Blogger Backgrounds

Rabu, 4 Januari 2017

Selamat Tahun Baru 2017


Macam baru sahaja aku update pasal tahun baru ni, alih2 dah kena update lagi..masa yang pantas atau aku yang tidak mengira hari? aku kira bila hari gaji je...tapi betul rasa baru je gaji dah gaji semuala. Orang kata kalu mengira hari gaji ni bermakna orangnya selalu pokai. Tapi aku rasa aku tidak, sebab aku bahagia je sepanjang tahun, sebab aku tak fikir sangat banyak atau sikit duit yang aku ada di tangan. Sebab kalu di fikir-fikir tak cukup sahaja di buatnya.

Yea 2017, macam zaman sekolah-sekolah dulu pasti terdetik apakah azam tahun baru ini, ehhh baru aku perasan bahawa perkataan azam dan tahun baru tu rupanya sedara rapat. Mana ada orang buat azam masa Februari kan? ke ada? oh mungkin jenis itu tidak ramai bermakna tidalah populor untuk membuat azam pada bulan februari bagi tahun yang baru.

Jadi untuk menjadi popular aku ada listkan sedikit azam aku untuk tahun 2017:


  1. Aku nak pergi Thailand
  2. Aku nak melancong sekurang-kurangnya 2 pulau di malaysia ni... mungkin Pulai Perhentian dengan Pulau Sibu
  3. Aku nak abiskan PTPTN
  4. Aku nak tambah saving
  5. ......cukuplah banyak dah tu, kang ujung tahun gelak plak tengok catatan ni..
Aku cuba-cuba dan mesti....

Khamis, 15 Disember 2016

Runtuhnya kekebalan 16 tahun versi 2.0


Uhhh… sukar aku nak ceritakan, tak cerita rugi, tapi kalu diceritakan ianya hanyalah untuk dijadikan panduan dan pengetahuan sesiapa sahaja di masa akan datang bermula sekarang. Bagi sesiapa yang mengikuti FB ku pasti tidak gambarkan atau tidak memikirkan apa-apa berkenaan 2 poster yang aku telah muat naik. Namun ia penuh makna jika di ambil tahu.

Perkara ini telah menjadi bualan hampir 2 bulan lalu dan menjdi kenyataan pada Oktober 2016 ini. Jika dilihat pergolakkan ini telah di ambil serius oleh orang no 1 organisasi besar aku. Ramai yang tidak menyangka perkara seperti ini terjadi buat kali ke dua. Maafkan aku jika aku terpaksa menggunakan perkataan-perkataan yang ‘direct’ dalam catatan ini, bagi mengambarkan betapa seriusnya ianya terjadi.

Yea ini terjadi kali kedua selepas eksiden ‘Black 2006’ dan sekarang 2016. Mengapa terjadi? Mungkin sebab kebodohan diri yang tidak mengambil iktibar di masa lalu, keegoaan dan merasakan diri itu kebal dan semuanya benar belaka atau individu merasakan dia besar dari organisasi ini sendiri.


Untuk hidup di alam manusia ini, sebagai seorang manusia harus melihat dari 360 darjah pandangan. Baik, buruk, andaian dan segala aspek kehidupan perlu di beri perhatian lebih-lebih lagi anda telah masuk di dalam lubang di jalan yang pernah di lalui dahulu atau mungkin tak berapa lama dahulu, ehh! lalu sekali lagi boleh masuk ke dalam lubang yang sama tanpa ada perasaan dan masuk dan masuk lagi. Ini bukan peringkat bodoh namanya tetapi peringkat tuli.


Image result for stupid boss

Berbalik kepada apa yang aku perkatakan dalam topik ini. Yea ketua di organisasi aku telah dilucutkan jawatannya dari terus menjadi ketua di organisasi ku. Beliau telah dipindahkan ke jabatan lain yang khas di wujudkan kepadanya sebagai orang buangan, yea orang buangan kerana berada di skim yang tidak pernah terfikir untuk di duduki, Mengapa? Secara ringkas mengapa terjadi sampai begini:
  1. Ego dalam kebodohan: semua dia betul, tapi hakikat bila gagal menyalahkan orang lain
  2. Tiada visi dan misi, malah tak faham apa itu visi dan misi itu apa kejadahnya…ada di suatu masa pegawai menanyakan kepada beliau apakah misi dan visinya untuk organisasi ini, beliau mengatakan ‘sikap’…&^%$%$% kepala bana dia, dia ingat organisasi dia ni pusat kaunseling universiti ke.
  3. Tiada ciri pemimpin, eh malah utk huruf-huruf dalam perkataan Pemimpin tu pun belum tau P tu layak untuk dia.
  4.  Tiada strategi sama ada dalam pengurusan atau sumber manusia yang dia ada
  5. Berpolitik manis di bibir: menghancurkan pegawai melalui hubungan baik dengan staf bawahan yang kategori teruk.
  6. Tiada keputusan: pehh ni lagi gila, dia punya takut hendak bertanggungjawab sehingga berani setakat tandatangan memo gotong royong je….yang lain? Pandai-pandai pegawai lah supaya dia boleh buat perkara no 1 aku list kat atas tu.
  7. Suruh pegawai teka apa dia nak….cth: nak breakfast pagi minta pegawai listkan breakfast yang ada di mesia ni…senarai 1-19000 menu…last2 sampai tengahari…pastu kata pegawai gagal memahaminya.
  8. Gagal mendelegasi tugas, kekadang sebab tak percayakan pegawai sehingga sanggup serah kerja pegawai kepada staf bawahan, pastu dia mula mempermudahkan kerja tersebut sambil berkata kepada pegawai…haaa pembantu pun bleh buat…tp bila diserahkan kepada pegawai? Terjadi seperti perkara di no 9
  9.  Perjalanan sesuatu tugasan akan bermula dari huruf A-Y tiada Z, akan kembali buat A semula. Jadi keje berulang-ulang tanpa kesudahan, ini terjadi kerana perkara no 7….lama yea nak teka…
  10.  Meletakkan sesuatu bukan pada posisi aka kemahiran seseorang, jadi organisasi akan menjadi tidak stabil dalam bergerak.
Selain itu dalam perjalanan 16 tahun (boleh dikatakan organisasi baru) aku dapat melihat kepada apa yang telah terjadi pada organisasi yang jenis sama yang telah lama wujud. Mungkin terjadi sebab dia gagal mengawal oleh kerana sifat politiknya;

  1. Terjadinya puak-puak dikalangan staf (puak A ada clik dia, puak B ada clik dia)
  2.  Itu bukan dari zaman saya (bermaksud tidak mahu meneruskan atau bertanggungjawab memulihkan sesuatu kerja yang bukan dia bertugas dahulu)
Nampak dalam senarai aku membuka aib orang, tapi aku tidak menyebutkan nama organisasi, secara jujur aku hendak orang memahami mengapa ianya terjadi. Bagi seorang pemimpin aka boss dalam organisasi, fahamilah perkara ini.


Namun segalanya tidak berakhir di sini. Cabaran lebih besar bakal dihadapi selepas ketiadaanya. Kita baru sahaja melalui fasa 1 peralihan. Perumpaan mudah bagi aku camginilah mengikut perbandingan sejarah yang pernah berlaku:

  1.  Selepas Jepun kalah di tanah Melayu, komunis mula menguasai dalam masa 14 hari sebelum British dating semula mengawal tanah melayu. (yea golongan dalaman kami ada yang jadi komunis itu)
  2. Selepas Rejim Saddam Hussien tumbang, Iraq tidak pernah aman disebabkan perbezaan ideology mazhab. (betul, kami mempunyai ramai klik di dalam organisasi)
Sedikit sebanyak untuk pengajaran jika terjadinya runtuhnya atau jatuhnya ketua organisasi dan penggantian orang lain.

Image result for who leader

Ada lagi nak cerita..tapi next next lah yea….







Khamis, 18 Ogos 2016

Bercuti di Janda Baik Pahang

Sebenarnya percutian ini tidak aku rancang, alah bukan aku pun yang uruskan. Minggu sebelum pergi aku begitu sibuk duk memikirkan dan membuat persiapan berkenaan temuduga kenaikan pangkat hari Selasa, jadi nak pergi bercuti pada hari Sabtu minggu yang sama. Alhamdullilah 8 tahun dah aku kat organisasi ini dan melayakkan aku untuk mencuba kepada temuduga bagi kenaikkan pangkat.

Maka berbalik kepada bercuti, yea bukan aku uruskan. Jadi except jelah apa yang orang uruskan. Sudah semestinya bila orang yang uruskan maka kita tidak boleh mengomen apa-apa sebab citarasa dan cara berbeza. Walaupun kadangkala terlepas gak gelak kat wajah aku ni semasa check ini.

Tempat penginapan yang di pilih adalah Riverside resort http://www.deriverresort.com.my/

Ok aku nak cerita pengalaman bercuti kat resort ni. Aku mempunyai expectation tinggi terhadap penginapan di Janda Baik, sebab sebelum ni aku ada gak google untuk tahu acah2 ayam je. Kat sini ada hotel mewah dan ada hotel taraf biasa. Rate pun pelbagai.

Bagi aku sapa bercuti kat sini memang semata-mata hendak bermain air, maka tidak hairanlah warga lembah Klang datang ke sini membawa anak-anak untuk bersantai di hujung minggu untuk menikmati kedamaian hutan. Yea ini memang aku akui, sesiapa yang memang warga lembah Klang pun mungkin tahu. Tapi aku bukan orang warga Lembah Klang hehehehehe.

Back to resort ni. Sebaik tiba dan nak check ini aku dapat bilik yang umpama kotak, ? Macam lakaran aku kat bawah ni.



Disebabkan di sini tiada aktiviti selain bermain air, maka otak aku pun mula bekerja (&$$%@^&&*())((_+&^%$#...................... Apa tu? Lupakan lah….oleh kerana orang yang uruskan maka stop mengomen.

Aku mula membuat negotiation untuk menukar bilik, mujur ada bilik kosong lain tapi harga rm130 berbanding yang asal rm100. Tapi still bukan di tepi sungai. Maka apa pilihan yang ada? Layan jelah bilik yang kedua ini. Not bad


kipas tegak tiada kipas siling

dalam bilik nama zuraini


pandangan hadapan bilik aku nama bilik ni Zuraini

Ok apa yang aku nak bagi tip di sini berkenaan percutian ke Janda Baik:

1.  Janda Baik ni kawasan kampung semulajadi di dalam alam semulajadi maka jangan expect ada macam2 seperti shoping complex, kopitiam, 7 eleven, stesen minyak.

2.  Bila bercuti kat sini, korang memang fully optimum tempat penginapan korang je, keluar masuk bilik- keluar mandi sungai -keluar masuk bilik - keluar pergi makan -balik bilik -relax tido…haaa tu je….


3.  Pemilihan bilik adalah penting, bila dah menggunakan bilik secara optimum maka carilah apa yang korang hajatkan. Bilik tepi sungai-ada verandar-bilik tingkat atas-ada TV. Ini keperluan perlu ada mengikut darjah penting 1-4. Bayar mahal sikit tapi dapat apa yang dihajati. Tak mahu row 2 or 3 jauh dari sungai, sebab bila sebut Janda Baik memang nak mandi sungai yang jernih tu…..

4.  Jangan makan kat hotel, rasaiilah cara makan di kampung, masakkan kampung, feel lepak malam2 di gerai kampung, moga teringat masa kecik2 dulu.

Ok aku rasa 4 tip utama ini adalah penting sebelum membuat pilihan menginap di janda baik.

Berbalik pada Riverside resort…aku nasihatkan tengok peta ni dahulu sebelum menempah penginapan. Sungai dia memang cantik dan cetek serta jernih.

bilik 2 tingkat kiri tu ok view dan private skit.....ngadap sungai

tiba je kena tahu arah ni...nak check in kan.....

pandangan dari reception office bilik first row

Kolam yang terbiar di hadapan reception office


ni pandangan dari atas bilik aku, kiri tu bilik first row menhadap sungai.

pandangan dari reception office

Oh ya aku tidak melibatkan diri dalam aktiviti mandi sungai, sebab maklumlah sekarang ni popular dengan kencing tikus…maka sekian….

Selasa, 16 Ogos 2016

Idea Hadiah untuk pengantin

Dulu-dulu aku pun kurang mengerti apakah hadiah yang diperlukan oleh pengantin baru. Pengantin baru ni umpama segalanya tiada bila duduk bersama di rumah yang sama. Ini bagi golongan pengantin mungkin di bawah 30 tahun atau semakin muda, semakin tinggi kadar tidak ada apa-apanya bagi aku. Maaf fakta ini tidak mengambil kira semua pasangan pengantin baru, tapi selalunya tidak begini. Walau apa pun aku bukanlah nak mengira yang mereka ada atau mungkin tiada. Di sini aku ingin berkongsi apakah antara hadiah-hadiah yang murah, tak glamour tapi skala amat perlu adalah amat tinggi keperluan untuk mereka kelak.

Dulu-dulu jugak aku lebih memikirkan dan mencari sesuatu yang berbaloi dengan harga dan bajet aku tetapi aku kurang menitik beratkan keperluan yang perlu ada di rumah pasangan pengantin baru tersebut apabila hidup bersama. Ini mengambil kira:

·         Pasangan yang duduk rumah sendiri pas kawen
·         Sebelum ini pasangan pengantin masing-masing duduk umah bujang

Apakah hadiah yang perlu? Kriterianya

Keperluan Dapur: segala jenis periuk termasuk periuk nasi, periuk masak lauk, blander, dapur gas, set pinggan mangkuk, set tea time, set pemotong, kettle, spoon set







Keperluan Bilik: Lampu, cadar, cermin, perhiasan dinding





Keperluan ruang tamu: frame gambar, jam, kusyen,box kunci umah,kipas, lampu utama decoration





So inilah keperluan yang perlu bagi diaorang, ini list simple yang penting murah tetapi berguna pada mereka, at least diaorang guna di samping korang pun dapat pahala selagi mereka guna.

Janganlah terlalu berkira sehingga menghadiahkan keperluan yang mereka tidak akan guna dan akhirnya terbuang begitu sahaja. Antara contoh baju baby, kondom, jam loceng (sekarang guna hset je), set perhiasan yang keperluannya hampir tak diguna langsung

Mengapa perlu mahal, glamour tetapi apalah gunanya. Ingat diaorang nak mulakan hidup berkeluarga jadi seharusnya jika korang dah berkeluarga faham akan keperluan mereka dan bagi yang bujang ikut je list aku tu, rata-rata bawah RM50 je pun. Satu lagi kat IKEA or kedai setaraf dengannya banyak barang yang berasaskan inovasi, murah tapi perlu; contoh wall shelf, penyidai baju dinding etc…


Tapi bagi pasangan orang kaya…jangan ikutlah tips aku ni. Ni keprluan bagi kegunaan orang sederhana macam kategori aku ni. Aku tak kaya tetapi aku selesa dengan kehidupan aku. Erk? Apa kaitan dengan ayat akhir tu hehehehhe.

Khamis, 14 Julai 2016

Kategori orang yang tak dapat datang majlis korang yang korang rasa Terkilan dan geram.


Ada satu perkara yang aku amat terkilan di majlis perkahwinan aku, berkenaan jemputan. Sebelum aku meluahkannya ia mungkin membawa perpekstif buruk terhadapku, tetapi apa yang aku maksudkan sebenaranya adalah amat berlainan, entahlah sama ada aku terlalu berharap ataupun aku sendiri tak tahu kenapa aku berasa begitu. Tetapi percayalah aku bukan berniat negatif cuma rasa sedikit terkilan, bukan berdendam.
Berkaitan jemputan, ada 2 kategori para jemputan yang buat aku terkilan:
  1.  Geng yang suka bertanya bila nak kawen
  2.  Jemputan yang masa dia atau anak diaorang kawen aku berusaha datang meraikan

Bagi kategori pertama ni, terkilan aku bercampur geram, kenapa? Bagi yang tahu spesis macam gini mesti korang amat meluat dengan diaorang sibuk bertanya pasal bila nak kawen, kalu muka ala-ala baik sibuklah wat tazkirah kepentingan berkahwin. Kalu korang kenal diaorang 8 tahun ada je point diaorang nak kenakan korang terutama di khalayak ramai. Tapi akhirnya bila jemput, antara skripnya xdapat datang kerana itu lah inilah padahal dah jemput sebulan awal pun. Geng macam gini kalu korang jumpa pas ko kawen dia memula akan:
  • Say sorry (terutama di tempat xde orang) dengan pelbagai alasan yang menyedihkan
  • Dah lama skit kawen dia akan menyalak balik tanya pasal baby pulak


Aku nasihatkan orang camgini korang sound tegak terus je, sebab bila kena sound mesti dah tidak berani nak malukan korang lagi. Korang faham tak apa aku rasa dengan golongan ini?

Bagi golongan kedua, bukan nak harap orang balas untuk datang majlis aku, tapi secara realitinya kebanyakkan undangan yang aku hadiri, aku sanggup korbankan masa dan kos untuk hadir jika di jemput awal walaupun ada kes yang kadangkala aku terpaksa bekejar dengan hal peribadi yang amat penting pada masa yang sama. Ada jemputan sejauh negeri Perlis aku hadiri. Kadang-kadang juga jika kenalan itu datang dari pengantin perempuan dan aku ada hal yang tidak dapat di elak langsung, aku akan berusaha untuk datang di majlis pengantin lelaki tanpa mengira lokasi walaupun tak kenal. 
Begitulah apa yang aku hadapi untuk golongan ini. 

Namun apa yang aku dapat adalah kekecewaan dari harapan, entahlah mungkin korang baca statement aku ni memang seakan mengharap dibalas, tetapi sebenarnya bukan itu. Sukar aku nak gambarkan dengan perkataan yang jelas. Selepas insiden ini, aku seakan malas untuk berkorban bagi meraikan majlis sebegini lagi pada masa akan datang, bila aku buat statement ni seakan aku mementingkan diri sendiri atau lebih tepat “mentang-mentanglah majlis dia dah lepas”. Tapi bukan begitu..uh sukar sukar.




Walau apa pun, golongan ini hanya sedkit dalam peratusan jemputan aku, namun kesan terkilan aku amat tinggi. Masih ramai lagi yang hadir untuk meraikan, malah ada yang aku betul-betul tidak sempat datang masa majlis diaorang kawen dulu turut hadir. Kebiasaanya jemputan yang aku tidak hadiri disebabkan oleh faktor kesuntukkan masa di jemput terlalu rapat dan di dalam planner telah masuk event lain, namun kes sedemikian tidak banyak.