Tepat jam 4.30 ptg kedengaran suara-suara tahniah dari bilik sebelahku, Aku dengan segera menjoinkan diri mendengar dengan lebih real perkhabaran itu. Yup berita yang ditunggu-tunggu, Ketua bahagian aku telah di naikkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pustakawan (TKP) S48, tetapi agak pelik hanya Pemangku TKP sahaja, mungkin tempoh percubaan sebelum lantikkan sebenar ke jawatan hakiki TKP. Anyway tahniah dariku juga menyusul. Dari 3 calon dalaman yang memohon dan hadir temuduga, aku amat yakin ketua bahagianku akan mendapat jawatan ini kerana kelebihan beliau yang memiliki Msc in field library Management. Jawatan ini telah dikosongkan hampir 8 bulan sejak bersaranya orang lama di situ.
Perlantikkan ini aku harap akan membawa kepada corak pemerintahan yang diharapkan dari semua pihak, Corak pemerintahan yang "easy going" dan mempunyai hala tuju dan keputusan yang tepat untuk dilaksanakan. Mungkin corak itu belum boleh di lihat sekarang melainkan jawatan tertinggi di miliki oleh beliau, walaubagaimanapun ia haruslah di pupuk bermula dari langkah pertama.
Tahniah En. Azman………
Jom deco rumah dengan Personalised Switch Cover #AvatarOn Schneider Electric
-
Hye Assalamualaikum. Bila dah berkeluarga dan sudah pun mempunyai rumah
sendiri yang diibaratkan “rumahku syurgaku” ni, Irine memang suka sangat
deco dan h...
Seminggu yang lalu
0 Komen:
Catat Ulasan