Tepat jam 4.30 ptg kedengaran suara-suara tahniah dari bilik sebelahku, Aku dengan segera menjoinkan diri mendengar dengan lebih real perkhabaran itu. Yup berita yang ditunggu-tunggu, Ketua bahagian aku telah di naikkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pustakawan (TKP) S48, tetapi agak pelik hanya Pemangku TKP sahaja, mungkin tempoh percubaan sebelum lantikkan sebenar ke jawatan hakiki TKP. Anyway tahniah dariku juga menyusul. Dari 3 calon dalaman yang memohon dan hadir temuduga, aku amat yakin ketua bahagianku akan mendapat jawatan ini kerana kelebihan beliau yang memiliki Msc in field library Management. Jawatan ini telah dikosongkan hampir 8 bulan sejak bersaranya orang lama di situ.
Perlantikkan ini aku harap akan membawa kepada corak pemerintahan yang diharapkan dari semua pihak, Corak pemerintahan yang "easy going" dan mempunyai hala tuju dan keputusan yang tepat untuk dilaksanakan. Mungkin corak itu belum boleh di lihat sekarang melainkan jawatan tertinggi di miliki oleh beliau, walaubagaimanapun ia haruslah di pupuk bermula dari langkah pertama.
Tahniah En. Azman………
KOREA TRIP VLOG : TRIP MUSIM LURUH 2019 ( November)
-
Assalamualaikum guys..
Dari haritu lagi Elia nak post pasal my trip to Seoul, Korea tahun lepas.
Trip yang Elia pergi dengan kakak dan kawan-kawan
selama...
3 tahun yang lalu
0 Komen:
Catat Ulasan