Alhamdullilah hari ini tanggal 9 Mei 2015 secara rasminya
aku di tauliahkan sebagai graduan Sarjana Sains Pengurusan Maklumat dari
Universiti Teknologi MARA pada istiadat Konvokesyen ke-82. Penat lelah, suka
duka,tangis ketawa serta pelbagai rasa yang dilalui sepanjang perjalanan
mendapatkan segengam scroll ini seakan hilang dengan hari bermakna ini.
Untuk tidak terlalu tergesa-gesa semasa pagi majlis
konvokesyen ke-82 ini, aku telah hadir awal sehari sebelum dengan menyewa
homestay di seksyen 7. Sempat jugalah membawa keluargaku ke I-City dan Uptown
sek 24 pada petang dan malam, penting juga mengisi masa yang ada sambil
bersiar-siar.
Seawal jam 7 pagi telah memulakan perjalanan ke dalam UiTM,
tidaklah jauh mana seksyen 7 dengan pintu belakang UiTM saha alam ini. Seramai
405 graduan sahaja bagi sidang 1 (9 mei 2015) ini. Sama course dengan aku ada
27orang je…kira ramai lah tu kan…terfikir gak rare kan…..
Naik pentas lagi (selepas digree 11tahun lalu) membuatkan
rasa seram sejuk je…tp gamble mesti redahkan…nil ah masanya untuk penamat
segalanya. Alahmdulliah segalanya berjalan lancar, snap snap dgn rakan2 pastu
dengan keluarga dan terus bertolak pulang….
Pro chancellor :YBhg. Tan Sri Dato' Seri Utama
yang sampaikan fail pengijazahan
2 line di lengan menjadi kebanggaan aku
Transcript ada kat dalam ni..
Beg jubah
Souvenir ALUMNI
Senarai nama penerima bagi group aku
Buku konvokesyen
Fail transcript
Dalam pada kegembiraan menamatkan segalanya ini, aku juga agak terkilan kerana tidak dapat membawa seseorang untuk masuk ke dalam dewan bagi menyaksikan segalanya di pentas utama. Bukan mudah bagi mendapat peluang, sidang 1 ini graduan dibenarkna membawa 4 ahli keluarga ke dalam dewan. Berbanding sesi 2-15 hanya dibenarkan untuk 2 ahli keluarga sahaja untuk masuk ke dalam dewan. Apa boleh buat, aku terpaksa memilih dan akur dengannya.
Terkenang semasa dahulu: Fail transcirpt masa aku digree dulu
FUTURE?