Rabu, 27 Januari 2010
Minggu Yang Begitu Murung
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 5:45:00 PTG 0 Komen
Sabtu, 23 Januari 2010
Khamis, 21 Januari 2010
Nukilan Si Dia..Salam Penghargaan
tidak mengapa andai..
dirimu ingin pergi..
teruskan cita2
teruskan mencari kebahagian dan cita
supaya lebih bermakna dan bahagia..
tidak mengapa..
andai dirimu lepaskan kenangan lalu..
disini tidak terluka.. malah akan turut bahagia untukmu..
coretan dream7..
akan terus dibaca..
disini tetap merindui kawan seindahmu..
kenangan itu tetap indah dan tersemat..
namun..
disini amat berharap..
mendoakan agar dirimu selalu bahagia
tidak mengapa..
andai dirimu..
ingin 'merungkaikan insan itu'
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 12:44:00 PTG 0 Komen
Rabu, 20 Januari 2010
Teringat Dia
Merenungi berita banjir di Sabah membawa aku kepada seseorang dan pasti nya orang yang sama seperti nukilan-nukilan ku yang lalu. Tambahan pula gambarnya ada di dalam planner terbaru ku. Untuk apa yea?
Persoalan yang kerap kali di lontarkan di benak ku ini. Tak mengapa asalkan dia juga mengingati ku ini sebagai insan ataupun sebagai monumen seperti monumen2 perang yang ada. Sekadar di ingati di hari-hari tertentu tanpa ada penghayatan yang mendalam mengapa ia menjadi monumen.
Aku tidak begitu, Aku tetap aku di sini dengan kehidupan dan tanggungjawab yang dirasakan ada kalanya berat dan adakalanya tak pasti adakah itu sebenarnya tanggungjawabku. Menelusuri hari-hari dengan tiada tujuan yang aku rasakan betul2 pasti, sekali lagi lontaran untuk apa semua ini juga muncul.
Dah lama aku mencari hidup aku ini untuk apa? Pergi kerja untuk apa? Memuja untuk apa? Mengingati untuk siapa? Mencintai untuk siapa? Bernafas ini untuk apa? Melayani perasaan untuk apa? Ahh pelbagai-pelbagai persoalan manusia biasa terbit. Setiap kali menatapi gambarnya aku rasakan dia seperti dekat denganku, seperti peristiwa itu semalam ia berlaku dan juga seperti kehangatan tangannya baru sahaja aku lepaskan dari gengaman ini. Seakan tersedar dari mimpi bahawa itu semua telah lama berakhir, sedarlah dunia relaiti ini tiada maknanya.
Harap aku temui insan baru sepertinya. Realiti? Harapan? Persoalan lagi……..tiba masanya akan aku rungkaikan insan itu………………….
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 10:19:00 PTG 0 Komen
Selasa, 19 Januari 2010
Persedian ke Kubang Kerian untuk Pertandingan Kumpulan Inovatif Kreatif peringkat IPT
Menang kalah persoalan kedua coz kami tak menaruh harapan tinggi untuk menang. Ini merupakan penyertaan pertama kali IPTA aku. Lebih gempak lagi pejabat dan fakulti lain takde pun yang buat so oleh kerana pusat tanggungjawab aku dah pernah buat so pihak pengurusan tertinggi IPT telah memilih kami, so umpama bidan terjun jelah ni, tapi kalu nak ikiut akal aku in memang betul2 terjun maybe dari pesawat udara with paying terjun.. adus layan je lah untuk pengalaman,…
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 5:03:00 PTG 0 Komen
Isnin, 18 Januari 2010
iT cOMpLiCaTED
Layan Movie n Shupping di Hujung Minggu
Weekend datang lagi, perancangan awal telah di buat sejak rabu lagi untuk shupping. Sambil-sambil tu nak layan movie ‘Adnan Sempit’. Dari promo aku tau cerita ni best. Ok lah layan hujung minggu just untuk relax and feel free. Movie ini about satu jam lebih je tapi tak lah sehebat mana, kalu nak betul2 aku kategorikan hanya sebagai drama mcm slot cerekarama je. Tapi macamana jadi filem pun tak tau. 3 binatang (actually bintang). Tapi dalam pada tu aku gelak memang tak hingat di tambah panggung yang full house. Pas layan movie aku nak cari baju keje dgn seluar keje plak. JUSCO menjadi sasaran sebab Parkson mahal lah tak boleh belah dengan poket aku ni. Bab paling lemah dalam shupping adalah pusing satu department baju untuk memilih dengan keserasian fesyen dan harga. Letih lah jugak last2 beli satu seluar dengan 2 helai kemeja hehehh warna peach dgn purple cam warna autosalon plak tapi xlah fancy sgt warna tu.
Peti Ais Baru
Seperti yang di impikan dengan bonus RM500 yang dapat baru-baru ni, aku Berjaya membeli peti ais pada 16 Jan 2010. Walaupun harga target adalah Rm500 tetapi oleh kerana ketiadaan peti ais berharga berkenaan jadi terpaksalah aku membeli di luar bajet. Well aku berpuas hati dengan apa yang aku putuskan. Tambah sikit je guna duit ASB kan dah untung 8.55% bolehlah untuk keuntunggan tabungan daripada tiada apa. Peti ais baru bermakna kenalah masak kat umah selalu, stok bahan mentah tak beli banyak sangat, menu pertama dari peti ais adalah Kueh teow gureng untuk breakfast semalam. Bakat memasak memang ada, jangan pandang sebelah mata, cucuk kang terus takde mata. Menu tengahari plak adalah kari ayam cara aku so sedap tak sedap cara aku jugak. Boleh ke sehari jimat RM10 ni coz tak makan kat luar? Jawapan nya dimana ada kemahuan di situ ada penjimantan.
Mengemas Rumah
Sepetang aku mengemas rumah, peh berpeluh kepuasan. Nak organize balik bilik-bilik ni, coz banyak sangat barang kereta. 2 baju kereta kat dalam bilik ni. Aku wrapping satu persatu, kena bab bonet belakang dengan pintu aku yang ter wrapping dengan plastic tu…hampeh…punyalah seksa wat keje sorang-sorang. Aku plan nak guna bilik tengah ni untuk stor logistic barang-barang keta aku ni. Di samping kotak-kotak dokumen yang entah apa2 aku simpan, balik Kurusu je goodies beg terus sumbat dalam bilik pastu penuh. Sedang aku membuka kotak-kotak itu aku terpandang sesuatu yang member memori kepada ku. Ya gambar dia..terus aku terduduk merenung gambar itu dengan penuh makna, serta merta segalanya terpapar. Aku sedih, senyum dan kesal dengan semua itu. Tapi siapalah aku untuk itu. Ku selitkan gambar itu di dalam planner ku. Sentiasa mengingati untuk keredaan hati.
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 6:27:00 PTG 0 Komen
Jumaat, 15 Januari 2010
Aku Tukar Unit
Emmm 11 Januari aku mendapat surat pertukaran unit. Unit Sirkulasi ditinggalkan setelah setahun lebih aku mentadbirnya. Kini aku pergi ke unit yang memang bukan apa aku belajar dan lebih lagi jauh dari position aku sepatutnya. Aku bergred S terpaksa berpindah ke Unit pentadbiran membuat kerja-kerja orang yang bergred N. entahlah nak kata suka pun tidak nak kata tak suka pun tidak. Bagi aku apa yang datang kita kena hadapi walau susah mana pun takdir itu. Aku bukanlah orang yang berani tetapi realiti depan mata kena hadapi.
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 5:03:00 PTG 0 Komen
Isnin, 11 Januari 2010
Juara Lagu ke 24
Juara AJL 24 - Aizat (Pergi)
Naib Juara AJL24 – Yunalis Zarai (Dan Sebenarnya)
Tempat Ketiga AJL 24 – Faizal Tahir (Bencinta)
Vokal Terbaik AJL24 - Black (Aku Rindu Sayang Kamu)
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 6:00:00 PTG 0 Komen
Rabu, 6 Januari 2010
Lama Tak Ber Blog
well sejak memulakan kerja 4 Jan 2010 ni aku tak menang tangan dengan kerja, sehinggakan beberapa bingkisan aku semasa bercuti pun tak dapat di update termasuk beberapa event autoshow yang aku pergi lately, anatara tajuk-tajuk yang masih menunggu untu keluar adalah:
Bercuti Ke Kota Tinggi
Autoshow MITC
Autoshow Batu Pahat
tak sempat sungguh untuk melukir kenangan di sini, kerja 8-5 di rasakan amat pendek sekali masanya, apakah kiamat semakin hampir, kerana masa begitu singkat....janganlah kiamat dulu aku belum kawen weiii...hehehehe
wish to her welcome to new world of sabah, kerja rajin-rajin, don't notty-notty nanti jadi jin notty....cheerzzz
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 6:29:00 PTG 0 Komen