai.

pandangan dari reception office

Oh ya aku tidak melibatkan diri dalam aktiviti mandi sungai, sebab maklumlah sekarang ni popular dengan kencing tikus…maka sekian….

Selasa, 16 Ogos 2016

Idea Hadiah untuk pengantin

Dulu-dulu aku pun kurang mengerti apakah hadiah yang diperlukan oleh pengantin baru. Pengantin baru ni umpama segalanya tiada bila duduk bersama di rumah yang sama. Ini bagi golongan pengantin mungkin di bawah 30 tahun atau semakin muda, semakin tinggi kadar tidak ada apa-apanya bagi aku. Maaf fakta ini tidak mengambil kira semua pasangan pengantin baru, tapi selalunya tidak begini. Walau apa pun aku bukanlah nak mengira yang mereka ada atau mungkin tiada. Di sini aku ingin berkongsi apakah antara hadiah-hadiah yang murah, tak glamour tapi skala amat perlu adalah amat tinggi keperluan untuk mereka kelak.

Dulu-dulu jugak aku lebih memikirkan dan mencari sesuatu yang berbaloi dengan harga dan bajet aku tetapi aku kurang menitik beratkan keperluan yang perlu ada di rumah pasangan pengantin baru tersebut apabila hidup bersama. Ini mengambil kira:

·         Pasangan yang duduk rumah sendiri pas kawen
·         Sebelum ini pasangan pengantin masing-masing duduk umah bujang

Apakah hadiah yang perlu? Kriterianya

Keperluan Dapur: segala jenis periuk termasuk periuk nasi, periuk masak lauk, blander, dapur gas, set pinggan mangkuk, set tea time, set pemotong, kettle, spoon set







Keperluan Bilik: Lampu, cadar, cermin, perhiasan dinding





Keperluan ruang tamu: frame gambar, jam, kusyen,box kunci umah,kipas, lampu utama decoration





So inilah keperluan yang perlu bagi diaorang, ini list simple yang penting murah tetapi berguna pada mereka, at least diaorang guna di samping korang pun dapat pahala selagi mereka guna.

Janganlah terlalu berkira sehingga menghadiahkan keperluan yang mereka tidak akan guna dan akhirnya terbuang begitu sahaja. Antara contoh baju baby, kondom, jam loceng (sekarang guna hset je), set perhiasan yang keperluannya hampir tak diguna langsung

Mengapa perlu mahal, glamour tetapi apalah gunanya. Ingat diaorang nak mulakan hidup berkeluarga jadi seharusnya jika korang dah berkeluarga faham akan keperluan mereka dan bagi yang bujang ikut je list aku tu, rata-rata bawah RM50 je pun. Satu lagi kat IKEA or kedai setaraf dengannya banyak barang yang berasaskan inovasi, murah tapi perlu; contoh wall shelf, penyidai baju dinding etc…


Tapi bagi pasangan orang kaya…jangan ikutlah tips aku ni. Ni keprluan bagi kegunaan orang sederhana macam kategori aku ni. Aku tak kaya tetapi aku selesa dengan kehidupan aku. Erk? Apa kaitan dengan ayat akhir tu hehehehhe.

Khamis, 14 Julai 2016

Kategori orang yang tak dapat datang majlis korang yang korang rasa Terkilan dan geram.


Ada satu perkara yang aku amat terkilan di majlis perkahwinan aku, berkenaan jemputan. Sebelum aku meluahkannya ia mungkin membawa perpekstif buruk terhadapku, tetapi apa yang aku maksudkan sebenaranya adalah amat berlainan, entahlah sama ada aku terlalu berharap ataupun aku sendiri tak tahu kenapa aku berasa begitu. Tetapi percayalah aku bukan berniat negatif cuma rasa sedikit terkilan, bukan berdendam.
Berkaitan jemputan, ada 2 kategori para jemputan yang buat aku terkilan:
  1.  Geng yang suka bertanya bila nak kawen
  2.  Jemputan yang masa dia atau anak diaorang kawen aku berusaha datang meraikan

Bagi kategori pertama ni, terkilan aku bercampur geram, kenapa? Bagi yang tahu spesis macam gini mesti korang amat meluat dengan diaorang sibuk bertanya pasal bila nak kawen, kalu muka ala-ala baik sibuklah wat tazkirah kepentingan berkahwin. Kalu korang kenal diaorang 8 tahun ada je point diaorang nak kenakan korang terutama di khalayak ramai. Tapi akhirnya bila jemput, antara skripnya xdapat datang kerana itu lah inilah padahal dah jemput sebulan awal pun. Geng macam gini kalu korang jumpa pas ko kawen dia memula akan:
  • Say sorry (terutama di tempat xde orang) dengan pelbagai alasan yang menyedihkan
  • Dah lama skit kawen dia akan menyalak balik tanya pasal baby pulak


Aku nasihatkan orang camgini korang sound tegak terus je, sebab bila kena sound mesti dah tidak berani nak malukan korang lagi. Korang faham tak apa aku rasa dengan golongan ini?

Bagi golongan kedua, bukan nak harap orang balas untuk datang majlis aku, tapi secara realitinya kebanyakkan undangan yang aku hadiri, aku sanggup korbankan masa dan kos untuk hadir jika di jemput awal walaupun ada kes yang kadangkala aku terpaksa bekejar dengan hal peribadi yang amat penting pada masa yang sama. Ada jemputan sejauh negeri Perlis aku hadiri. Kadang-kadang juga jika kenalan itu datang dari pengantin perempuan dan aku ada hal yang tidak dapat di elak langsung, aku akan berusaha untuk datang di majlis pengantin lelaki tanpa mengira lokasi walaupun tak kenal. 
Begitulah apa yang aku hadapi untuk golongan ini. 

Namun apa yang aku dapat adalah kekecewaan dari harapan, entahlah mungkin korang baca statement aku ni memang seakan mengharap dibalas, tetapi sebenarnya bukan itu. Sukar aku nak gambarkan dengan perkataan yang jelas. Selepas insiden ini, aku seakan malas untuk berkorban bagi meraikan majlis sebegini lagi pada masa akan datang, bila aku buat statement ni seakan aku mementingkan diri sendiri atau lebih tepat “mentang-mentanglah majlis dia dah lepas”. Tapi bukan begitu..uh sukar sukar.




Walau apa pun, golongan ini hanya sedkit dalam peratusan jemputan aku, namun kesan terkilan aku amat tinggi. Masih ramai lagi yang hadir untuk meraikan, malah ada yang aku betul-betul tidak sempat datang masa majlis diaorang kawen dulu turut hadir. Kebiasaanya jemputan yang aku tidak hadiri disebabkan oleh faktor kesuntukkan masa di jemput terlalu rapat dan di dalam planner telah masuk event lain, namun kes sedemikian tidak banyak.


Rabu, 13 Julai 2016

Selamat tinggal sahabat


Tanggal 4 Julai 2016 begitu mengejutkan, di saat hening pagi menunjukkan 5.25pg aku mendapat perkhabaran bahawa dia telah pergi mengadap Illahi. Sungguh mengejutkan, walaupun sering kali lewat ini keadaan kesihatannya kurang baik, namun itu sudah biasa bagi kami di sini, kerana setahun sebelum ni dia pernah melalui saat lagi getir. Namun dia berjaya pulih. Betullah realiti hidup, mati tidak memerlukan kriteria. Mati boleh terjadi bila-bila masa sahaja, itu hakikat yang semua manusia tahu. Namun untuk berdepan dengan kematian dan berita kematian, hanya setiap kali berlaku sahaja manusia mula mengakui hakikat dan realiti itu. Inilah dia di hadapan mata.

Mengenali arwah sejak hampir 9 tahun lalu merupakan seorang staf yang baik dan mempunyai 'understanding' yang sama, maka tidak hairanlah arwah merupakan staf yang di kategorikan sebagai 'pemain mahal di organisasi aku'  Namun sayang segalanya telah berakhir hanya jasa dan sumbangan serta kenangan sahaja yang masih kekal.

Selamat tinggal sahabat.

Selasa, 12 Julai 2016

Persiapan Majlis Perkahwinan dari perspektif aku sebagai pengantin lelaki

'sebelum kita merempuh bandar tu, kita kena tahu apa yg kita hendak buat sebelum kita sesat'

Tak banyak blog yang menceritakan pengalaman untuk persiapan perkahwinan dari perspektif lelaki yang dapat aku cari kat internet ini. Lantaran dari itu aku mengambil inisiatif memberi sedikit gambaran bagaimana aku membuat persiapan untuk majlis besar ini. Dan lebih lagi ‘add value’ aku adalah anak tunggal dalam keluarga jadi suka aku maklumkan semuanya aku gerakkan sendiri bagi meniti hari ke majlis sebenar. Bukan riak, tapi hati ini ingin berkongsi maklumat seadanya.

Untuk makluman juga perkahwinan aku ini merupakan perkahwinan jarak jauh di mana situasi aku dan pengantin perempuan adalah berbeza negeri. Jadi kalu korang dari negeri yang sama or lokasi tak jauh bleh skip kepeningan perancangan seperti homestay dan lain-lain yang perlu. Lagi bagus kalau dimukim yang sama buat je macam artis, 1 dewan kedua-dua keluarga buat sekali, senang banyak jimat kepeningan semuanya jadi 1.

Untuk majlis ini aku ada 2 komponen penting:
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KOMPONEN A

1.  Majlis akad nikah tempat perempuan



Ini penting bagi mengetahui tarikh perjalanan, sebab kita bawa rombongan lelaki so perlu ada keselesaan sedikit. Kalu boleh ada sedikit tentatif asas perjalanan, untuk elak tergesa2 pergi nikah. Contoh majlis nikah aku Sabtu petang, berarak Ahad petang. so bagi memberi keselesaan aku gerak Jumaat petang dan stay kat homestay 2 malam. Jadi orang ikut pun tidaklah kepenatan. Selain itu mungkin boleh adakan skit slot lawatan jalan-jalan tempat menarik sekitar Bandar umah pengantin pompuan tu, jadi tidaklah nampak seperti korang hanya mempergunakan mereka bagi kepentingan untuk majlis korang je, ingat mereka jalan jauh demi korang tau. Bagi ler skit santai-santai, tidaklah bosan duduk homestay je. Jumlah homestay adalah bergantung kepada jumlah ahli rombongan korang, sebab ahli kumpulan rombongan aku sekitar 20 orang, maka aku memilih rumah 2 tingkat 4 bilik. Jadi tolonglah memberi keselesaan kepada mereka, jangan korang datang 20 orang tapi sewa homestay umah teres murah 2 bilik. Jika tidak berkemampuan jangan bawa reramai lah rombongan tu.

Selain itu, korang jugak perlu fikirkan sedikit duit minyak untuk kenderaan yang follow, walaupun tidak penuh, berikanlah sedikit subsidi kepada mereka tanda terima kasih korang. Untuk aku, sediakan RM 150 bagi sebuah kereta kira dah hampir penuh tank untuk pergi balik. Untuk jimat aku suggest korang yang sewa van puti panjang tu, aku rasa lagi jimat. Aku beri duit minyak tu berdasarkan jumlah besar bajet aku ada. Contoh bajet aku RM 600 untuk minyak. Jadi kalau 4 kereta yang nak follow maka aku bahagikan sahaja jumlah tersebut (600/4= 150), begitu juga jika terdapat penambahan atau pengurangan kenderaan yang follow. Jadi di sini korang tetap stick pada bajet bukan penambahan bilangan RM per kereta yea.

Pada majlis nikah make sure pengapit korang ikut sekali pastu 2, 3 orang pahlawan yang mesti duduk dekat dengan korang masa duduk nak bersalam tu. Ini penting bagi elak nurveos dengan terkial-kial nak itu ini jika masing-masing semua duduk borak di luar korang duduk berseorang berhadapan dengan tok kadi tu. Mati lah nak!!!!! Untuk rekod aku bawa kawan yang tau pasal agama sekali untuk ikut dah macam merangkap jawatan penasihat agama pengantin je kan, jadi tidaklah lah aku kena bantai dengan tok kadi tu walaupun perkara yang tidak penting di duga nyer aku ini. Kesimpulannya adalah penting membawa orang yang benar-benar berkualiti ikut rombongan korang tu he he he he he.

2.  Majlis berarak aka naik pelamin tempat perempuan

Ini pun sesi penting, sila kawal rombongan korang jangan terus menerpa kepada makanan di majlis berkenaan, sila ikut flow, berarak sekali dengan pengantin. Kalau boleh biarlah pakaian seragam paling kurang warna tema yang sama. Adalah penting coz tumpuan semua mata di majlis berkenaan pada rombongan korang, kalu pakai selekeh2 alamak nampak tiak menyakinkan lah, paling kurang mesti formal cth macam pakai kemeja dan berkasut. Sila pastikan rombongan korang dapat duduk di meja VIP khas (request kat pengantin pompuan untuk meja tu, letak kt depan meja makan pengantin). Jadi nampaklah keluarga korang dihargai oleh keluarga pengantin perempuan.

Make sure masa majlis merenjis, ada ahli keluarga korang naik ke atas pelamin, inform awal2 kat rombongan supaya naik. Aku pernah tengok majlis, ada ahli keluarga rombongan lelaki yang liat bebenor nak naik merenjis, terjerit-jerit DJ/MC umumkan supaya naik, so nmpk cam korang nanti tidak dihargai dimata keluarga dan tetamu pengantin perempuan. Sedih weiii…..itu yang aku maklumkan tadi sila bawa ahli rombongan yang berkualiti. Nasib aku dah atur awal utk family aku. Alhamdullilah dengan jiran-jiran sekali semangat nak naik.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KOMPONEN B

  1. Dokumen/prosedur kahwin
  2. Tempat
  3.  Jamuan
  4.  Andaman
  5. P.A system
  6.  Photographer
  7. Goodies
  8. Kad jemputan
  9. Hantaran
  10. Homestay
  11. Honeymoon
  12. Lain-lain


Ini list aku ikut sejak dari selepas tunang lagi dah mula merancang, sebab aku ni jenis ‘buku planner’ dan malas nak jadi macam sesetengah orang yang suka ‘last minute effort’. Kenapa aku tidak mahu last minute? Sebab aku tau aku ni bukan orang kaya. Kalu kaya senang ada duit semua mudah, ini duk harap gaji bulan-bulan untuk generate dan jalankan semua aktiviti.

Aku tidak dapat nak bagi tau macamana kumpul duit, sebab aku tak kumpul duit untuk kahwin, aku kumpul duit untuk konsep ‘awasan sahaja’. Jadi sejak aku mula bekerja hampir 10-20% dari pendapatan bulanan aku di simpan sebagai awasan (korang google lah apa makna simpanan  untuk awasan tu yea). So bila terjadinya dapat ‘kelulusan berkahwin’ yang secara tiba-tiba ini maka duit itu secara automatic menjadi duit majlis perkahwinan hahahahhahaha….ok lupakan gelak tidak sengaja itu..

Let concentrate pada apa yang perlu dilakukan Komponen A dan B
Untuk memenuhi semua prosedur ini aku amat berharap korang buat awal2 sebaik ia boleh dibuat mengikut tarikh yang seawal boleh. Bukan apa jika korang nak tunggu last minit aku bimbang jadi:
·         kelam kabut
·         lebih aku bimbang korang boleh bergaduh dengan pasangan sebab tekanan yang bakal melanda
·         lebih teruk lagi korang mungkin boleh membatalkan perkahwinan di saat akhir.

Ingat tag line aku “BUKAN KO SORANG NAK KAWEN(BKSNK)

1.  Dokumen/prosedur kahwin


Prosedur bagi setiap negeri adalah berbeza, ada yang isi form online dan ada yang isi manually pakai borang, yang 2-2 kombinasi ni  pun ada. So selepas bertunang aku suggest korang dah mula membelek prosedur negeri korang. Kalu negeri korang punye prosedur perlukan permohonan di buat dalam masa 120 hari sebelum tarikh kawen, maka aku nasihatkan tepat 120 hari tu terus apply lah permohonan. Salah satu prosedur yang penting pas isi borang pejabat agama sila buat pemeriksaan HIV test. Jangan takut, kalu takut pun kena redah jugak kan sebab itu prosedur WAJIB. Mudah je check, gi kaunter receptionist hospital (aku suggest korang pergi poliklinik kerajaan yang kecil, tak ramai orang cepat dan mudah). Dah siap semua dokumen sokongan seperti apa yang dikehendaki pada borang pejabat agama negeri masing-masing so silalah submit. Untuk aku pejabat agama Negeri Johor masa hantar borang terus kena interview. Pehhhh.. ni bagi warganegera Johor “special”. Korang boleh google soalan2 nyer. Aku 2 minggu berguru dengan Ustaz Don untuk persiapan ke interview ni (Youtube jelah hehehehe). Aku bagi tip masa pergi pakailah baju proper sikit, aku pkai baju kerja je so nmpak macam golongan professional ler (memang aku bidang professional pun, alamak teriak plak). Ada yang aku tengok datang pkai selipar je, uhh tak menyakinkan langsung, udoh2 ler bawak skill selekeh tu, tahan ler skit untuk perkara formal ni…pas interview nak lempor kasut tu, lempor ler…bukan apa bagi orang interview tu tengok kita ni biarlah menyakinkan.

Berbalik kepada berguru dengan ustaz Don tadi, masuk interview wat muka selamber je, apa dia tanya? Huhuhu mengucap dengan Al Fatihah je, pastu dia sain SETTLE…….pehhhhhh ko bayangkan effort aku 2 minggu???? Tapi aku take it sebagai berfaedah sebab aku dapat refresh ler pengetahuan asas KAFA. Ko hayati bab jenis2 air pun mesti korang dah lupa perincian dia. Cubalah tonton 30min bersama Ustaz Don. 

Siap dokumen di Johor aku bagi kat pengantin pompuan untuk proses di tempat negeri bernikah. So settle awal, pengantin pompuan pun bleh submit awal, senang. Tambahan plak pengantin pompuan perlu deal dengan tok kadi untuk pernikahan. Ingat yea tag line aku BKSNK. Dapat booking awal so dapat secure masa dengan tarikh yang korang nak, kira dah LOCK lah. So sapa last minit dapatlah mungkin kena nikah jam 6 pagi or 11 malam….uhhh tak sanggup….

2.Tempat majlis lelaki



Ini berkait rapat dengan lokasi korang nak buat majlis tu nanti, dewan atau rumah sendiri. Aku tiada pengalaman untuk buat di rumah, coz aku buat di dewan. Reason buat di dewan adalah sebab memudahkan dan aku guna katering. Sebab aku tak nak kemas rumah selepas majlis serta meminimakan kecelaruan di dalam rumah (hehehhe aku dah penat-penat so balik majlis nak everthing tenang kat umah). Macam biasa gak dewan kena tempah awal, yelah sekarang time kawen dengan tarikh yang baik bukan kita sorang je yang nak kawen kan. Tambahan pula sekarang orang kawen dah tiap-tiap minggu weekend pun ada. Ingat tag line >>>>> (BKSNK)

Sila pastikan keperluan di dalam dewan mencukupi meja, kerusi pentas dll. Yang paling penting sila ‘site visit dewan’ semasa dah deal tempahan, masa ni paling penting korang check mana-mana kerosakkan yang perlu mereka ‘alert’ masa majlis korang. Orang yang bertanggungjawab dengan dewan dengan no tepon dia perlu di genggaman tangan. ‘In case’ kalau dewan wat hal semasa or nak dekat majlis ko cekik leher dia dulu. Kita bayar dewan bermakna kita perlu dapat apa yang dia ‘offer’ semasa kita membayar. Masa aku ada 2, 3 unit kipas rosak, geram aku. Rasa macam nak ikat dia jadi kipas je…..sabo sabo

3. Jamuan



Seperti aku telah maklumkan di baris awal, aku menggunakan katering. Pemilihan katering amat penting, ia merupakan nadi kepada majlis kita di samping harga dan menu yang di tawarkan. Aku ambil masa hampir 2 minggu untuk survey di segenap alam maya (online) dari mudah, majalah.com, open google search etc. Dah survey sila catatkan dalam helaian kertas, jangan nak mengada-ngada save dalam telefon je….kelak korang terkeliru. Perkara penting yang korang perlu catat semasa mencari adalah:

    ·  Nama Katering
    ·  No perhubungan/email
    ·  Lokasi
    ·  Pakej menu (tetamu/meja pengantin/peralatan/pelayan)
    ·  Charge pengangkutan 

Sila muktamadkan awal katering, coz katering pun akan penuh booked jika korang last minit nak pilih khidmat dia. Ingat tag line >>>>> (BKSNK)

Kebanyakan katering akan memberi sebut harga yang boleh kita nampak perbezaannya harganya, terpulang skala majlis korang. Bajet aku rm10 sekepala, so aku dapat rm9.50 dengan 4 pakej lauk, 2 jenis air, dessert dan buah termasuk hidangan di meja pengantin-so berpatutan siap ada budak serve lagi hehehe. Promote ckit katering aku D’Andaman Naniez beroperasi di Batu Pahat. Secara serius korang bila dah decide nak pilih catering di nasihatkan untuk pergi test food dulu. Tapi aku tak pergi test food pun. Tapi alhamdullilah masakan dia sedap di majlis aku, superb.


Satu yang aku boleh aku puji, katering ini bukan mencari untung sangat sebab aku dapat lihat keikhlasan dia dalam meniaga. Walaupun dia ikhlas jangan lah pulak korang mengambil kesempatan. Ingat buat majlis untuk beri makan orang biarlah beroleh berkat dengan apa yang kita sedekahkan. Jangan kerana duit rosak keberkatan majlis kita terhadap para tetamu kelak. Oh ya sila make sure semak no pendaftaran perniagaan diaorang dengan suruhanjaya syarikat untuk make sure keasliannya. Aku email je untuk check.

4.  Andaman


Aku mungkin menggangap aku bertuah. Ini kerana Katering dan Andaman aku di supply oleh syarikat yang sama iaitu D’andaman Naniez. So aku terus minta quotation 2 perkara ini, senang nak nego dan berurusan kelak. Sebab harganya ok dan di dalam range bajet. Ini untuk majlis bertandang di rumah lelaki yea. Sebenarnya bagi rumah lelaki tak perlu perkara yang complicated seperti majlis di rumah perempuan, ada 2 atau 3 perkara yang boleh di buang di dalam list pakej yang diberikan seperti pelamin nikah, 2-3 pasang baju pertukaran. Yang lain aku amik semua, sebab tempah awal dapat baju baru khas untuk kita. Untuk tema pakaian di tempat aku aku pilih konsep cerita ‘rindu awak 200%’ camne yea? sila google huhuhuhu. Ingat ini majlis anda, bagi lelaki kalau korang ada kerjaya idaman atau pakaian nak sangat pakai, so masa ni lah nak suruh pihak Andaman carikan. Rugi guna trend yang dah ada di butik Andaman berkenaan je. Korang bayarkan dan lebih penting dalam pakej “dapat baju baru”. Kebanyakkan aku tengok pengantin lelaki memilih pakaian yang biasa. Aku nasihatkan jugak kalau tempat perempuan dah gaya hulubalang ala perwira bagai, maka apa salahnye di tempat lelaki korang pilih tema contoh “eksekutif”. Untuk pilihan pelamin aku nasihat korang survey-survey lah design pelamin di dalam internet. Pilih 2, 3 kombinasi pastu mixed dan berbincang dengan pihak Andaman untuk realisasikannya. Perlu di ingat untuk pelamin deman, sila make sure pihak Andaman ada kain lebih untuk tutup backdrop dinding belakang pentas dewan dengan kain, supaya nampak penuh, tidaklah nampak dinding dewan yang entah apa2 tu.

Untuk set pakej Andaman aku:
Set pelamin, hiasan meja makan, 1x makeup, pintu gerbang, set merenjis, sepasang baju baru, bunga tangan. Red carpet make sure kalu warna merah sila pastikan merah bukan merah dah jadi kusam…apa salahnyer cuba purple carpet, gold carpet. Nampak gila, tapikan kita dah bayar so kita berhak untuk dapat apa yang kita hajati. Ingat kelainan bermula dengan kegilaan.

5.   P.A system

Untuk PA system juga aku minta pihak Andaman cari, dia bagi harga so aku setuju. Perlu diberi perhatian seringkali pihak PA sistem aka DJ boleh merosakkan majlis anda jika tidak dikawal dan berkonsep dari pada anda sendiri. Kebanyakkan majlis yang aku pergi, semua ada karaoke denga DJ yang mengarut asyik bercakap je pastu putarkan lagu kesedihan. Alamak…
Aku ingin ubah cara, so aku dah cakap kat pihak Andaman yang aku mahukan konsep relak dan santai.

              ·         Muzik latar-instrumental, unplugged, muzik ni berlegar hampir 60% alunan dalam majlis                     selain dapat menggelakkan DJ dari membebel entah apa2. Korang tahu tak camne muzik                     ni? Cuba korang gi hotel masa korang makan dia mainkan muzik apa?

              ·         Lagu aku yang pilih dan senaraikan dan hanya lagu itu sahaja di benarkan di putarkan                         maka secara langsung aku dapat menyekat lagu-lagu kesedihan seperti “pelamin anganku                     musnah” dari memasukki carta lagu dimajlis aku.

             ·         NO KARAOKE-korang perasan tak kalu pergi majlis kawen? Penyanyi entah apa2…                           menjerit2..seram aku……. dahlah khemah warna kuning hahahahha.

             ·         Make sure DJ hanya bercakap sekali sekala sahaja seperti kata aluan dan terima kasih                          kepada tetamu, pengumuman kehadiran pengantin, jemput keluarga pengantin perempuan                    untuk sesi merenjis, makan damai dan potong kek.

6.       Photographer


Untuk photographer aku tidak survey banyak, hanya tahu sikit sikit je spec jurugambar ni. Sebab aku pilih saudara terdekat sendiri sebagai jurugambar. Yang aku tau jurufoto ni pakej dia hampir sama je, cuma beza pada harga. Pakej merangkumi frame besar dengan album kronologi dan ada juga yang buat ala-ala majalah. Yang sama photoshoot sampai muntah outdoor. Mungkin dari segi seni touchup, editing yang membezakan ke power an gambar terhasil. Aku nasihatkan korang survey dlu lokasi outdoor untuk amik gambar lebih awal, maka pada petang selepas bersanding terus pergi tempat tu, tempat tak semestinya cantik, kadang tempat tidak cantik pun sebab touch up dengan editing jurugambar korang power apa sahaja boleh awesome jadinya. Jika korang nak ambik gambar di tempat ramai orang, buang perasaan malu tu jauh-jauh masa amik gambar. Jangan keras dan lebih baik survey juga post post gambar wedding orang lain untuk pastikan korang tak kekok kekerasan masa amik gambar. Masa amik gambar sila bawa dayang-dayang or pembantu pengantin untuk turut serta. Penting untuk tolong macam2 perkara kira support team lah ni. Tolong angkat kain, pegang hset, pegang paying, pegang kasut pengantin perempuan dsb.

7.       Goodies aka door gift


Boleh aku katakan, penyediaan goodies paling sukar bagi aku. Sebabnya aku uruskan sendiri. Ia bergantung rapat dengan kuantiti tetamu yang di jangkakan hadir pada majlis perkahwinan. Oleh kerana aku mengamalkan konsep siapa sahaja mendapat goodies yang sama, jadi takdelah perbezaan penyediaan goodies. Aku nasihatkan jika jumlah kad jemputan korang 500, penyediaan goodies sekurang-kurangnya dalam 700-900 beg. Boleh dikatakan pengiraan goodies amat bergantung kepada bilangan kad jemputan yang di edarkan.

Apa yang nak di masukkan di dalam beg? Kriteria pertama nak guna beg kertas or plastic? Besar atau kecil beg bergantung kepada apa yang korang nak masukkan. Aku taknak pening, so aku cari bahan yang nak masuk dlu. Jadi untuk bajet  barang dalam tu tak lebih rm2 dan ianya makanan. Boleh dapat rm2? Korang kena survey di kedai jualan borong seperti Mydin, Giant dan  kalau kat Melaka ni Family Store atau Cowboy. Belian secara borong lebih menjimatkan sebab nak beli dalam kuantiti yang banyak.


Oh ya untuk keluarga perempuan di meja VIP, aku sediakan dalam 20 beg yang special di dalamnya, yang ini sebagai penghargaan aku letak sejadah dan aku nasihatkan tag kat luar beg sebagai “Keluarga pengantin perempuan” bagi menggelakkan orang yang jaga penyerahan goodies tersalah beri kepada tetamu lain plak. Kalu nak special lagi untuk ibu dan bapa pengantin korang letak lah mende special sebagai hadiah korang pada mertua. Letak awal-awal di meja vip sejam sebelum berarak masuk pengantin (ibu pengantin perempuan dan bapa pengantin perempuan sebagai tag bagi menggelakkan sedara korang terambil yang mertua punya.) Gitau awal kat keluarga mertua supaya datang terus duduk di meja VIP, jangan duk merewang duduk di tempat lain.

Kesemua beg goodies aku nasihatkan buat sebulan awal, sebab nak masukkan sendiri kan. Satu lagi, silalah cari kotak besar sekali bagi digunakan untuk memasukkan goodies berkenaan. Makin besar lagi bagus. Boleh mintak di kedai pomborong tadi.

8.       Kad jemputan



Jemputan aku dalam 500 sahaja secara fizikal iaitu kad. Sebab aku lewat kawen jadi ramai yang dah mati tak sempat datang majlis aku dah, dan jugak diaorang semua dah lepas leher memasing (dah kawen) walaupun aku dulu pergi majlis diaorang. Jadi tidak perlu lagi pedulik aku ni. Untuk kisah ini nanti aku wujudkan entri sendiri berkaitan perkara yang aku alami.

Perlu di ingat sekarang zaman teknologi gadget maka dengan itu medium FB dan Whatsapp merupakan juga medium yang boleh kita hantar undangan. So semuanya jadi 500 undangan jugak, coz kad aku 500 tak habis, tak bleh watpe pakej kad memang 500 kuantitinya. Untuk maklumat, sekarang ni tempah kad jemputan sekali dengan pakej banner, bunting, petunjuk arah etc. Based on pakej korang pilih yang mana. Aku add on welcome board bukan photobooth yang aku anggap dah biasa pun.

Edaran kad jemputan dan undangan elektronik aku wat dalam 3 fasa sebelum majlis. aku suggest;

             ·         2 bulan-sedara mara/kawan yang amat rapat/sesiapa yang berada dilokasi jauh2
             ·         1 bulan-kawan-kawan/kawan-kawan upis/kawan-kawan emak dan bapak aku yang di luar                     kawasan kediaman kampung aku
             ·         2 minggu-penduduk kampung/komuniti mak bapak tinggal

Satu lagi tips aku, bila dah ada kad jemputan di tangan, bawaklah di dalam kete korang walau ke mana pun pergi termasuk letakkan dalam kereta mak bapak kita. Senang jumpa terus bagi sebab masa semakin suntuk takkan ko nak ulang route tu lagi sekali.

Perlu di ingat jugak untuk yang kena jemput 2 bulan awal tu adalah perlu sebab biasanya orang jenis sibuk bekerja/professional/orang yang sentiasa kurang duit dalam poket/ ini perlukan masa untuk planning. Aku mengalaminya jadi aku take action memahami masalah ini. Adalah agak kurang sopan kalau korang nak kawen hujung minggu ni (ahad) khamis korang jemput. Cis….

Bagi orang kampong setempat tak boleh bagi awal sangat, nanti diaorang lupa, reason lupa sebab dalam kampong ko tu pun nanti silap2 ada 3 majlis kawen, jadi bagi lewat sebab mereka tidak perlukan pengumpulan modal untuk datang majlis kita, kan sekampung.

9.       Hantaran


Hantaran merupakan hadiah kepada pengantin perempuan. Jadi ianya hadiah dan tidak terikat kepada jenis atau apa item yang wajib beli. Untuk mengingatkan generasi sekarang hantaran bukanlah wajib berbanding mas kahwin yea….sebab aku yakin ramai dah lupa mana wajib mana adat dalam bab hal perkahwinan ni.

Untuk hantaran memandangkan aku sedikit mampu (bajet telah diperuntukkan), jadi aku beli sekadar 7 dulang untuk perempuan. Korang ingat aku pilih ke? Cehhh mana aku dapat feel kesukaan perempuan dan apa hajat hadiah yang dia nak sangat. Aku mengamalkan konsep apa aku nak aku beli dan apa dia suka dia beli untuk hantaran. So tadi sepatutnya aku cari hadiah untuk pompuan kan? Dia cari, aku bayar. Begitu jugak barang aku, tapi agak teruk jugak hantaran yang aku minat hehehehe

Senarai hantaran belah pompuan
            ·         Tafsir Al-Quran
            ·         Kasut
            ·         Beg tangan
            ·         No plet kereta
            ·         Telekung
            ·         Kain Ela
            ·         Rantai

Senarai hantaran belah aku (lelaki)
            ·         Defi meter 3 beradik
            ·         Jersi JDT Home 2016
            ·         Jam G Shock
            ·         Buahan
            ·         Set wallet/tali pinggang
            ·         Perfume Calvin Klien
            ·         Kasut sneaker Timberland
            ·         Samping songket
            ·         Kain Ela

Jangan mengambil mudah membuat pembelian hantaran di saat akhir, walaupun korang rasa macam senang je nak carik, tetapi percayalah masa korang cari, masa tu lah barang tu tiada. Aku suggest selepas bertunang setiap bulan beli 1 item, alah pas gaji korang mesti gi dating kan. Maka dengan itu menyambil ler cari barang tu 1 item. Online mungkin banyak membantu.

Sebab bulan terakhir, korang focus camne nak gubah je. Hehehehe ni belah pompuan lah gubahkan. Aku? Jahanam ler nak gubah. Jadi bila korang datang nanti masa nak nikah, mintak belah pompuan letak terus kat homestay. Aku ni jarak jauh, jadi faham-faham lah kalu bawak naik kete jejauh, tiba lokasi homestay mau jadi abstrak kesenian plak…hancurrrr….

10.   Homestay

homestay sebenar

Penginapan pun aku suggest buat sekurang-kurangnya selepas tunang dah boleh survey route dengan lokasi, so aku prefer korang minta pihak pompuan carikan, sebab aku mengamalkan konsep menghormati tetamu, jadi bagi rombongan pompuan datang tempat aku, aku yang carikan homestay. Hanya kita sahaja tahu tempat kita dari segi jarak dsb. Adalah penting dalam pemilihan homestay iaitu jarak dengan tempat majlis dan berapa anggota keluarga mereka yang akan datang. Ia mempegaruhi masa dan keselesaan dari jenis rumah yang kita pilih nanti. Maka dengan itu, aku jugak suggest kita yang bayar homestay tetamu (rombongan pompuan) itu.Tempat pompuan dialah plak bayarkan. Hehehhehe adil kan…

Untuk aku homestay ini aku cari untuk 3 kategori tetamu aku:
             ·         Keluarga perempuan-wajib
             ·         Pengapit-bagilah penginapan, susah2 dah dia jaga kita kan
             ·         Sedara mara-ini untuk sedara yang boleh sahkan kehadiran 6 bulan awal, kalu selepas itu                    memang aku tak layan dah, wah wah nak bagi aku kusut setakat 2 minggu sebelum                              terhegeh2 suruh carikan, minta maaf yea. ini untuk sedara yang jauh/ mempunyai                                pertalian yang kuat dengan aku cth: bapak sedara aku aka abg bapak aku, mak sedara                          belah mak aku itu je. Yang lain muda-muda boleh klik i.net sendiri.

Tips booking homestay yang paling penting deal awal dengan bayar deposit untuk lock, kalu ada duit lebih bayar terus 80% senang tak payah nak simpan-simpan duit kat tangan, simpan kat tangan ni boleh terguna mende lain plak kang. Tapi ada homestay taknak langsung deposit. So yang ini kena hati-hati, kena jumpa face to  face takut ‘yea.. yea.. yea…’ katanya tapi last minit tak nak bagi sewa. Kalau tak jumpa face to face aku bimbang yang uruskan homestay ini ada ayah, mak dgn anak. Kita book dengan emak, sekali ayah masukkan orang lain sebab ke tiga-tiga entity ini bleh amik booking orang sebab tak tahu sapa yang dah amik booking sebenarnya.

Katering di homestay
Ok yang ni option, aku suruh belah perempuan carikan homestay dan juga catering semasa di homestay berkenaan, sebab aku fikir senang makan dalam homestay tu je bagi rombongan aku, yelah leceh nak bawak2 keluar pergi makan, takut bajet tak terkawal, maklumlah bawak nak dekat 20 keahlian, kang ada yang order lobster, tak haru aku, bukan kedekut tapi berjaga-jaga. So bila dah pick catering senang, cukup masa dia hantar dan bajet terkawal. Lagi satu kalu dah bawak keluar kan, berkonvoi2 kereta takut ada yang sesat dan satu lagi kalu 20 orang kat meja, menu lain-lain orang pertama dapat malah dah abis makan pun tetapi orang ke 20 makanan tak tiba lagi, so dah makan masa skit kat situ.

11.   Honeymoon


Lokasi honeymoon. Penting juga kena berbincang tarikh dan lokasi bersama pasangan. Tip nyer kena pilih tempat yang tenang contoh Janda Baik tapi yang eksklusif mesti mahal. Aku ini tidaklah bernafsu nak pegi ke luar Negara. Agak sukar jugak aku nak cari lokasi honeymoon coz hampir semua tempat menarik kat semenanjung ni aku dah pergi..Jadi bila cari lokasi semua dah di tandai oleh aku. Jadi apakah lokasi yang ada? Feel honeymoon betul aku rasa selepas malam pertama iaitu malam kedua aku dah booking hotel (tingkat tinggi yea), inilah agaknya honeymoon. Tak perlu jauh lokasi hampir dengan umah mertua tu sudahlah. Kebetulan mertua aku di ibu negeri, maka ianya Bandar. Jadi membantulah lokasi malam kedua. Malam ketiga aku dah balik umah aku untuk bersedia bagi majlis aku pada hujung minggu yang sama.

Untuk lokasi honeymoon ‘katanya’ aku pergi selepas seminggu majlis di rumah aku. Lokasi sekitar Perak dan Selangor, mod 4 hari 3 hotel. Oleh kerana pergi bercuti bukan time cuti sekolah or public holiday, aku rasa kat hotel yang besar tu hanya kami berdua je, seram gak.

12.   Lain-lain

Perkara lain lain yang korang perlu sediakan nampak kecil tapi aku rasa penting dalam majlis. Kalau takde dia akan berbalik kepada aku untuk fikirkanya, come on dah lagi seminggu nak majlis korang patut focus pada diri korang bukan perkara remeh temeh lain, dengan kata lain korang hanya perlu tengok check list besar sahaja untuk make sure ‘semua dalam tick ada’. Pihak lelaki macam aku ni sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum majlis coz kita akan hadapi majlis di rumah pompuan dahulu untuk nikah dan majlis pastu baru rumah kita. Kalu esok hendak nikah korang masih fikir kat homestay nak makan apa, susunan kerusi kat dewan majlis korang nanti camne, itu masalah besar pada otak korang nak fikirkan.

List phone no

wat camni pastu laminate

Semasa majlis rumah lelaki, aku sediakan semua list no telefon yang perlu bagi orang yang menguruskan majlis berkenaan di dalam 1 list dan kemudian whatsapp (buat dalam bentuk pickture.jpg) pada semua yang head position, cth aku; penyambut tamu, katering, mak andam, yang jaga mak bapak aku, hadiah, questbook booth, orang teknikal dewan. ini kerana mereka akan berkomunikasi di antara mereka semasa majlis tanpa melibatkan aku. Takkan tuala gud morning tak cukup nak call aku jugak? Lollipop questbook booth dah abis pun nak call aku? Soalan nampak mudah tapi ingat aku taknak serabut dengan perkara berkenaan di last-last and last minute ok.

Runner utama
Aku panggil ‘runner pengantin’, hanya dia sahaja layak untuk call aku ‘in worst case scenario’. Dia juga merupakan orang penting diantara sub-sub ajk yang dipilih. Kalu bahasa orang kaya dia nama nyer event manager, tp konsep aku dia lebih kepada memastikan segalanya bergerak untuk hari majlis merangkap wakil aku. Of course semua aku dah taklimat kat dia, kan aku pemegang perancangan majlis so aku pas over untuk dia pada hari majlis. Jadi apa dalam plan aku dia juga ibarat pengantin kedua pada majlis aku itu (replicate). Jadi semua orang yang head-head tadi akan carik dia sahaja pada kedua-dua majlis yang melibatkan aku.

Pengurusan Bajet kawen

lebih kurang camgini ler aku wat list

Buat angka besar kos yang digazetkan contoh 25k, jadi apa sahaja list perbelanjaan dari selepas hari tunang hingga ke majlis kawen, bermain angka 25 sahaja (fix and square) perlu bertambah kurang akibat perbelanjaan dari  list telah di gazetkan, jangan sesekali menambah bajet yang digazetkan atau jika terpaksa hanya maksimum 20% sahaja dibenarkan.

file camgini penting untuk simpan semua info denga update info, jangan nak mengada-ngada simpan list dalam telefon kalu korang tak expert IT.

Perancangan dan pembelian awal akan menyebabkan korang tak terasa beban angka duit yang dikeluarkan, tapi mesti di dalam lingkungan bajet besar yang korang dah gazetkan. ingat semakin last minute maka semakin tertekan korang dengan angka RM tersebut serta menyebabkan over perbelanjaan nanti. Buat awal smooth and smoothy perbelanjaan, contoh sebulan 1 atau 2 barang di beli atau 1 atau 2 perkara dibayar deposit. Tak banyak sebenarnya kalu korang tau teknik nak pergi beli barang, contoh bulan ni nak shoot abis berkaitan goodies, so shoot smpai habis, next month shoot mende lain plak. Aku nasihatkan jangan beli separuh separuh bagi 1 item yang sama kerana ia bakal melibatkan kos ataupun bila cari semula barang tu dah tiada stok.

TAMAT

Inilah serba sedikit yang aku dapat memorikan sebagai perkongsian bagi pihak lelaki macam aku ni dalam membuat persiapan perkahwinan. Ingat berdasarkan hukum perkahwinan ini senang sahaja, tetapi yang melibatkan adat dan kebiasaan yang susah sebab melibatkan perancangan dan duit. Selamat berkahwin wahai lelaki. 


P/s: make sure beli cadar bilik pengantin jangan yang kain licin yea. bergerak bunyi kuat plak…bergerak pe? Bergerak masa tidoo lahhh…cissss