Blogger Backgrounds

Rabu, 15 Jun 2011

Cancel Alor Setar, jom pi Langkawi


Tu dia keputusan last minit, aku nak pergi ke langkawi bagi percutian akhir tahun ini. Sedang mencari-cari info berkaitan Alor Setar bersama bajet, ternaya Langkawi mengamit aku untuk ke sana, memandangkan kos untuk pergi bercuti ke sana murah sebelum cuti sekolah menyerang pada akhir tahun ini.
Banyak dah wat survey ni untuk ke langkawi termasuk bertanya pengalaman rakan yang pernah pergi dan juga search di internet. Mudah sahaja bagi percutian ini dan juga percutian2 lalu yang banyak mengajar aku segalanya. Aspek penting adalah bajet-lokasi-penginapan-lokasi menarik-jadual-kereta sewa(jika perlu)-shopping, emm itu sahaja key word penting dalam pergi bercuti. Oh ya sebelum pergi kena kaji peta lokasi percutian itu, mengkaji peta kena wat sebelum pergi, bukan masa dah sampai, ini kerana akan membazir masa kita bercuti dengan melihat peta sahaja. Apa feel..

Selasa, 7 Jun 2011

Wau cantiknya....((^%#@#$!$#&*)_((^E%^##%W

Sabtu lepas melalui slot cerekarama Tv3 jam 10malam, takde lah nak layan tengok cerita ni sangat di sebabkan aku begitu penat dengan aktiviti di siang hari, cerita ni simple berunsur lawak pun ada,tapi banyak diselitkan dakwah dan petua untuk kesihatan.Cerita kisah mengenai jemaah masjid di dalam satu kampung yang obses lebih kepada isu makanan semata-mata berbanding dakwah atau amalan yang perlu dilakukan..dalam kontek ni jemaah tu terdiri dari AJK masjid kampung berkenaan ler. Asyik makan je tanpa fikir kesihatan diri..pastu setiausaha masjid mati pastu pengganti pun mati gak menyebabkan

kepercayaan karut juga menjadi tabiat orang sekarang yang selalu mengaitkan sesuatu yang terjadi dengan perkara khurafat...bukan kerana pemakanan tu tadi yang hakikat sebnarnya pembunuh mereka..kira hero dalam ni seorang yang menjaga kesihatan ler tambahn dia baru balik dari belajar gama dari luar negeri....
apa-apa pun ,cerita macam ni memang bagus la dari duk tayang kisah pasal cinta,pasal perniagaan besar sume...

yang bab best nyer nak cerita pasal heroin nyer..pehh serius belum pernah aku tengok pelakon pompuan se cun ni (mata aku ler) nora danish pun dah jatuh no 2 bagi aku..dia adalah noolefa...yang menyebabkan aku walaupun penat tetap terus tgk cerita ni sampai abis heehehe....

Berikut Biodata Beliau :

NAMA PENUH: Noor Neelofa Mohd Noor
TARIKH LAHIR: 10 Februari 1989
USIA: 22 tahun
ASAL: Pasir Mas, Kelantan
KARIER: Pelakon, pengacara dan model
KELUARGA: Anak ketiga daripada sembilan beradik
DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu) dan ibu (Pakistan-Arab)
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda, Perniagaan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor (tahun kedua)
PENCAPAIAN: Juara Dewi Remaja 2010
IKLAN TV: Antaranya Nokia, Silky Girl, Fair & Lovely dan F&N Fruit Tree
KLIP VIDEO: Kau Bukan Aku nyanyian kumpulan Tilu
DRAMA: Kasih Najihah (TV9)
FILEM: Azura (versi baru)
PENGACARAAN: Paparazzi terbitan KRU Studios, boleh diikuti menerusi www.tonton.com.my
ARTIS NAUNGAN: KRU Studios selama setahun

Jumaat, 3 Jun 2011

Indahnya disana


Tahukah anda keindahan sesuatu keindahan itu? Manusia lazimnya mengaitkan keindahan itu adalah kebahagian. Sudah pasti semua manusia sukakan keindahan itu. Adakah kita pasti sekarang ini kita bahagia dengan keindahan itu.

Aku melihat dunia di sebelah sana ada keindahan untuk kebahagian. Syukur akan semua itu, hidup yang tenang, suka dengan sedikit duka merupakan lumrah kehidupan, jadi apakah erti duka jika dalam seminggu 6 hari kita bahagia.

Aku ingin menumpang kebahagian itu selama mana di izinkan, aku yakin kebahagian itu mampu bercambah menjadi yang terbaik. Biarlah aku bahagia di dalam hati sendiri.

Orang kata hidup tak selalunya indah. Tapi pada aku, yang patut mencipta keindahan itu berlandaskan hakikat yang kita inginkan adalah kita sendiri. Keindahan akan disertai dengan kebahagiaan dan kenangan yang tak mampu kita ceritakan.

Andai ketika itu kita gembira, jangan pula kita lupa bahawa kesedihan pasti akan menuntut haknya. Bersedialah untuk kita menangis. Aku mungkin gentar untuk menangis, tetapi hakikat mesti diterima.

Hope kamu sentiasa berbahagia disana.

Khamis, 2 Jun 2011

Cubitan Lalu Untuk Angka 3




Yea hari ini sudah genap 3 tahun aku di sini. Selamat Ulangtahun Ke 3 disini dengan kata lain Tahniah. Sudah mendapat taraf tetap pun. Kalu di kira pakai jari tidak lah lama man aku berada di sini tambahan pula dengan dunia akhir zaman ini yang kiraan nya di rasakan begitu cepat masa berlalu. Rasanya juga tak banyak pengalaman yang diperolehi di sini, tapi apa boleh buat aku layanz sahaja.

Kenang-kenang kembali sepanjang 3 tahun ini, tak banyak juga apa yang manis atau pahit untuk diceritakan. Mungkin ia telah terukir di catatan-catan aku selama ini di blog ini. Cuma pencapaian terbaik aku ialah dapat berhutang rumah bersama bank RHB hehehehe bukan beli tapi berghutang, tunggu 25tahun lagi akan jadi milik aku, jika blog ini kekal 25tahun lagi aku akan cerita pengalaman sepanjang aku dalam usaha membayar hutang rumah hingga selesai.

Izinkan juga aku mencoret di sini, sudah 3 tahun aku berpisah dengannya. Namun segalanya masih aku kenang, biarlah orang kata aku gila atau apa sahaja, yang penting aku mengingatinya. Mengingat sekadar mengigati bukan untuk memperolehi. Ia kenangan aku hanya melayan perasaan dengan kenangan, untuk senyum, untuk serius mahupun untuk sedih. Tidak lebih dari itu. Kepada atau walau sesiapa pun yang membaca coretan ini percayalah tiada apa antara aku dan dia lagi. Harap memahami, aku manusia, aku juga seperti kamu mengingati sesuatu untuk melayan perasaan. Oh angka 3…………….

Isnin, 30 Mei 2011

It Finally....get it


Antara suka dan perasaan yang bercampur baur, semua orang masuk kerja dalam sector kerajaan menantikan surat ini dalam tempoh 3 tahun permulaan perkhidmatan. Masih ingat di tempat lama dahulu, semua gila nak dapat taraf ni sebagai tahap selamat untuk berubah kea rah yang lebih teruk. Dapat surat ni ada 2 erti, pertama kaya sekejap dan kedua kebal dari segala pembuangan dalam sector kerajaan. Pendek kata ianya kebal akibat prosedur yang begitu panjang jika nak di buang kerja.

Entahlah itu hakikat yang aku tahu serba sedikit dalam sector kerajaan ini. Bagi aku rasa terkejut pun ada serta merta terbayang wang kwsp yang boleh di keluarkan. Bukan rasa gembira tetapi aku membayangkan segala usaha aku bekerja selama ini adalah di situ termasuk kerja kilang, serta merta aku terbayang ibu aku. Emmm dia banyak bersusah payah dari aku bersekolah hingga aku bekerja, dahlah masa sekolah buat persiapan aku ke sekolah begitu juga masa bekerja, sibuk juga bangun pagi menyiapkan segalanya. Maka aku dapat rasakan wang itu juga seharusnya bukan aku seorang sahaja yang punya, dia juga ada hak nya berdasarkan perit jerihnya untuk aku selama aku bekerja dahulu.

Itulah yang aku gambarkan selama ini dalam proses ke arah mendapat surat ini. Apa perlu aku buat ya? Masih tidak terfikir. Ingatlah jasa mak sepanjang hayat kita. Aku bersyukur kerana masih mempunyai ibu. Sayang Mak…………