Ahad, 28 Februari 2010
3 Public Holiday-2 Overtime
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 2:17:00 PTG 0 Komen
Khamis, 25 Februari 2010
Imunisasi Meragam
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 4:57:00 PTG 0 Komen
Selasa, 23 Februari 2010
Pertandingan Kumpulanz Inovatif Kreatifz Wakil Universiti
Apa boleh buat di antara banyak-banyak fakulti dan pusat tanggungjawab hanya perpustakaan sahaja pernah membuat KIK ni di peringkat jabatan iaitu perlawanan dalaman antara unit. Tajuk ni merupakan tajuk team aku dulu, tapi team aku sekadar dapat no2 je masa tu. Tak tahulah bos dok pilih gak tajuk aku, so automatiknya aku lah sebahagian dari team berkenaan. Nasib baik hanya sebagai penolong ketua kumpulan.
Walaupun begitu aku merupakan salah seorang presenter bagi kumpulan. Bedal je aku ni memang tak tahu malu skit so nak bercakap depan orang takde masalah. Bercerita bab perjalana memang meletihkan bersama bas eksekutif university ni kira kategori mewah lah 20 seat je. Tapi 12 jam perjalana memang azab mcm2 rasa tak sama macam perjalanan aku bersama kereta sehari dua sebelum itu.
Walaupun tak menang bagiku sebagai perintis banyak pengalaman yang team kami dapat dari pertandingan ini hasil pemerhatian dengan kumpulan university lain yang lagi senior. Kata orang sambil menyelam minum air, so acara shupping di kota baharu, wakaf che yeh dan rantau panjang tidak dapat dilepaskan.
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 6:59:00 PTG 0 Komen
Isnin, 15 Februari 2010
Nyaris Exciben+kete buruk+beruang koala
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 9:13:00 PTG 0 Komen
Ahad, 14 Februari 2010
:::::Selamat Hari Kekasih::::::
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 12:27:00 PG 0 Komen
Jumaat, 12 Februari 2010
kELANTAN PART 2
hari ke 2 yang bz, seawal pagi dah bz dengan pertunangan sepupu aku ni di ikuti dengan majlis pernikahan pada sebelah petang. Dah sesekali balik ni juga bz melawat ke sana-ke sini umah2 sedara dengan kubur arwah atuk dan nenek jugak. Terus teringat zaman kanak-kanak dlu atuk begitu bz kalu aku balik dari johor ke kelantan, dia mahukan yang terbaik untuk cucu yang jarang balik ke kampung. Memandangkan dia hanya ada 2 cucu sahaja iaitu anak pakcik aku dan anak bapak aku iaitu aku le hehhehee.
So sekarang sepupu aku dah kawen jadi hanya menunggu aku sahaja, nak kawen dengan sapa ni? dulu ada dia, tapi aku dah kehilangannya, emmm kisah lama tak perlu di ungkaikan banyak sangat, tapi kadangkala aku ni masih lagi teringat-ingat kat dia seolah-olah dia masih miliku, senyumannya, ketawa manjanya, merajuknya, pendiriannya dan rintihanya. Semua itu berguna bagiku untuk terus menulis di blog ini.. sampai masa untuk takdir aku oleh tuhan pasti tiba, tapi apakah takdir itu? hanya tuhan yang tahu.
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 11:29:00 PTG 0 Komen
Khamis, 11 Februari 2010
Hello Kelantan
aku bergerak dari rumah jam 12.30 pagi semalam, menempuh perjalanan yang penuh kenangan sekitar jam 2pagi-4 pagi. yea sudah tentu perjalanan Mersing-Endau-Tg Gemuk-Kuala Rompin-Nenasi-Pekan-Kuantan. Apa yang aku bayangkan sepanyang perjalanan hanyalah suatu kenangan yang indah dahulu, tak sangka dalam kegelapan malam itu aku tersenyum panjang sendirian. Uh sungguh manis semuanya sukar di gambarkan dengan kata-kata. Aku lega dengan semua itu.
perjalanan ke kota bharu ini banyak membuatkan aku kerap berhenti kerana terlalu mengantuk, bahaya jika di teruskan. Sehingga lah jam 1 tghari barulah aku tiba ke Kota bahru. Check in hotel selepas itu pi makan tengahari. Cuma ada sedikit kenangan semasa di Paka, brhenti bfast di sebuah kedai, pelayan wanita di kedia itu lain macam ku rasa, mesra semacam apabila berhadapan dengan aku sehinggakan nak bayar pun dia masih duk dekat dengan aku seperti ada sesuatu yang di minatinya, aku perasan itu semua tapi apa boleh buat, aku bukanlah mudah dengan itu semua, dia seakan terlalu suci untuk semua, perjalana diteruskan. selamat tinggal awek paka..esok hari baru...
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 10:48:00 PTG 0 Komen
Isnin, 8 Februari 2010
Men ‘SPA’ jentera ku
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 5:22:00 PTG 0 Komen
Kenapa asyik fikir cepatlah weekend?
Sejak keakhiran ini aku juga sering memikirkan hujung minggu, datanglah hujung minggu dengan cepat. Walaupun aku sendiri kurang pasti apa aku nak buat pada hujung minggu itu. Tetapi perasaan ini seakan melonjak untuk menghadapi Sabtu dan Ahad dengan ceria. Maybe salah satunya I not in mood for working….uh bila lah semua ni akan berakhir. Sejak akhir-akhir ini juga aku seakan menjadi pakar rujuk dari semua kengkawanku dengan masalah kerja dan juga cara menghadapinya dan mengatasinya.
Wah hebat, mereka datang minta pendapat so aku bagi lah pendapat. Aku mengharapkan jawapan aku mampu memberi mereka ruang untuk jalan seterusnya. Tetapi hakikat aku sendiri masih mencari jalan bagi kerjaku sendiri. Aku sehabis daya hendak setiap arahan yang diberi oleh bos di fahami mereka dengan cara mudah tanpa mengusutkan jiwa yang pastinya sedang kusut apabila datang kepadaku.
Well aku ni sampai bila harus begini??? Tolong aku…………..
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 5:18:00 PTG 0 Komen
Selasa, 2 Februari 2010
Mood belum wujud???
Dah hampir 3 minggu aku ke unit baru, emm nampaknya aku belum serasi lagi dengan unit ini. Entahlah datang pagi-pagi pun mcm lemah je. Dulu masa di unit lama tak pula aku merasai sikap sedemikian. Adakah ini unit baru atau aku memang takde hati dengan unit ini? Atau bilik yang tak best? Atau aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja peribadi? Yang penting I’m not in the mood. Aku kerapkali melihat planner, ade tulisan tapi sekali lagi persoalan I’m not in mood menjelma. Terpandang juga gambar kenangan ku dan dia…senyum…………
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 9:38:00 PTG 0 Komen