kredit gambar : Johor Southern Tiger
Menonton perlawanan di kaca televisyen pada 30 Okt 2015 seawal jam 7.30 malam (hanya bermula pada 8.00 malam) bukanlah suatu harapan besar bagi melihat kejayaan yang lagi selangkah untuk mencapai kemuncakkanya. Bagi aku layak ke perlawanan akhir piala AFC 2015 ini sudah cukup membuktikan bahawa kelab ini adalah yang 2 terbaik di Asia. Bonus untuk jadi juara..Namun bisakah? pasukan bukan pilihan bagi perlwanan ini. orang kata Anjing kat bawah? Underdog kot....hehehehhe...
Akhirnya debaran selama 90minit berbaloi walaupun 1 gol, secara matematiknya menang tetap menang.
Tahniah JDT, TMJ telah membuktikan bahawa usaha keras selama ini (sebnarnya tak lama mana pun) dah berjaya. Mengapa begitu cepat? sebab beliau adalah orang yang berpengaruh dan kuasa ada di tangannya. Dengan sedikit "luck' bahawa bola sepak adalah sukan yang amat di finatik kan oleh semua golongan.
Kalu ada orang lain, namun talented seperti TMJ kalau cuba untuk bangunkan dengan cara TMJ ini, adakah dia berjaya? aku kurang yakin sebab orang itu tiada kuasa. Aku tetap lagi percaya bahawa di antara kehendak kesesuaian masa, gen-y dan keserabutkan pemikiran gen-x. Cth jika seorang anak muda membentangkan pelan pembangunan bolasepak seperti ini kepada Gen-X yg menakluki pemerintahan dengan gaya gen-x nyer..apakah jawapan gen-x tersebut? "emmm kita takde bajet...harapan awak ni dongeng je..." dan lebih parah anak muda itu ditertawakan dengan sinis di meja pembentangan. Jika anak muda itu TMJ? geng-x tadi nak gelak cmne yea? maka itulah salah satu faktor kejayaan yang kecil untuk sebesar ini. Kepercayaan dan pemandangan sudut dunia baru yang bukan aku kata tiada di gen-x tapi keegoaan dan terikat dgn keseronokan cara lama. Maka adakah FAM juga begitu? fikirkanlah. Aku bukan orang yang pandai, jauh lagi berilmu berkenaan bola sepak, tapi aku memandang konsep yang sama kepada semua bidang dan apa yang berlaku kini.