Blogger Backgrounds

Isnin, 30 November 2009

Selamat Ulangtahun Sayang



Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap,
pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Angka 28 berbulan 11 aku ingat, tertulis dalam planner tahunanku. Hari ini genaplah umurnya 28 tahun. Siapa dia? Dia seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku dan membahagiakan aku suatu ketika dahulu. Ini tahun kedua ulangtahun nya tanpa diriku. Tidak mengapa asalkan aku sentiasa mengingatinya. Harap hadiah yang dikirimkan dapat di hargai walaupun ia amat simple bagiku.

Aku takut untuk menghantar sesuatu yang exclusive akan di sedari oleh rakan barunya. Aku bukan lah sejahat itu untuk menghancurkan hubungan orang lain. Tetapi percayalah ini sebagai tanda aku mengingati ulangtahun seorang bekas rakan istimewa. Nampak memang tidak kena, bunyi nya juga amat kurang sopan, tapi aku tak mampu kerana aku manusia biasa yang diprogramkan di otak untuk mengingati sesuatu.

Itu kurniaan tuhan, aku hanya menerima. Aku berharap akan 28 akan memberi perjalanan hidup yang membahagiakan untuknya. Aku juga bimbang dengan sikapnya yang kadangkala cepat berputus asa dan selalu menyalahkan diri dalam sesuatu ketandusan hal. Lantaran itu aku berharap dia boleh berfikir dan tegas kepada pendirian diri walaupun pada anggapan orang ianya salah. Dalam dunia ini kita perlu berpegang pada prinsip kita sendiri, kesimpulan mudah supaya pendapat kita di dengar dan tidak di pijak kepala oleh orang lain.

Salah atau betul sesuatu keputusan merupakan suatu yang kita perlu sebagai pengalaman. Ini penting dengan keputusan akan datang dapat di nilai dari semua segi dan aspek pengalaman itu. Pendek kata kita belajar dari pegalaman. Dia juga perlu seseorang yang bersifat kekadang serius dan juga kekadang melawakkan tapi rasional.

Entahlah harap dia matang dengan penilaian pada umur 28 ini. I miss u.

Berhari Raya Aidiladha

Tak banyak catatan yang boleh di bawakan ke blog ini mengenai hari raya aidiladha aku. Bagi kami di Selatan tanahair, perayaan ini tidaklah semeriah Hari Raya Aidilfitri. Ia cukup sekadar sembahyang raya dan selepas itu penyembelihan untuk korban.. selepas itu TAMAT. Hari Raya ini seumpama cuti am biasa sahaja. Bayangkan hari raya tu juga mak aku ajak pergi klinik haiwan nak beli vitamin untuk kucing dia pastu shupping serba skit. Ada ke makna raya tu? Kalu aidilfitri jangan haraplah nak terfikir dengan aktiviti tersebut. Penat jugak layan mak aku petang tu, malam tido terus pengsan tak sedar dunia walaupun sejuk dengan cuaca kampung.

Selasa, 24 November 2009

Aku Benci Aku Tension Aku Masuk Bilik Baru




Tajuk aku tiada kaitan di antara satu sama lain, seawal isnin aku dah mula rasa cemburu sangat and benci dan tension jugak. Mungkin kah ini di katakan sayang kepada seseorang? Kalu sayang kepada seseorang aku tak patut benci, haruskah cemburu yang melampau? Kita kena jaga hati di antara satu sama lain apa boleh apa yang tak boleh. Kita kena kenal orang yang kita sayang bukan sekadar nama, mesti segalanya. Uh aku tak mampu buat kerja dengan baik bila fikirkan benda ni, otak aku seakan di serang virus minggu ni. hati aku resah sangat, dendamku juga tiba-tiba muncul? ahhh aku tak konsisten hari ni sistem otak ku tak dapat support perasaanku...

Kotak ajaib dah siap semalam, pun siap dalam keadaan tak konsisten. Bila otak tak betul semua fungsi diri aku terganggu.

Minggu ni juga aku berjaya masuk ke bilik aku setelah duduk merempat di luar bersama pembantuku. Belum lagi di deko deko oleh ku. Minggu ni surely lah tak de mood. Mungkin minggu depan. Any idea for tema untuk bilik baru ni. Tak lah besar, aku rasa bilik dulu aku lagi besar dan selesa.

Isnin, 23 November 2009

Well : Autoshow DUKEthon 1 Malaysia


























ihsan rakan-rakan, nak pergi takde duit..
jumpa di kitty autoshow

Uh legaaa









Cuti hujung minggu kebetulan pulak gaji, apalagi shopping? Eh tidak itu bukan tema bila aku gaji. Komitmen dengan saving dulu yang paling penting PTPTN, sewa umah, ASB, ASB 2,Tabung Haji, main undi, etc. Kebetulan pulak aku dah mula bayar duit rumah tapi taklah 100% seperti bayaran bulanan apabila siap nanti.

Excited sangat, tadi jugak aku pergi tengok rumah tu, tunggu naik bingkai bumbung. Tengok dari kejauhan lah nak masuk kebetulan hujan so amat allergic bagi jentera autoshow aku keh keh keh. Walaupun dah 2 minggu tidak di mandikan akibat cuaca yang tidak menentu buat masa ini. Uh tak sabar nak duduk rumah sendiri (yelah actually RHB bank punya aku berhutang dengan dia).

MITC pulak ada expo so sempat lah singgah 2 booth bab hiasan dalaman, dapatlah serba sedikit gambaran beserta harganya. Main point aku dapur, ruang tamu dgn bilik tidur paling murah dalam 7k. Well not bad juga lah still kalu nak aku kena suruh dia ikut selera aku. Lanskap untuk taman agak tinggi skit kos nyer,aku berhajat nak wat pangkin bawah dia ada kolam katak ehh kolam ikan koi so ruang tu bleh guna 2 dalam 1 dan menjimatkan, itu tengoklah dulu janji main point aku tercapai. Apa ni duk berangan plak.

Semalam juga sempat menyinggahkan diri kat litar Air Keroh coz ada event race motosikal, walaupun aku tak minat just tengok je tak lama, janji dapat merebahkan punggung di grandstand cewahhhh hehehhehe.

Selasa, 17 November 2009

Terbaca Blog Seseorang

sedih siot aku baca blog orang ni:
isnin sampai sabtu (kecuali sabtu minggu pertama)
pagi sampai petang (kecuali sabtu)
makin lama makin sukar hidup aku
sekarang memikirkan masa depan
tiba-tiba memikirkan masa lampau....
tengok pc kejap
tengok henpon
kejaptengok
cermin kejap
berangan kejapdulu aku selalu berangan
nak kejar macam-macam
tapi sampai sekarang belum kesampaian
dulu mase sekolah aku tak pernah fikir pasal cinta
tapi lepas sekolah aku bercinta
dulu aku selalu hisap rokok
tapi sekarang aku dah berubah
dulu aku suka tolong ibu memasak
tapi sekarang aku masak sendiri
dulu aku tak berapa ngam dengan ayah sendiri
tapi sekarang dah ngam
dulu aku selalu dapat duit rayatapi sekarang tidak lagi
dulu aku selalu dapat baju raya jahitan ibu
tapi sekarang pakai baju yang lama
dulu aku selalu tipu ibutapi sekarang...
dulu aku ada seorang wanita bergelar ibu
tapi sekarang dah tiada
aku dah tak berangan..
dah nak bulan puasa ni aku selalu fikir pasal ibu
ibu yang aku sayangkali
terakhir aku tatap wajah ibu
aku sedang sembahyang jenazah untuk ibu
kali terakhir aku sentuh ibu
aku sedang mengangkat jenazah ibukali
terakhir aku mohon maaf kat ibu
bila...?
aku tidak sempat memohon maaf
buat kali terakhir
air mata bergenangsesal dan kesalaku....
cukup lah setakat ini je..

maaf..

Bengang

Semalam aku baru pulang dari Desaru, biasa lah long distance memang meletihkan, nak tido pukul 10.30 sekali aku tergolek2 hingga jam 1 pagi baru tido. Adus seksa sangat cz badan memang letih tetapi mata tak mahu terlelap. Layan sms dengan si dia sedikit sebanyak dapat melupakan rasa keletihan. Aku hargai sangat.


Pagi pergi kerja, giliran aku duk jaga MPP dari 8.00 pagi hingga 1petang. Pehh meja ni memang terkenal sebagai meja yang mendera otak, aku anggap otak aku mati bila duduk di sini. Tak boleh buat apa, aku gagahi untuk buat 2 kerja.

Tiba masa nak pergi breakfast, pergi kafe 1 pehhh tiada apa baru aku sedar bahawa cuti sem telah bermula. Student tiada bermakna kafe juga hidup segan mati tak mahu. Sebelum aku mati baik aku keluar breakfast di luar kampus.

Balik taklimat untuk ketua-ketua kumpulan untuk unit aku,bagi memberikan tugasan untuk cuti sem ini. Tenang seketika, tiba-tiba bos kacau! Untuk info hari ini ada pemasangan kaunter bagi perpustakaan. Boleh dia tak setuju plak dengan kaunter tu, pehhh bengang aku sedangakn sebelum ni (emmm dah 3 bulan kot) pegawai kanan aku telah beri kat dia tengok spec dengan material dan dia setuju. Tapi bila masa pemasangan benda real depan mata, dia kata nak ubah plak. Hangin aku, nak tentang dia bos, pegawai kanan aku muka dah ‘sememei’ bengang, kecewa entah macam-macam lagi. Aku pun, dia suka sangat wat gila last minute. Bengang betul aku, terus tak de mood. Hampeh (&*&^$^#$@#@(7^%$#!@#$+__(**?<$#@!(:)

Isnin, 16 November 2009

Live From Desaru







Desaru Golden Beach Hotel

Bergerak dari kampus agak lambat untuk pergi ke tempat kursus, perjalanan yang begitu memboringkan, nak buat macamana kan dah terpaksa. Hujan rintik kadangkala lebaat menyambut kedatangan aku ke daerah keramat Kota Tinggi. Ada lagenda di daerah ini, pernah tengok cerita lama Sultan Mahmud Mangkat Di Julang? Ya di sini lah segalanya berlaku ke pada Megat Seri Rama yang menikam Sultan di atas tandu dan sultan menyumpah Megat dengan “Pantang keturunan Bentan menjejakan kaki ke daerah kota tinggi, muntah darah” 7 keturunan kot, rasanya dah tamat kot sumpahan ni. Dulu-dulu aku pernah dengar ada orang mengalami gangguan sepeerti badan merah ketika menuju ke Kota Tinggi akibat dia keturunan Bentan. Tempat tak boleh lintas Jambatan Kota Tinggi. Itu orang kata, aku hanya mendengar.
Berbalik kepada perjalanan aku menyusuri Bandar ini untuk ke Desaru dan samapi ke Hotel kira-kira jam 8 malam. Tiba makan terus rehat layan kepenatan..gud nite.

Di sini tiada apa-apa

Puas aku mencari apa yang istimewa di Hotel penginapan ini. Emm hotel ni ternyata tak best, hotel lama. Semalaman aku tido sampai beku, gara-gara tak jumpa remote aircond. Sekali tengok macam aircond centralize. Tapi bila sedar pagi, suiz ada di meja sisi. Pehhh tak dapat gambarkan keadaan itu. Bagaimana aku mengharungi malam macam kat Eskimo. Untuk malam kedua tidak lagi, suasana kembali normal. Hidung aku mula berair gara-gara kesejukan semalam. Layan tv sampai tv yang layan aku.

Perjalanan Kembali

2.30 petang aku memulakan gerak untuk pulang ke Melaka semula, perjalanan di sulami dengan cuaca yang tidak menentu, kejap ujan kejab cerah. Sungguh melambatkan, badan tak letih pun jadi semakin letih di buatnya. Perjalanan ini juga membuatkan aku terbayang dan berangan dengan pelbagai memori dan peristiwa. Bagus juga otak aku dapat menguraikan kebosanan yang ada. Tiba ke destinasi jam 8 malam, makan malam dan terus pulang ke rumah. Sehingga catatan ini di tulis aku masih menjeling beg pakaian. Adusss lemah nyer nak kemas. Tolong ek…













Jumaat, 13 November 2009

Kursus oh kursus : penceramah lah pulak

well dapat surat di saat akhir terpaksa menjadi penceramah Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan di Desaru 13 - 15 Nov 2009. kelam kerabut aku wat slide, akhirnya dapat 57 slide padahal ceramah slot aku sejam setengah je. aku ni tak boleh bagi bercakap kat depan, sebab dengan pengalaman aku yang ada, aku mampu ceritakan semua pasal dunia perpustakaan ni. lebih-lebih lagi bab-bab pelanggan dan perkhidmatan. Tak lah lama pengalaman tapi 6 tahun di unit ini aku dapat bau semua gerak. Heheheh cam musang pulak. well hope semua berjalan lancar tunggu update terbaru dari sana. Sayang kamu semua...

Rabu, 11 November 2009

Tales Form Heaven



well hari ni aku seperti biasa agak sibuk tahap jingga, wah mcm banjir plak

kebetulan hari ini ketiga-tiga kereta convert dari perpustakaan ada di tapak parking

so aku ambik ler gambar huhuhu...seekor L512, L5 kitty dan L502 yang penting setiap kereta dah banyak keringat dan wang ringgit yang telah di tabur untuk jentera-jentera ini.

Selasa, 10 November 2009

Nice to sing but sad to feel



Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin kulupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh bintangku

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih


Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin kulupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh bintangku


Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini kucoba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih


Best juga layan lagu ni tak susah, lirik tak konkrit senang ingat, rasa macam ada kenangan dengan terlukir lirik ni, harap dia mengerti, setiap kali di dengari aku hanya mampu senyum, sedih dan kecewa sendiri. Namun aku tetap hidup dan meneruskan langkah seperti manusia-manusia lain di bumi ini.

Cuma mungkin adakah lagu lain bakal mendendangkan aku di saat dan tika apabila dia semakin jauh, jauh dari dunia biasanya dan dunia yang aku pernah diami dulu.

Dunia di mana, dia membesar, dunia segala saudara, dunia kerjayanya dan mungkin dunia aku dan dia mengenali di antara satu sama lain serta dunia yang memisahkan dia dan aku, yang penting semua itu dunia kebahagiannya yang telah membuatkan dia senyum, gelak dan terhibur. Aku tak sanggup tinggalkan dunia aku. Pasti ada sebab yang kukuh untuk itu. Itu takdir tuhan? atau perancangan manusia?

Welcome back Halim Othman untuk seminggu

Pagi-pagi sebelum pergi kerja aku selalu layan radio dulu sambil breakfast kat umah je, coz aku malas nak kelua minum jam 9pagi, lagipun diet skit2 ni hehehehe nape tak percaya ke? Lempang kang.


Aku dah dengar preview ganti FaFau ni sejak minggu lepas lagi “itu lah yang kita cari” Halim is back. So pagi2 aku dah tune to Hot Fm. Walaupun untuk seminggu suara Halim ni best bagi aku antara generasi mula2 DJ yang membawa corak baru dalam bidang penyiaran radio dengan gaya penampilan moden, tidak dilupa juga Linda Onn tp dia selalu dengar kat SinarFm.

Semalam tajuk topik pagi “mimpi yang mengindahkan” emm terus tercari-cari ada ke aku ni mimpi yang mengindahkan kan? Emm ada kot lupa dah maklumlah dah tua. Tapi agak kaco mood skit tadi coz Halim putarkan lagi ‘hanya kau yang mampu’ terus feel tak best *%$%1^$&^$##R_+(*&%$@I@DM#@!#^. Anyway layan jelah untuk seminggu ni Halim.

Menatap matahari terbenam di Jeti Pulau Besar










Emm dah agak lama juga aku ambil gambar-gambar ini, Cuma tiada masa untuk masukkan ke dalam blog ni. Ok lah petang tu selepas pekena Mee bandung di Muar dan bertemu rakan lama yang lama tak jumpa di sana, lama sungguh.

Sampai rakan tu dah anak satu, dari bermain jentera kecil hinggalah ke jentera besar sekarang, dengar-dengan ada projek Mitsubishi Lancer Fiore, wau best aku pun ada projek tu so tak sia-sia berbual2 kosong seketika di tepi Tanjung Mas sambil makan kuaci sebungkus dua. Sebelum agak larut petang aku mengundurkan diri, maklumlah takut juga ada roadblock di tengah jalan kalu cerah lagi sempat gak memanjangkan leher. Beginilah nasib peminat kereta convert cam aku ni…enjoy!

Ok back to topic dalam perjalanan pulang singgah di Jeti Pulau Besar (ni jeti nak pergi ke Pulau Besar). Kebetulan matahari hampir nak terbenam, so layan lah termenung barang 10minit, 30 minit. Orang kata Pulau ni ber keramat, entahlah orang tua banyak cakap camtu, so aku yang muda ni ya je lah. Antara jeti ni ke pulau aku rasa dalam 7km je tp kena naik feri ler dalam RM15 je pergi balik.

Untuk rekod dulu sekitar tahun 2000 ada feri tenggelam dari Pulau Besar ke Jeti ni di malam hari, semua penumpang meninggal tak silap aku lah termasuk salah sorang nya saudara aku yang keje kat resort di pulau tersebut. Ahhh itu kisah lalu, layan termenung ni mulalah macam2 benda yang mencambahkan minda muncul. Tapi best otak aku jadi cool dan bebas seluas laut di hadapan ini. Hai bila lah aku dapat sesuatu yang menarik dalam hidup ni bukan harta tapi jauh lebih penting dari itu. Apa ya? Aku pun tak pasti…….