Khamis, 26 Mac 2009
Twin Blade
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 5:38:00 PTG 0 Komen
Isnin, 23 Mac 2009
Tukar Nasib
"Kekayaan yang kita miliki adalah di saat kita mensyukuri hidup ini"
aku tertarik dengan ayat ini, semalam aku berkesempatan menonton 1 rancangan realiti TV terbitan stesen televisyen indonesia (SCTV)
rancangan itu di beri nama TUKAR NASIB..kenapa?
semalam ada keluarga pengayuh beca dan juga keluarga yang kaya
mereka bertukar kehidupan untuk 3 hari 2 malam..
wau 2 latarbelakang kehidupan yang aku rasakan amat2 berbeza..
mereka bertukar rumah, cara hidup dan pekerjaan untuk jangka masa itu..
mmg di akui amat payah mereka menyesuaikan keadaan itu..
namun itu hanya rancangan realiti..bagiku aku selami secara total kehidupan manusia ini, belum tau si miskin mampu hidup ceria dan selesa dengan kehidupan yang dimiliki si kaya...begitu sebaliknya..bagiku aku bersyukur dgn kehidupan ku ini..tidaklah kaya tidaklah miskin..aku selesa dengan kehidupan ku..belum tentu mungkin aku boleh hidup dengan kehidupan yang lain dari norma ku...
aku mampu senyum dan sesakli ketawa dengan semua ini..tidak lupa juga aku bersedih..itulah aku
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 6:33:00 PTG 0 Komen
Rabu, 18 Mac 2009
Day Of Discussion
adakah krn cuaca tau aku ni sendiri....
mujurlah ade staf aku yg pandai buat lawak..tercuit juga hatiku..
melayan kerenah staf2 muda yang aku kira masih fresh dengan dunia pekerjaan.
ahhh biarkan lah mereka..aku mampu sedikit happy..
pagi smpai ke petang letih duk pk pasal tugasan, mujurlah aku mampu menanganinya
sekali lagi planner ku menjadi hero dlm hidup ini...
kerja mengarah ader org kata mungkin senang..tp bagiku senang dlm membuat kerja..
tidak pada membuat keputusan dan mencorakkan mereka dengan arahan itu..
hari yang meletihkan...
aku sempat juga membuka FS org yang aku sayangi sekadar menatap gambar aku kira mampu mengubati rindu kepada nyer
aku sedar ia telah terlalu jauh..aku sedar siapalah aku..
tp biaralah cara ini dpt membahagiakan aku...aku xkisah biarlah aku begini..
sampai masa mungkin tuhan memberi takdir utk melupakanya..
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 6:33:00 PTG 0 Komen
Isnin, 16 Mac 2009
YM?
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 12:48:00 PTG 0 Komen
Jumaat, 13 Mac 2009
Meeting Meeting Sehari Meeting...
nak jumpa meeting setahun pun bleh dikira dgn jari tangan belah kanan ni...
tp semenjak di organisasi baru ni..meeting perkara biasa....
berjadual..tiba-tiba...segera..bla bla bla...
dulu aku suka meeting ni...
bagi aku meeting ni bleh rileks dan dengar semua apa org cakap..ader yang serius...lawak..mcm2 lah..aku suka meeting..
tp kalu dh terlampau kerap meeting pun bosan gak...meeting tak bosan..cuma nak buat kerja selepas meeting nyer yg meletihkan
yelah bercakap memang senang tp pelaksanaan tidak semudah kata...
keje di tahap profesional..kenalah sedari hakikat tu..
bersyukur sebab dapat kerja dengan mudah..dan ade keje je lah..
aku still bleh kejar dateline aku..planner umpama orang yang paling rapat denganku..
aku xbleh urus kerjaku dengan baik sekiranya ia tiada di sisi..
emmm xdpt aku nak bayangkan ada orang yang tidak mempunyai planner membuat kerja dan menyusun kerjanya...aku xmampu...
aku juga bersyukur kerana terdapat sebilangan staf aku yg komited pada kerja yang di arahkan..
aku punyai 12 orang staf di sini..susah senang handle staf yang ramai tidak sesusah di organisasi lama di negeri Tok Gajah dlu..cukup memeritkan
kalu diberi peluang untuk ke negeri itu berkhidmat aku barangkali akan berfikir berpuluh kali
biarlah gaji aku lebih rendah di tempat lain..namun utk kembali ke sana aku tidak mampu juga..
ohh weekend rupanya hari ni...
xterpikir plan untuk esok..biarlah malam ni bleh difikirkan..
lagipun duit dh mula kurang..gara2 impianku2...tp aku puas hati duit ku nampak ke mana mengalirnya...
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 5:23:00 PTG 0 Komen
Khamis, 12 Mac 2009
Wangian Kenangan..
haruman yang banyak kenangan..suka, duka dan akhirnya pahit
walaupun begitu aku tetap menghargai kenangan.
bagi ku kenangan memberi kita pengalaman dalam hidup ini..
tanpa pengalaman hidup kita tidak bermakna..
tak kisahlah ia suka atau duka...
aku gembira bila suka
dan aku bersedih bila duka...
ahh biarlah itu kehidupan aku....
haruman ini?
ia terlalu istimewa bagiku..insan ini hadir dlm hidupku
tak lama..tapi cukup membahagiakan..
mungkin benar kata orang kita akan mula menghargai sesuatu apabila ia tiada lagi bersama kita..
itu orang...tapi aku menghargainya semasa ia bersama aku
cuma katanya takdir tidak menyebelahi kita..
takdir? adakah takdir itu manusia yang tentu kan?
atau takdir di anggap sebagai jalan keluar untuk lari dari kesilapan diri?
tapi aku tau segalanya ketentuanNYA
Haruman ini aku amat hargai untuk ku gunakan
sesekali tangan ini terasa ringan untuk menggunakannya
maka setaip kali itu juga kenangan menerpa...
sampai bila? aku tidak pasti..
adakah takdir lagi penentu segala..
aku amat merinduinya......
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 10:28:00 PTG 0 Komen
Rabu, 11 Mac 2009
Way of Life has Begin? Hi there...
wau xsangka aku ada blog sendiri..impian dan harapan menjadi kenyataan?
aku pun xpasti apakah impian aku, apakah harapan aku? apakah ini kenyataan aku?
siapa diriku? manusia biasa yang aku rasakan tiada apa yang istimewa...
sudikah kamu yang menemui aku di sini terus menemani ku..
biarlah sekadar secoret senyuman dari bibir-bibir kamu, atau sekerut garisan di dahimu..
aku faham ia tetap mempunyai makna...
aku juga mengerti ia tanda kepada sesuatu....
salam perkenalan..
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 9:47:00 PTG 0 Komen