Blogger Backgrounds

Isnin, 28 Februari 2011

2 Hari Berbengkel








Rehat sekejap minda dangan fikir pasal kerja selama 2 hari. Actually bengkel yang aku hadiri ni agak membosankan jugak, maybe sebab pengisian yang tak berapa best oleh urusetia. Aku dengan rakan sepejabatku asyik bermian internet sahaja. Sebab kerja kami telah siap seawall sebelum menghadiri bengkel ini lagi. Orang kata muntah main internet sampai tak tahu nak searching apalagi. Kehulu kehilir aku berjalan melihat rakan-rakan jabatan lain menyiapakan tugasan. Tapi rata-rata semuanya tidak serius dengan tugas diberikan.

Antara best dengan tidak terpkasa lalui demi menjauhkan diri dari dunia pejabat yang sukar di ramal. Tambahan pula aku telah pandai menggelak apa sahaja yang aku boleh elak di jabatan. Secara jujur kepala duk fikir mengenai rumah baru di samping ringgit Malaysia yang melayang, aku ni tak pandai bab kira-kira jadi aku terpaksa membuat kira-kira macam budak darjah 1. Ahhh biarlah apa orang nak kata janji aku faham lejer pengaliran wang aku. Tapi serius memang kelakor.

Apa gelak2 nak kena cucuk pusat ke……………

Selasa, 22 Februari 2011

Settle? Belum? Settle!

bereh.....

settle......


alamak bila nak settle ni???

Isnin, 21 Februari 2011

Dapat Kunci Rumah huhuhuhu



Akhirnya setelah menunggu hampir 2 tahun, aku dapat kunci rumah. ini bermakna segala projek harus dimulakan sebelum masuk kerumah baru.
Jangkamasa siap sebulan untuk kerja-kerja interior design dan sedikit touchup luaran termasuk lanskap.
Anyway be happy after this bulanan rumah bayar penuh.

Jumaat, 18 Februari 2011

A Visit to Nottingham University Malaysia Campus






Organisasiku telah mengadakan satu lawatan ke university ini pada 17 Feb 2011. Tujuan lawatan adalah lantaran dari gesaan bos besar university supaya kami library pergi untuk melihat apakah ada yang terbaik di sebalik university dari UK ini. Lawatan di sertai 9 orang staf pelbagai pangkat.
Apa yang aku dapat simpulkan dari lawatan ini, tradisi tetap tradisi walau ke mana pun kita pergi melihat library ia tetap sama dari segi nadinya. Cuma gaya olahan dan pendekatan sahaja mungkin berbeza sedikit. Balik punya balik ia tetap sama. Pinjam Pulang adalah tadisi library yang mudah untuk diluahkan, bagaimana cara Cuma berbeza dari segi polisi organisasi terbabit.
Mungkin dunia library sedang mengalami konflik yang sama. Kekurangan pengguna ke perpustakaan! Mengapa? Semakin canggih dunia teknologi maklumat maka semakin mudah mendapatkan maklumat. Ancaman sebenar adalah perpustakaan itu sendiri yang membunuh diri sendiri. Mereka ke arah ‘e’ maka dengan ‘e’ semua akan berubah. Maklumat boleh di peroleh di mana sahaja tidak semstinya dalam bangunan perpustakaan sahaja. Hakikat di sedari atau tidak. Perpustakaan perlu menggunakkannya menggelakkan dari ketinggalan zaman.
Pulang dan tiba di pejabat jam 4.40 petang. Duduk sekejap aku terus balik melihat pagar rumah yang dikatakan telah siap….welll ini bab lain….

Khamis, 17 Februari 2011

layan lagu ni kat upis.....



Sixth Sense-Menyesal

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

Rabu, 16 Februari 2011

Selamat Hari Kekasih

Macam tahun tahun sebelumnya, aku mengingat tarikh ini bukan kerana apa jua agama. Hanya untuk mengingat orang yang aku sayang sahaja sebagai satu hari penghargaan akan sejauh mana setianya sayang aku kepada mereka. Lupakan agama lain. Tak fikir pun.
Mendekati tarikh ini juga timbul pelbagai email dan pelbagai saluran mengatakan jangan di sambut.

Aku menilai. Orang juga berkata yang baik jadikan sebagai pedoman peringatan hidup. Sejauh ini aku tidak nampak perkara yang betul-betul mempositifkan keadaan 14 Feb. Aku bukanlah terlampau kagum dengan pandangan barat. Seperti umum ketahui aku menilai setiap input yang masuk ke mindaku, baik atau buruk itu penilaian kemudian. Yang penting aku mendengar dan memahaminya.

Jika di fikir barat itu dikatakan semuanya buruk oleh mereka-mereka yang taksub tanpa mengemukakan hujah ke atas ketaksubpan itu. Sejauh mana kita menilai aku tidak pasti. Hari-hari penting diwujudkan barat mungkin ada signifikannya, bagaimana mereka menghargai kaum ibu, kaum bapa, menghargai bumi, menghargai kesihatan, jantung dan pelbagai hari lagi termasuk baru-baru ini hari kesejagatan. O000 ini semua baik hingga yang taksub terlupa akan keburukkanya. Setiap buruk ada baiknya dan setiap baik ada buruknya, kita ada otak fikirkanlah.

Tapi aku kagum dengan hari-hari ini, bagiku seperti yang aku rungkaikan di awal tadi terpulang cara kita menyambutnya. Cubalah berfikir cara mereka, yang buruk cubalah di adaptasi supaya menjadi baik dan yang baik jadikan ia sebagai yang terbaik.
Selamat Hari keKasih Sayangku. Kamu semua di sisiku.

Isnin, 14 Februari 2011

Nak Rakam apa tu?













Mana-mana tempat aku pegi tak kira majlis keraian, konsert ataupun apa sahaja event yang mengundang orang perkara ini aku saksikan. Emm hset mahal (aku kiara lah seba ade kemudahan mengambil gambar dan merakam gambar). Sibuk nak rakam sibuk nak amik gambar, kalu di fikir takde kaitan pun dengan diaorang? Siap rakam lagi kekadang bukan menarik pun peristiwa tu. Aku tak punya hset mahal ini, tapi perkara ini menyebabkan aku terfikir. Berapa lama dia save mende tu dlm hset??? Tunjuk kat orang ke pastu? Emm benda biasa tak lah hebat.

Sibuk mengambil gambar ngalahkan jurugambar professional, tapi aku nampak xjugak pro nyer or nak tayang hset mahal je kat semua hadirin? Yang aku cukup marah sampai block pemandangan orang lain nak tengok majlis tu. Macamlah takde posisi lain nak shoot nyer mengalahkan official cameraman di situ pulak, Pehh hangin hangin.

Khamis, 10 Februari 2011

First Time Bayar Mende ni.....


Semalam masuk shif petang kerja, jadi di pagi hari aku mengambil kesempatan untuk menguruskan semua hal-hal bank dan juga sesuatu yang baru pada aku..haaa ni dia....
walaupun pada mula nya tersalah kaunter bayaran, ye lah adat pertama kali so xmalu pun.
cuma masih belum selesai aku nak tukar no rumah, sebab no rumah yang dapat langsung xde ong ong nyer...
esok kot aku settle kan....

Selasa, 8 Februari 2011

Sebab Kesesakan Lalulintas yang tidak Munasabah


Aku mencoret berdasarkan apa yang aku lihat, bukan nak kondem sesapa tetapi mengajak berfikir membaiki kesilapan. Aku akui aku bukan pakar dalam hal jalanraya tetapi sedikit sebanyak pemikiran yang dikurnia ilahi patut di fikir bersama mencari penyelesaian mudah hasil dari kesilapan mudah.

1. Masyarakat Malaysia yang prihatin

Bila terjadi kemalangan, sibuk nak melihat dan mengambil tahu, kenderaan jadi perlahan dan lama-kelamaan terus menjadi jem. Hakikat mmg kita masyarakat yang prihatin walaupun sibuk pihak berkuasa suruh jangan perdulikan apa berlaku. Tapi kalu kat kawasan kemalangan dengan kelajuan 110kmj tanpa memperdulikan keadaan sekeliling. Apa pula kata pihak berkuasa? Mungkin “haa tu ler tak perduli orang lain, inilah rakyat mesia yang tak prihatin” bagi aku juga dengan kelajuan itu juga maybe bleh jadi kemalangan kat tempat kemalangan pertama itu.

2. Tindakan pihak berwajib yang tidak 100% menyelesaikan kemalangan
Terjadinya kemalangan, adakah segera di alihkan? Aku tgk yg sibuk cuba pihak tow truck je, itupun sebab perniagaan. Yang pihak berkuasa?? Ada yang lalu je…sebab bukan repot pada diaorang, jd biar anggota lain uruskan. Pada masa yang sama jalan dah sesak. Ada juga kenderaan tidak segera di alihkan walaupun dh sejam kemalangan, menyebabkan sebab pertama aku di atas terjadi..padahal kete parking tepi jalan je..

3. Pihak berkuasa yang ghairah dengan jentera

Strobe light? Hebat menyala tak kira malam atau siang, duk tepi jalan dgn jentera sesaja buka lampu tu, menyebabkan pemandu memperlahankan kenderaan sebab takut kena saman atau pun sibuk nak amik tahu. Hakikat penyebab jem, bila berlaku kesesakan yang bangga duk tepi jalan tadi terus berlalu seolah2 ade kecemasan di tempat lain…nak ke mana tu jo? Bila malam hari memandu jentera pihak berkuasa dengan strobe light menyala di kawasan gelap, yang memeritkan mata pemadu lain, konon nak bagi amaran supaya berhati2. Tapi tak semua orang mesia ni sihat, xsemua orang mesia ni tak pakai cermin mata. Hakikat aku yang muda ni pun macam blank kejap bila terpandang lampu berkenaan dengan kelipan yang tajam.

4. Duduk tepi jalan tanpa sebab

Kebelakangan ini, maybe 2-3 tahun lepas kot, bila nak sambut perayaan tertentu je macam ops sikap banyak benar khemah2 kecil didirikan di tepi jalan. Ada apa dalam tu sendiri tengok sendiri tau walaupun kadang-kadang ada khemah je. Apa fungsi tu? BMW tetap lenjan 180kmj, nasib baik tak tercabut khemah tu. Rugi anggota, baik bantu atasi kesesakan di tempat tertentu. Tapi ok gak bagi aku, sebab khmeah tu banyak terletak kat kawasan kemalangan, rasa tak takut ler hantu keluar sebab polis ada kat ctu.

5. Kesesakan tiada tindakan atau lambat

Bila jem? Mana si pihak pengawal lalulintas?????? Lantak korang lah pemandu menyusun kenderaan, memotong q, guna laluan kecemasan. Akibatnya berjam-jam duk bergerak macam kura-kura, tapi di fikir kura-kura pun lagi laju.

Ini mungkin beberapa perkara yang aku Nampak dari hasil pemanduan dijalanraya selama ini. Aku minta maaf jika ini sebagai teguran yang tidak boleh diterima, Cuma aku harap berfikir secara professional mengatasi segalanya. Aku yakin masyarakat Malaysia dan malah aku juga mungkin sukar menerima teguran, ayat2 majalah atau wawancara masyarakat mesia biasa mengatakan teguran itu membina hehehehe politik lidah je tu, hakikat hati lain. Satu lagi jangan bila terjadi sesuatu perkara salahkan orang lain, aku benci betul bila pihak berkuasa mengatakan salah pemandu, sikap pemandu. Cammonlah dah basi, cuba ler selesaikan dengan professional anda semua. Kalu tak pandai kita ajar, tak tahu kita bertanya, bukan salahkan orang lain sebab kita tak tahu.


Tertarik dengan perihal “aku lapo ni,nape korang tak ingatkan aku untuk makan” hehehhehehe

Isnin, 7 Februari 2011

Bercuti Ke Kelantan Darul Naim


Pembuka tirai percutian 2011 dengan negeri Cik Siti Wan Kembang pembuka perjalanan. Macam biasa percutian 3 hari 2 malam di isi dengan sepenuhnya tanpa mengira kepenatan yang menimpa sejak awal tiba. Ini merupakan percutian ke-2 aku pergi tanpa membawa jentera sendiri, aku naik bas je. Perjalanan lebih 7 jam begitu meletihkan di atas bas. Namun apa kan daya malas membawa jentera haramku dengan lebih jauh. Bukan tidak pernah di bawa ke Kelantan jentera tersebut tahun lepas, tapi mungkin sebab nak savekan bajet percutian lebih ke arah itu.

Kebetulan percutian ini bersempenan dengan rakan sekerjaku yang telah berkahwin dengan orang di sana, so sambil menyelam aku meminum air lah jawabnya. Tune Hotel Kota Bharu menjadi pilihan dengan hotel taraf 5 bintang tetapi di bawah bajet 1 bintang, selesa dan mudah segalanya tapi kena tempah thru online baru senang segalanya.

jadual penuh telah dirancang sebulan sebelum bertolak antara lokasi: Rantau Panjang,Umah pengantin,Bandar Kota bharu, Pantai Cinta Bulan, Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Wakaf Che Yeh.

Kelantan menjanjikan duit akan menjadi kosong di poket dengan tawaran barang yang begitu murah jauh murah dari di KL atau Selatan. Hari pertama sahaja aku dah gila tang seluar jean, belum hari kedua, nasib baik bajet sikit kalu pergi takde bajet ditangan mau fafa kedana aku 4 bulan.


Percutian yang memenatkan, tapi puas hati dengan shupping nyer. Sehingga berjumpa lagi. Next station

Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Didalam ingatanku
Masih segar terasa

Terkadang aku sama
Mengancur bunga cinta
Keadaan aku memaksa
Kita terpisah jua

Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan

Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...

Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka

Cinta Pantai Merdeka
Kedah tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu