Macam ramadhan-ramadhan sebelum ni,
aku berpuasa seperti biasa. Cuaca redup dan mendung dengan suhu ala-ala ke’cameron’nan membuatkan puasa lebih tenang. Tambahan
pula jatuh pada cuti hujung minggu membuatkan banyak masa di habiskan menjadi
biawak. Ya biawak, macamana? duduk tanpa bergerak seharian. Tapi aku rasa aku
tak berapa nak biawak sangat lah hari pertama ni, sebab lumrah aku tak suka
tidur di siang hari. Sebab tidur di siang hari menyebabkan aku bertambah letih
serta tekak aku menjadi kering. Kekadang aku menjadi lemah seharian. Uh aku tak
sanggup terseksa keletihan. Biarlah aku tempuhi dengan keadaan aku ‘real life’.
Menjelang petang, perkara biasa ke
bazaar ramadhan, entahlah sejak dah jadi tua ni aku malas nk ke bazaar ramadhan
dan juga pasar malam, padaku tempat macam tu bukan menjimatkan tetapi lebih
kepada memboroskan aku. Bercerita bazaar ramadhan hari pertama sebab layan mak
aku nak ke situ, jadi ikutkan sahaja. HABIS! Begitulah perkataan jelas yang aku
boleh ungkapkan apabila tiba di bazaar ramadhan terdekat ketika jam 6 petang.
Semua jualan kuih telah habis yang tinggal dua, tiga juadah lauk yang aku kira
dalam 2 minit lagi akan habis juga. Air? Dah sampai dasar sebab aku tengok dah
tinggal ais je.
Hahaha itulah rakyat mesia betapa
rakusnya menghadapi hari pertama berpuasa. Tak salahkan mereka mungkin sebab
terkejut akibat berpuasa ataupun dah lama tunggu time camgini nak membeli. Aku
pulang hampa. Jika di fikir hari-hari biasa makan nasi dengan lauk juga takde
pun hidangan kuih muih, kenapa boleh? Aku bimbang jika istilah berjimat rakyat
mesia suatu hari nanti akan bertukar menjadi terma kedekut dikalangan mereka. Dulu
beli rm2 berjimat tetapi sekarang beli rm2 dikatakan kedekut, maka menggelak
perkara demikian kena beli rm5. Maka ramadhan perlu dilihat semula erti dan
tuntutan yang dikehendaki. Bukan mudah………
Saya dari generasi X lahir pada 10 July dan berasal dari Johor Bahru, Banyak dah saya lalui dalam kehidupan ini, saya amat menghargai pengalaman. Saya dikatakan seorang yang happy go lucky, betul atau tidak ia terpulang pada tafsiran orang, yang pasti saya suka melihat ragam manusia yang ada sekeliling saya, mereka mengajar saya erti kehidupan yang ada di dunia ini. Saya suka berimpian dan berharap impian boleh jadi kenyataan. Inilah saya- apa yang saya luahkan adalah apa yang saya lihat.
Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
-
Assalamualaikum & hye!
Bulan lepas menjadi isu agak hangat tentang undang-undang dari kerajaan
untuk pemasangan carseat diwajibkan pada tahun depan 2020....
Hasil rawatan kucing kena Sporo
-
Assalamualaikum & selamat Pagi kawan-kawan,
Have a blessed day!
Hari ini aku nak sharekan hasil dari aku rawat kucing SPORO menggunakan
bahan-bahan yang ...
Itinerary Trip dan Bajet Krabi 2017
-
Ni memang ramai orang PM nak tahu iternary kat Krabi..
dekat setahun jugak baru ada masa nk upload. sorry.. harap membantu pada
yang nak pergi tu :)
...
Susah bersama, senang lupa.
-
Assalamualaikum! Hai guys~
So basically my life is not what i wanted to be. But its okay because i
love full of surprises in my life. I just need to prepar...
Judi Ceme Poker Online
-
*Qiuceme adalah situs judi ceme poker online Indonesia uang asli yang
terbaik dengan deposit cuma 20rb rupiah dan bonus bonus yang fantastis
sampai beberap...
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
-
Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan
sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor.
'Duduklah dengan ka...
Tenanglah kau disana anakku
-
Assalamualaikum wbt..
Tarikh 31hb Disember adalah tarikh keramat buat semua, tak kira apa bangsa
sekali pun... New year,,, Selamat tahun baru 2015 semua.....
Malaysia Airlines New Leaf
-
Aku misteri betul, ramai betul yang sensitif, inovatif kretif apabila
talent asing di angkat jadi CEO baru MH. Serious aku misteri. Berikut ialah
point ke...
aKu puTus asaaa!
-
*hari ni aku sedih teramat sgt. x tahu nk cakap mcm mne.*
*ya Allah. tolong laa aku ni. aku putus asa dh. putus asa nk teruskan hidup
ni.*
*putus asa segal...